Tuesday, October 9, 2012

Talk Dr Zakir Naik (catatan I)



Setelah meng'google' dan akhirnya copy info daripada Encik Wiki : Dr Zakir Naik is an Indian public speaker on the subject of Islam and comparative religion. He is the founder and president of the Islamic Research Foundation (IRF) and has held many debates and lectures around the world. Before becoming a public speaker, he trained as a doctor.  

Saya mengenali nama Dr Zakir Naik bermula tahun 2008/09 ketika penduduk dunia sedang hebat memperkatakan tentang terrorism. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bersama-sama sahabat-sahabat mendengar talk beliau secara live di Kuantan.  

Beberapa jam sebelum bergerak ke tempat prog: Dewan Jubli Perak.

[Dalam bilik lecturer FKKSA] Sebaik sahaja habis discussion berkenaan projek, supervisor berdialog dengan saya pagi tu;


Sv : You pergi program petang ni?
Sy : Hmm, program apa dr? (confuse sekejap maybe ada program lain selain Dr Zakir Naik punya program)
Sv : Talk Dr Zakir Naik.
Sy : Ohh. InsyaAllah pergi, Dr. (Sambil sedekahkan senyum pagi tu)
Sv : Pergi dengan siapa? Naik apa? (sambil mengeluarkn sesuatu daripada pursenya)
Sy : Dengan sahabat-sahabat. Ada Ainul, Shahaidah & Mardhiana. Mardhiana tu student under Dr Ghazi. Naik kereta Ainul.
Sv : You ada duit RM40?
Sy : Hmmm, takde duit kecik la Dr. Ada duit besar: RM50 (sambil tu hairan kenapa beliau mintak duit RM40. Ada hutang apakah?)
Sv : Alhamdulillah, ada pun. Ni rezeki you buat tambang minyak pergi program ye. (sambil menghulurkan 2 keping not RM5).
Sy : Laaa, Dr. Yeke nak bagi ni. Terima kasih Dr. (tersipu-sipu saya ambil not tersebut daripada beliau. takkan nak tolak kot pemberian beliau. ^^v ).

Alhamdulillah. Rezeki saya & sahabat-sahabat sebenarnya. DIA hantar melalui perantaraan my supervisor yang very supportive & memahami. Walaupun nampak sumbangan itu kecil tapi di sisi Allah. We never know righttt?

So, at the end, saya perlu work up dengan kerja-kerja lab & must be diligent. Say no to si *malas*. Fair enough kan? Itu sumbangan yang saya should buat as his first student master.)

Semasa dalam perjalanan

Hujan kelihatan di luar pintu kereta. Tiba-tiba Ukhti Mas telefon minta bantuan Ainul untuk menjemput anak-anak yatim petang tu. Tengok jam di tangan lewat dah ni nak pergi tempat program. Kereta berderet atas jalan: jalan sesak & jem sebab orang baru balik kerja. Tambahan lagi hujan pulak tu. Tapi takpe. Bila kita tolong orang, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita. Kami bertiga sepakat ambil anak-anak yatim tu dulu (Mekna tak dapat ikut sebab ada program lain yang tak dapat dielakkan).

Beberapa puluh minit sebelum program bermula.

Sy : Ya Allah, ramainya. Muat lagi ke nak masuk dewan ni. Nak sangat-sangat masuk dewan dengar & lihat Dr Zakir Naik bagi talk secara live. (hati mengomel sejak dari tadi)
Sha : Syam, ambil wudhu’ dulu kot sementara beratur tunggu masuk dalam. (Sha yang prihatin tengok sy resah dari tadi. Dah masuk waktu Maghrib dah tapi tak dapat lagi sticker ‘pink’ untuk masuk ke dalam dewan. Harapnya lepas ambil wudhu’ & booking tempat duduk nanti boleh terus pergi tunaikan kewajipan)

Beberapa belas minit sebelum program bermula.

Allahu Rabbi. Allah bagi ujian lagi. Bayangkan hanya beberapa langkah lagi untuk masuk ke pintu utama dewan ada announcement daripada usher mengatakan tempat duduk dalam dewan sudah full. Kami terlewat hanya beberapa minit. Kalau kami sampai awal tadi dah pastinya dapat masuk & duduk dalam dewan. Mengeluh pun takde gunanya. We can’t bring back time. Tapi saya tahu pasti ada hikmahnya kenapa kami tak dapat masuk ke dalam.

Hikmah #01 : Dapat tunaikan solat Maghrib tanpa perlu rushing. (Orang yang dah dapat tempat dalam tu kena masuk balik sebelum program bermula iaitu pukul 8. Bila dah masuk tak boleh dah keluar masuk lagi)

Hikmah #02 : Sha & Ainul boleh makan makanan yang dah pun disediakan pihak penganjur sebab mereka ini tak makan petang lagi termasuklah saya. ^_^v . Dari tadi menahan perut yang berkeroncong (betul ke?). Alhamdulillah, kami bebas menikmati makanan sambil duduk borak2 luar dewan.

Hikmah #03 : Boleh gerak-gerak badan, berbual-bual, tanya orang sebelah, kiri, kanan, depan & belakang tanpa perlu rasa segan (takdela statik sangat & takdela mengantuk sangat. Tapi part berbual-bual tu kita should not buat lah kan sebab kita dalam majlis ilmu –tak berkat nanti).

Hikmah #04 : Dapat jumpa dengan adik-adik & sahabat-sahabat yang dikenali yang senasib dengan kami (tak dapat duduk dalam dewan).*Ukhwahfillah*

Hikmah #05 : Dapat balik awal. Esoknya ada lagi urusan/hal yang perlu dibereskan (juga ber’dating’ dengan seseorang di TC). ^_^

Apa yang dapat saya simpulkan

Simpulan #01 : Truely...daripada pengalaman yang lepas-lepas, bila kita nak hadir ke program/majlis ilmu seperti ini pasti ada ujian-ujian yang menghalang kita daripada hadir ke tempat program dan cabaran-cabaran yang perlu kita tempuh samaada sebelum, semasa ataupun selepas daripada program dijalankan. Hadith daripada Abi Darda` ra, katanya Nabi saw telah bersabda (mafhumnya),

"Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga..."...

Simpulan #02 : Dr Zakir Naik sangat hebat. Malam tu saya realized kenapa beliau dikatakan sangat hebat. Bagi saya, cara penyampaian dan cara beliau menjawab soalan daripada non-Muslim dengan penuh hikmah dan kreatif itu sangat menarik. Harapnya ada ramai lagi ilmuwan seperti beliau: yang dapat menarik hati non-Muslim dan menjentik hati Muslim (hopefully jentik yang meninggalkan kesan di hati). Ramai juga sebenarnya ilmuwan-ilmuwan yang disegani dan cukup dikenali di Malaysia. Contoh - Dr Zahazan, Ust Zaharuddin, Dr MAZA, Dr Zulkifli Al-Bakri, Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain. Peluang untuk mencari dan menimba ilmu daripada mereka terletak di tangan kita. Kita pilih dan kita yang tentukan sendiri jalan kabaikan tersebut.

Simpulan #03 : Kembara seorang pendakwah. Dr Zakir Naik sanggup terbang merentas benua semata-mata untuk berdakwah. Kalau kita nak sangat pergi oversea untuk shopping, suka-suka view tempat orang, menunjuk-nunjuk dan berbelanja untuk perkara yang tidak sepatutnya. Seperti kata orang : Perjalanan dakwah ini tiada penghujung. Bila orang kata hari ni aku dah berdakwah, esok aku nak rest...maka orang itu ada something wrong somewhere pada niatnya. Maka wujudkan dalam planner/jadual harian kita: ‘Setiap hari adalah dakwah’. Firman Allah:

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran : 104)

Simpulan #04 : Kadangkala kita perlu ingatkan diri kita sentiasa ‘adakah bekalan kita sudah cukup untuk pergi ke destinasi yang abadi?’. Setiap orang pasti akan dapat tiket on the spot ke destinasi tersebut. Yang mencemaskan adalah bila-bila masa sahaja kita dapat tiket itu tanpa kita tahu/sedar. Jadi, kita perlu bersedia dari sekarang. Kita sebenarnya sedar akan perkara tersebut. Dalam al-Quran sendiri terdapat banyak ayat-ayat peringatan Allah mengenai orang-orang yang leka, cuai, alpa dan yang meremehkan serta tidak peduli. Sepatutnya kita perlu ambil tindakan. Take note !!

Simpulan #05 : Apa sahaja perkara, perbuatan, tindakan dan percakapan kita perlu niatkan lillahitaala agar hati kita tenang, mudah buat urusan dan tidak mudah terganggu dengan persekitaran. Mari sama-sama memperbaiki diri agar redha Ilahi kita dapat perolehi.   

Simpulan #06 : ‘Dakwah perlu berstrategi’ – saya perlu banyak buat homework berkenaan method-method dakwah yang berkesan. Semoga Allah redha.

Syam_Suri

No comments:

Post a Comment