Monday, October 15, 2012

Talk Dr Zakir Naik (catatan II)




Mendengar talk daripada Dr Zakir Naik malam tersebut, pelbagai persoalan dan harapan yang bermain-main dalam kotak minda. Semoga Allah mempermudahkan urusan di sepanjang perjalanan dakwah beliau. *Aaminn*. 

Kemudian pada keesokannya, pagi-pagi lagi saya sudah buat panggilan miss call ke 2 orang sahabat baik saya. Takut terlajak untuk bangun dan bersiap awal. Alhamdulillah, sekadar mengingatkan masing-masing dengan sebuah janji untuk ber’dating’ di pantai Teluk Cempedak. Sound macam *sweet* je kan. Heeee ~~v.


Tepat pukul 7.15 pagi kereta mula gerak meninggalkan kampus seketika. Lewat 15 minit dari perancangan. Atas faktor tertentu (mungkin salah faham kot), salah seorang daripada kami tak dapat ikut. Jadi, tinggallah kami berdua sahaja yang meneruskan agenda pagi itu. Kesian kat sahabat tu kena tinggal. Peace ye cik Enul...^^  

Segala puji bagi Allah, kami selamat sampai pada jam 7.45 pagi. Suasana agak lengang dan tidak ramai pengunjung. Sampai sahaja di pantai, terlihat sesusuk tubuh kecil. Cukup-cukup kenal dengan empunya diri tersebut (our naqibah)  ^^.

Teluk Cempedak: one of my favourite place kat Kuantan ni sebab viewnya yang cantik, pasir pantai yang lembut, bunyi pukulan ombak yang best sangat-sangat. Saya mencadangkan kepada siapa yang nak datang ke tempat ini, datanglah pada waktu yang bukan peak hour untuk elakkan pemandangan yang tak berapa elok (tempat ni jugak favourite utk orang yg ber’couple’ & buaya-buaya darat yang sesat k).

Diringkaskan ceritanya, kami semua berkumpul di bahagian hujung pantai untuk mendapatkan ‘privacy’. Maka, bermulalah slot kami iaitu 1. Tazkiran ringkas 2. Pengisian 3. Hal-hal selainnya. Kebanyakannya adalah berkenaan perkongsian pengalaman antara kami yang mendengar talk Dr Zakir Naik dengan Cik Lisa yang pengalamannya tiada bandingan malah jauh lebih hebat dan mantap perkongsian ilmunya.

Sharing is Caring. Caring is Loving

“Saya lebih mencintai apa yang dikata, berbanding perkataan dan pengata perkataan itu. Jangan mudah terpesona dengan perkataan dan si pengata”. Ust Hasrizal via his tweeter.

Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza dan method perkongsian yang pelbagai. Kata-kata Ust Hasrizal itu mengingatkan saya dengan sharing daripada Cik Lisa pagi itu mengenai seorang hamba Allah [seorang sahabat (sahabat kepada sahabat)] dengan seorang murabbi. Murabbi itu seorang yang gagap percakapannya manakala sahabat itu seorang yang buruk perangainya. Mungkin Allah mengizinkan dan membuka hati sahabat itu untuk berubah daripada sifat buruk kepada sifat kebaikan selepas menerima ilmu/pengisian/taujihad daripada murabbinya walaupun murabbi tersebut seorang yang gagap bila bercakap (mungkin sebahagian daripada kita yang tidak dapat menerima ilmu yang disampaikan dan kurang percaya dengan si penyampai ilmu apatah lagi bila ciri-ciri/sifat fizikalnya kurang daripada kita).

Orang yang gagap pun mampu memberi malah dapat pula mempengaruhi.*deep thought*

Tidak dinafikan bahawa kebanyakan daripada kita selalu melihat kepada si pengata sebelum men’decide’ apa yang dikata itu dapat diterima ataupun tidak. Setuju kan? Maka, sebahagian ciri-ciri yang perlu ada pada setiap *pengata yang berkata-kata mestilah  seseorang yang diyakini, dapat memberi hujah dengan baik dan tersusun selain mempunyai pengaruh di sekeliling. *Si pengata merujuk kepada para daie diluar sana.

Kita dapat melihat sesuatu hikmah yang turunnya daripada Allah SWT bila kita melihatnya dari sisi positif diri kita. Berkongsi itu salah satu tanda sayang dan sifat mengambil berat kita kepada yang lain. Ketahuilah bahawa bila kita berkongsi (sesuatu yang baik) itu sangat membahagiakan dan dapat membersihkan hati-hati kita daripada sifat-sifat yang mendatangkan ketidaksenangan jiwa.

The Quran and Modern Science

Pagi itu juga, kami sama-sama me’refresh’ diri dan berkongsi sedikit ilmu selepas mendengar talk Dr Zakir Naik: The Quran and Modern Science. Bila berkongsi, selain tambah ilmu, kita boleh mendengar sendiri pendapat dan pandangan orang lain. Saya mengambil konsep every person has different point of view agar setiap apa yang diterima itu masuk ke dalam hati dengan minda yang positif.

Kebanyakan tulisan dibawah adalah hasil catatan serba ringkas dalam buku nota (nak tulis terus dalam i-pad tapi i-pad takde lagi:*sedih* T_T) dan apa yang diperoleh semasa mendengar dan berkongsi pendapat. Mungkin kita boleh lebih faham dengan apa itu yang dikatakan dengan tajuk “The Quran and Modern Science” selepas mendengar sendiri talk Dr Zakir Naik di laman YouTube atau hadir ke majlis-majlis ilmu yang mengupas lebih lanjut berkenaan tajuk tersebut atau tajuk-tajuk yang berkaitan dengannya. Semoga Allah permudahkan jalan kita untuk hadir ke majlis-majlis ilmu tersebut. *Amiin*

Dr Zakir Naik menghuraikan sesuatu perkara (kebanyakannya berkaitan modern science hari ini) menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dengan lancar dan fasih. Antaranya:

- Teori “big bang” yang telah dinyatakan dalam Al-Quran
- Ad-Dukhan (smoke)
- 3 stages of metal – solid, liquid, gas
- Astronomi (bagaimana orang Arab advance in this)
- Atoms (the smallest part of metal/zahrah)
- The dark of the ocean
- HE create every living creature with water (basic content by water)
- Water from sky
- How HE create human being
- Sense of hearing and see
- Bagaimana Allah meng’construct’ semula setelah mematikan semua manusia

SubhanaAllah. Selain kejadian-kejadian sains, al-Quran juga banyak memberi peringatan demi peringatan dan pelajaran yang berguna kepada umat Islam. Mungkin selama ini kita sedar tapi fitrah manusia yang sering kali lalai, leka dan alpa yang menyebabkan kita semua seakan-akan buta dengan mukjizat yang teragung  untuk dipelajari, diamalkan dan dijadikan panduan sepanjang zaman.

Apa yang boleh saya kongsikan

Sharing #01 : Dalam Islam, segala yang ada dalam bumi ini semuanya kepunyaan Allah (Everything is God’s). Seseorang itu layak berada dalam golongan Muslim bila dia telah mampu menyerahkan keseluruhan dirinya kepada Allah SWT dan menyerahkan semua urusan kehidupannya kepada peraturan Allah SWT dengan panduan Al-Quran & as-Sunnah.

Bila kita panggil diri kita muslim tapi enggan utamakan Al-Quran dan as-Sunnah maka, samalah kita dengan orang yang buta tapi mengaku dapat melihat @ samalah dengan orang pekak tapi mengaku dapat mendengar. Bila seseorang itu menggelarkan dirinya seorang Muslim maka, dia mestilah faham bahawa ia kekal sebagai seorang Muslim selagi mana dia berada di atas batas yang ditentukan oleh Islam itu sendiri.

Sharing #02 : Tiada siapa yang boleh membuktikan samaada seseorang itu jahat atau tidak. Dr Zakir Naik memberi contoh: Robin Hood itu jahat atau tak? Ramai yang merespon “good” manakala ramai juga yang merespon “bad”. Anda bagaimana? Jadi, tiada siapa sebenarnya yang  boleh membuktikan samada seseorang itu jahat @ baik kecuali bila adanya kewujudan Allah/“the existence of Allah”.

“Justice in akhirat is the only way to prove that. Life after death, without believe life after death, you cannot help yourself to believe God, Muhammad SAW....” Dr Zakir Naik.

Sharing #03 : “Bila kita nak lihat keindahan Islam, bacalah al-Quran bukan tengok pada penganutnya”.

Sharing #04 : Soalan-soalan daripada non-Muslim malam itu menarik. Jawapan balas daripada Dr Zakir Naik juga sangat menarik, kreatif dan berhikmah. Antara soalan-soalan mereka:

1. Does Al-Quran explain why human is possessed by a spirit?
2. How Islam’s view about life after death?
3. Obesity in Malaysia (Seorang pelajar medic melontarkan soalan yang menghubungkan kaitkan antara vegetarian (relate to Buddha) dengan orang yang makan daging. Should we become vegetarian to avoid obesity. Islam's point of view?)
4. Kenapa hanya Islam sahaja yang forbid makan pig?
 
Akhir sekali

Saya petik kata-kata daripada Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Nakar al-Hamid semasa beliau memberi pengisian dalam Majlis UMP Berselawat baru-baru ini :

“Ilmu sentiasa mulia, ilmu itu didatangi bukan dia datang kepada kita”
“Ilmu & TAQWA : kalau tiada dalam remaja/pemuda = tidak ada nilainya”
“Dosa paling besar ialah orang yang menyembah Allah sebab jahil tiada ilmu”

Kajian menunjukkan kekeliruan dan kegagalan umat Islam hari ini dalam mempersatukan aqidah tauhid dengan sains dengan tepat mengakibatkan wujudnya gejala pemikiran sesat dan suasana yang tidak sihat di kalangan umat Islam sendiri. Hasilnya, sering timbul pertanyaan samada sains dan teknologi yang dikecapi oleh manusia moden hari ini mempunyai kaitan dengan Islam. Sebagai seorang Islam, persoalan sebegini perlulah dijawab dengan kembali merujuk kepada ajaran Islam yang suci lagi lengkap dan syumul.

Jadi,
All the best in searching for truth and strengthening our aqidah. May Allah SWT guide us all on HIS true path. *Aminn*




No comments:

Post a Comment