Sunday, January 6, 2013

Some of the most powerfull times...






 [Muhasabah Bersama]

Bila kita diberi peluang untuk bersendirian seketika diwaktu malam atau siang. 
Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kita telah mencapai hakikat pandangan yang pertama, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kita akan dapat menyedari dimanakah kita yang sebenarnya. 

Sesungguhnya kita akan dapat meningkatkan diri kepada matalamat sebenarnya, seterusnya menuju 
Allah s.w.t  Yang Maha Agung. 
Kita akan mensucikan diri dengan mengingatiNya, mentaatiNya, muraqabah kepadaNya dan sentiasa takutkanNya. 
Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Tuhannya, 
Janganlah merasa aneh jika terdapat orang yang memilih  pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat, kerana di sana ada dua jalan iaitu Jalan Fitnah atau jalan Hidayah.  
Firman  Allah s.w.t:
"Maka setelah mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang orang berbuat jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka setelah mereka bersikap sombong terhadap segala apa yang dilarang, Kami katakan kepada mereka "Jadilah kamu kera yang hina" "
(Surah Al  ‘Araaf :  ayat 165 – 166)
  
[Some of the most powerfull times are when we're quiet]
Nak dapat redha Allah sangat sukar tapi tak mustahil. Yes, Allah knows our hearts.
Jom jadi hamba yang soleh/ah...jaga akhlak & jaga iman.
Semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.
Aaminn.

Syam_Suri

No comments:

Post a Comment