Tuesday, January 1, 2013

Esok Masih Ada


Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya 
Tetapi seringkali Allah menguji diri kita.
Ujian itu berbentuk kelemahan, *riak disebabkan kekuatan yang dimiliki, *hilangnya kesabaran, kepayahan, *lupusnya ketaatan, ketidakupayaan dsbnya. 

Kita pun rasa kecewa dan kita akan rasa harapan kita seolah-olah sudah hilang. T_T
Kita diuji lagi dengan rasa putus asa dan kekecewaan.
 

JANGAN SEDIH / LA TAHZAN. 
Selagi kita masih bernafas hari itu selagi itulah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk kita perbetulkan keadaan. 
Penting untuk kita memiliki sifat Sod Ba Ra.
Jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah.
Paling penting kita tahu bahawa Dia sentiasa ada di sepanjang perjalanan hidup kita.

DIAlah ar-Rahman (Maha Pemurah), ar-Rahim (Maha Pengasih), ar-Razak (Maha Pemberi Rezeki), al-Hafiz (Maha Pemelihara), al-Alim (Maha Mengetahui), al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk), As-Smad (Tempat Bergantung) ....

Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati.
Perjalanan hidup manusia itu penuh liku dan onak duri.
Hidup itu sendiri adalah suatu bentuk ujian.
Di mana setiap daripada kita nanti akan disoal di akhirnya.
Dan sesungguhnya pengakhiran itu kekal abadi.

3 persoalan asas ini perlu kita renungkan:
Dari manakah kita datang? (Surah al-Hajj: 5)
Mengapakah kita didatangkan? (Surah az-Dzariyyat: 56)
Ke manakah kesudahan kita? (Surah an-Najm: 42-44)

Kita perlu sentiasa merujuk kepada apa yang dinyatakan dalam al-Quran.
Tolong jangan pernah tinggalkan kitab suci tersebut.
Bila hidup kita berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan,
Akan hilanglah hari-hari hidup yang hakiki.
Sehingga pengakhiran hidup kita akan menjadi seperti apa yang tercatat:

"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini" (Al-Fajr: 24)



Syam_Suri
"Hidup perlu sentiasa memberi"
  

No comments:

Post a Comment