Lama sangat-sangat tak update blog ni. Penuh sawang dah rasanya. Kesibukan dengan tugasan harian dan program mingguan. Maafkan daku wahai blog. -_-
Posting kali ni mahu selitkan sedikit perihal adik yang sempoi dan berjiwa pendidik (barangkali??) berkenaan dengan catatan beliau yang sempat ditaipkan sebelum saya memulakan tugas sebagai seorang 'teacher' di THI tahun lepas.
Oleh kerana adik saya pada masa itu bakal mendaftarkan diri semester pertama di UTM, maka segala kerja-kerja di THI diambil alih oleh saya yang bermula mengajar dengan 'zero knowledge' berkenaan cara mengajar dan psikologi budak-budak. Kebetulan pada masa itu saya baru menghabiskan pengajian degree. Banyak yang saya dapat belajar daripada dia dan saya percaya apa yang dicatatkan itu still berguna lagi untuk kemudahan pada masa yang akan datang.
Oleh kerana adik saya pada masa itu bakal mendaftarkan diri semester pertama di UTM, maka segala kerja-kerja di THI diambil alih oleh saya yang bermula mengajar dengan 'zero knowledge' berkenaan cara mengajar dan psikologi budak-budak. Kebetulan pada masa itu saya baru menghabiskan pengajian degree. Banyak yang saya dapat belajar daripada dia dan saya percaya apa yang dicatatkan itu still berguna lagi untuk kemudahan pada masa yang akan datang.
Saya copy & paste terus catatan tersebut di sini. Semoga ianya dapat memberi manfaat & perspektif baru buat kita semua.
In shaa Allah.
In shaa Allah.
Yan: What
i have 2 do every day...???
> Buku pnp/altan bantuan mengajar/worksheet studnt dh get
ready.
> Tugasan yan pagi2..
> Tgok jadual tugasan..( smua dh trsusun ikut gilirn)
> Tugasan yan pagi2..
> Tgok jadual tugasan..( smua dh trsusun ikut gilirn)
- Tazkirah
pagi isnin: kak ain
- Tazkirah
pagi selasa : yan
- Sukan
rabu: yan..& smua guru bntuan
- Tayangan
khamis : yan
- Praktikal
solat isnin, rabu n jumaat: kak hanim
- Praktikal
life: kak ain
- Movement
: kak hanim
- Sirah
nabi ari jumaat : kak ida
> Tema
isnin 22/8/11 : hasil lautan
> Get
ready ABM, tazkirah,tayangan
Time
tazkirah: mulakn dgn selawat, zikir,
istighfar, n asma’ul husna.. bagi salam..remind sblm strt duduk soleh2 ats
krusi jgn bg kwn jatuh..bhn2 yg wajib kna sentuh bcakn bukti2 yg dh dsebut dlm
al-Quran..refer pda fail brtema(kat ofis)/bakul tema(ats cabinet)..
Time
sukan: pastikan bg arahan yg senang2, bg arhan yg stedy@yg senng bg budk2 fham,
pndai bhasa bdan n ltar suara..
Time
tayangan: seperti tazkirah..tp kna bukti scra real hebtnye Allah..xde manusia yg
ble tndingi kuasa Allah.. snstiasa bg
persoaln kat bdak2 spy diorng ble communicated dgn mudh..
Nk
mintak tolong..:::::: tandakan krtas worksheet yg sptutny kna tnda, tnda n
comment bku home work mgguan, kepil n tebuk lubang n masukkn krtas2 dlm fail
matematik ( dlm bkul no 4 dr ats tepi kanan) blakng cabinet blik matematik
sbnrny ada carta utk level 1 (tnda n msukkn dlm bkul lvel 1)***kje 2 smua x
smpat nk siapkn coz kje buat bku 2 laa..
Lg
s2..smua guru tadika n taska de bju sukn..yan x byr g kat mk cik sariah tp bju
yan x amek g coz repair aritu..bju 2 ko byr n amek la ea..RM 15 je...bju 2 yan
dh tnda da kat ptanda kolar cam kk hanim tp wane hitam kot..
Dwit
kk hanim yan lupe nk bg kat ko..RM 10 je..t yan bnk in kn ea..
SENARAI
SILIBUS TRAKHIR YAN AJAR KAT:-
LEVEL
1: SMUA DH DI AJR TP NK MNTAPKN LG PHAMAN NUMBERING (AJWAD N MUAMMAR)
- AKTIVITI: PENGECAMAN NOMBOR, KIRA IKUT QUANTITY, NOMBOR
MENAIK N MNURUN, PERBEZAAN NO BESAR N KECIL, MATCHING NOMBOR N DLL..
LEVEL
2: TAMBAH TOLAK DH DI AJR TP NK MANTAPKN G SAPE YG LOM
MAHIR..CNTOH..HAZIQ,IRFAN,ARIF,TINA,IZZATI,RAUDHAH..PASTIKN TARGET SBLM HARI
PRESTASI NO BELAS DH DI AJR..ATURAN PENGAJARN TAK ADE..FIRST INTRODUCE TEEN
NUMBER,ATURAN SUSUNAN MENAIK N MENURUN..WHICH ONE BIG N SMALL, MATCHING IKUT
QUANTITY, TAMBAH TEEN NUMBER N TOLAK TEEN NUMBER IKUT VERTICAL ADD N
SUBSTRACT..
LEVEL
3: JAM RASENYER DH OK TP KNA ULNG KAJI UTK REFRESH..NK KNA CPT COZ NK KJAR
SILIBUS, FRACTION ( SUKU, SETENGAH TIGA SUKU) DUIT, UKURAN YG X GUNA ALTN
MNGUKUR( YG DH DTUNJUKKN TIME KAT OFIS JUMAAT LPAS OLEH MK CIK SARIAH)..
BUKU@
CARA MNGAJAR BLE SEMAK KAT DLM FAIL MATEMATIK YG BRTERABUR..SUSUN LA ERK SMBIL
MMBACA..DLM FAIL 2 ADE BKU TAHUN LPAS YG CARA PNYUSUNN PON X TRSUSUN COZ
SILIBUS THUN LPAS SERABUT..SBB TU THUN NI SRABUT N THUN NI BRU NK SERAGAMKN
IKUT THI PUNYER SILIBUS..(BYK KEJE BEB) TP YG UNTUNG TEACHER THUN LPAS LA..
PE2
PON KLU DE MASALH GTAW YAN..NE TAU YAN TRLUPE NK GTAU KO..YAN LUPE CKIT..MKLOM
LER SRABUT NK HNDLE NE STU PON X TAU..SLALU TUMPU KAT BKU JE..
JGN
LUPE BKU UTK NGAJI..YAN DH GTAU KN..KLU LUPE @KURNG JELAS GTAU YAN..TKOT CLASH
INFORMATION..
PE
G R..SLAMAT MGAMBIL ALIH TUGAS YAN..SLAMAT PERFORM AS TEACHER..SLAMAT D
INTERVIEW..WOKEY....
Pilihan
Begitulah sedikit catatan merangkap amanat dan pesanan yang sempat diberi oleh adik sebelum saya mengajar di THI.
Setiap permulaan yang baru itu perlu bermula dengan nawaitu lillahitaala agar apa yang ingin dicapai mendatangkan manfaat walaupun ianya tidak berapa menggembirakan hati tapi kita perlu terima dengan redha barulah senyuman akan terukir diakhirnya. Hal ini sama keadaannya dengan saya yang pada awalnya begitu berat hati untuk mengajar kanak-kanak cilik yang sangat nakal dan kerenah masing-masing yang pelbagai.
Diringkaskan, saya ada tiga pilihan ketika itu: 1. Mengajar budak-budak. 2. Duduk di rumah menunggu panggilan interview dari syarikat-syarikat. 3. Buat part-time job yang gajinya berbaloi dengan kelayakan.
Sesetengah orang akan menganggap kerja pendidik budak-budak ni bukannya high class. Saya pada masa itu masih dihantui mindset "nanti jatuhlah standard aku...sia-sia je belajar degree dulu...takde kena mengena langsung pun dengan apa yang aku belajar selama ini". Gaji seorang guru tadika apalah sangat nak dibandingkan dengan gaji pensyarah di universiti ternama. Kerja dah la penat, kadang-kadang tension dengan perangai budak-budak dan seringkali tidak berbaloi dengan usaha yang kita buat. Kan?
Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ternyata keputusan saya memilih choice yang pertama begitu membawa kesan pada diri. Ianya telah meluaskan pandangan dan penilaian saya terhadap kehidupan. Pengalaman yang tidak mudah dilupakan. Kerenah dan pelbagai ragam daripada bekas anak-anak murid dan tenaga pengajarnya menjadi ingatan yang sangat manis. *senyum*
Dulu dan sekarang. Bezanya?
Dulu seawal 5.30 pg dah bersiap untuk mulakan hari. Sekarang 5.30 pg pun belum tentu bangun siapkan diri.
Dulu jadual harian memang dah tersedia dari 7.00 pg smpai 7.00 ptg. Sekarang jadual perlu buat sendiri dan kena disiplinkan hati buat itu ini.
Dulu mudah sangat senyum lihat telatah budak-budak sekarang mudah nak rasa serabut, tension bila kerja tak menjadi.
Dulu budak-budak sering raikan diri ini sekarang siapa yang nak rai kalau bukan sahabat-sahabat sejati.
Dulu tengok muka bos dah rasa senang hati sekarang tengok muka sv belum tentu happy.
Dulu sangat rajin mengupdate blog sekarang nak update blog sangat tak rajin itupun kena paksa diri.
Dulu dan sekarang berbeza cara hadapi sesuatu disebabkan perbezaan situasi.
Wah, rasa macam banyak negatif sekarang berbanding dulu...positifnya di mana ya?
Sekarang...
> mahu lebih kerap menghargai dari dihargai
> mahu lebih kerap memberi dari diberi
> mahu lebih kerap bersyukur sebab nikmatNya yang tidak terhingga sampailah kini
> mahu lebih tabah, sabar & cekal hadapi ujian-ujian yang menanti
> mahu selalu mengukir senyum walau ada kepayahan di hati
Paling penting,
Mahu raih redha Ilahi walau diri tidak sesempurna mana lagi....
Kemampuan kita tiada titik noktah
Kita sering dilanda persoalan "mampukah diri ini...?" bila berhadapan dengan hal-hal yang tidak dijangka dan perkara-perkara yang mencabar. Contoh: pegang jawatan/amanah, selesaikan konflik dalaman dan luaran, berlapang dada, bersabar terhadap sesuatu hal, berinteraksi dengan pelbagai ragam manusia dll.
Kita juga akan terasa bebanan jika persoalan tersebut tak dapat untuk kita hadapi sebaiknya. Setiap daripada kita memiliki personaliti yang berbeza. Jadi, kemungkinan cara kita memandang sesuatu itu juga berbeza. Jangan tidak percaya, disebabkan perbezaan tersebut kita boleh mengenali ramai orang dan ianya juga menjadi daya penarik untuk mengenali seseorang. Itulah warna-warni dalam kehidupan. Warna-warna tersebutlah yang menjadikan lukisan kehidupan kita bermakna.
Pengalaman di THI menzahirkan kemampuan saya untuk mengajar kanak-kanak dan menyumbang kepada sesuatu. Juga mengenali ragam ibubapa yang memang banyak ragam. Kemampuan kita sebenarnya tiada titik noktah kerana kita sebenarnya peroleh kekuatan dariNya. ^^
Firman Allah dalam al-Quran;
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala ( daripada kebajikan ) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya..."
(Surah al-Baqarah 286)
Betullah. Kita tidak akan mampu untuk melakukan sesuatu kecuali dengan dengan kekuatan dan izin dariNya.
Penutup
Alhamdulillah, menggalas tugas sebagai seorang pendidik telah pun berakhir. Hari ini Allah mengagendakan diri untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Apa pun semua yang berlaku dan akan berlaku adalah dengan ketentuan izin Illahi. Yang penting niat ikhlas dalam merancang sesuatu. Allah pasti bantu. Semoga Allah mempermudahkan amanah dan tanggungjawab yang sedang dipikul kini. Aameen...
“Barangsiapa mula melihat dirinya sempurna, maka itulah tanda kekurangan dirinya. Barangsiapa terus melihat dirinya perlu diperbaiki, maka telah bermulalah kesempurnaan dirinya.” – Sayyid Al-Habib As-Sheikh Yusuf bin Muhyiddin Al-Bakhur Al-Hasani.
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Semuanya bermula
daripada niat. Baik niat, maka baiklah pelaksanaannya. Jadi, betulkan lah niat di
awal pekerjaan agar rasa megah diri dapat dilontar jauh-jauh dari
kamus tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.Tolong jangan lupa doakan saya ya..
“Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza (semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan
semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik)” ^__^
Syam_Suri
No comments:
Post a Comment