Seminggu yang lepas heboh orang memperkatakan tentang UAI
nak datang ke UMP. Mula-mula cadangan nak dibuat di depan dataran canselori. Alhamdulillah,
saya dapat information tersebut
daripada sahabat-sahabat yang sama-sama excited
nak dengar kuliah UAI. Sahabat saya sanggup tukar hari mengajar tuisyen yang
sepatutnya dibuat pada malam UAI bagi kuliah ke hari yang lain. *excitednya* dia.
Kemudian, atas sebab faktor cuaca program tersebut dialih
tempat ke masjid UMP. Ok, fine lagi.
As long as program tetap dijalankan
buatlah dimana sekalipun, orang ramai akan datang juga.
Tup-tup malam semalam gempar dengan status-status di fb
mengatakan bahawa ceramah UAI yang sepatutnya diadakan pada malam ini
dibatalkan. Pembatalan last minute. Sangat tidak beretika.
*gerammarahsedihkecewa*
Program Islamik
Sangat menghairankan bila program-program islamik seperti ini
yang dapat menarik ramai orang khususnya mahasiswa-mahasiswi universiti untuk kembali
dan mendekatkan diri dengan Islam dibatalkan tanpa sebab yang munasabah.
Pembatalan di saat-saat akhir pulak tu.
Bertambah hairan lagi bila golongan artis boleh pulak
diberi keistimewaan dapat masuk ke dalam universiti berjumpa dengan students. Kononnya atas tiket memberi
motivasi. Apakah ini?
Sedih bila UAI buat pengumuman malam tadi di Masjid Jaya Gading begini:
“Esok malam kuliah maghrib di UMP dibatalkan. Ini adalah
arahan dari pihak atasan...nak buat macamana, orang dah tak nak Islam....”
Saya imbas kembali kata-kata Ustaz Abdu dalam pengisian KKF malam semalam: “Orang
yang berdakwah ni takkan merajuk dan takkan ambil hati. Berdakwah ni takkan
selesai walaupun setelah kita meninggal dunia kecuali bila Islam/daulah
Islamiyyah itu dapat ditegakkan atas muka bumi Allah”
Saya percaya UAI tak ambil hati dengan pembatalan ini dan saya juga percaya pasti ada dikalangan ajk-ajk khususnya mereka yang bertungkus
lumus merancang program ini yang sedih dan kecewa juga merajuk dengan pihak
pentadbiran universiti yang meng'anaktiri'kan program Islamik seperti ini..
Saya tinggalkan persoalan siapakah dia *pihak-pihak
atasan/tangan-tangan ghaib itu?*. Cuba fikirkan bila orang-orang yang
berkedudukan tinggi dah tak nak sokong program-program Islam, apakah makin jauh
dengan Pencipta atau makin dekat? Wallahualam.
Pasti ada Hikmah
Di sebalik setiap kejadian itu pasti ada hikmah yang
tersembunyi.
Saya copy status sahabat saya:
“...sekali kau halang, jutaan kali akan datang. Tiada kuasa Yang Maha Hebat melainkan KekuasaanNYA. Semoga kita semua dan juga tangan-tangan ghaib itu diberi taufiq dan hidayah Allah SWT~”
“Wamakaru wamakarallah wallahu
khairul makirin..” : Mereka merancang. Allah juga
merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang.
UMP dah rugi besar *mahasiswa-mahasiswi, staf-staf termasuklah semua warga UMP*. Orang nak
sampaikan dan ajarkan ilmu Islam bukannya sampaikan perkara-perkara lagha tapi tak diberi kesempatan. *sigh*. Sangat
berharap UMP ni dapat melahirkan para siswazah/cendekiawan yang bukan sahaja
celik ilmu duniawi tapi juga ilmu ukhrawi. Sesungguhnya itu sebenarnya matlamat kita. I love UMP : bumi tarbiyyah and I'm proud to be UMPian. *sedang meng’cool’kan
diri*
“Ya Allah lindungilah diri kami daripada segala macam kejahatan, kerosakan dan kezaliman di atas muka bumi ini. Hanya kepadaMu lah tempat kami memohon perlindungan agar di beri keselamatan dari segala macam peristiwa buruk. Hanya Engkaulah sebaik-baik Pelindung, Penjaga dan segala pujian hanyalah layak bagi MU.”
Syam_Suri
No comments:
Post a Comment