Assalamu’alaikum
wbt.
Semoga rahmat
Allah sentiasa bersama-sama kalian semua. InsyaAllah.
Posting kali
ini saya nak imbas balik modul yang telah diberi kepada saya ketika menjadi
fasilitator TOT SAHAM yang lepas:
Saya bukanlah
orang yang arif berbincang berkenaan tajuk ini tetapi sekadar perkongsian
bersama. Saya pun fail sebenarnya
dalam menguruskan masa yang semakin hari kita rasakan semakin singkat padahal
tanggungjawab begitu banyak yang masih belum terlaksana. Doakan sama-sama yuk semoga
kita tergolong dalam golongan yang tidak mensia-siakan masa yang dipinjamkan oleh
Allah ni. Aaminn…^_^
Tahukah ancaman yang paling besar
mudaratnya kepada manusia? Tidak kira dia bergelar seorang pelajar, majikan,
pekerja, suri rumah, pegawai atau hatta seorang pengemis sekalipun?
M.A.S.A
Masa memainkan peranan yang sangat besar
dalam kehidupan manusia di alam ini. Segala-galanya adalah berkenaan masa.
Tidak hairan jika kita melihat ramai manusia berpeleseran di bangunan-bangunan shopping complex, di atas jalan raya, di
sekolah, di universiti, pejabat, taman bunga dll.
Apakah yang mendorong mereka untuk hadir di
sesuatu tempat?
Ya! Masa boleh menyusun atur jalan hidup
seseorang. Samaada masa yang mereka gunakan itu bermanfaat kepada perkara
kebaikan atau pun tidak…itu perkara nombor dua.
Masa boleh menjadikan kehidupan seseorang
tenang, selesa tanpa adanya gangguan-gangguan yang boleh menyerabutkan kepala.
Tidak percaya? Bagaimana? Saya beri beberapa situasi:
1.
Seorang surirumah peruntukkan
setiap hari menguruskan hal-hal rumahtangga dari sekecil-kecil perkara kepada
sebesar-besar perkara: memasak, menyediakan makanan, mengemas rumah, membasuh
baju, menyidai kain, menggosok, melipat dan sebagainya. Andai kata dia tidak
menyusun perkara apa yang perlu dibuat dahulu dan perkara mana yang perlu
dibuat kemudian. Apa yang akan berlaku kepada rumahtangganya?
2.
Seorang pelajar tugasnya adalah
untuk belajar. Dalam masa yang sama dia perlu kepada sedikit hiburan, sosial
dan sebagainya. Jadi, dia perlu susun jadual belajar. Andai kata dia belajar last minit padahal peperiksaan esoknya.
Apa yang akan berlaku kepada resultnya
nanti?
3.
Seorang pensyarah…sibuk dengan
tugasannya di universiti dan pada masa yang sama dia mempunyai tanggungjawab
terhadap keluarga. Selepas habis waktu kuliah dia akan disibukkan pula dengan
pelajar-pelajar yang mahu bertanyakan soalan. Jadi, masa sangat memberi pengaruh
yang besar kepadanya.
Saya pernah menjadi seorang pelajar dulu.
Kelemahan yang ketara adalah masa. Saya tidak tahu bagaimana mahu menguruskan
masa dengan sebaiknya. Setiap aktiviti atau perkara yang saya lakukan sekadar
untuk memenuhi masa lapang semata-mata sebab saya berpegang pada kata-kata ini:
“Jika kita tidak
disibukkan dengan kebaikan, kita akan disibukkan dengan kejahatan dan
perkara-perkara yang sia-sia”
Sebab itu salah satu punca kebanyakan
pelajar kurang menyerlah dalam akademik adalah disebabkan pengurusan masa
mereka yang kurang efisien.
Semasa program TOT tersebut saya memberi contoh
pengurusan masa berdasarkan:
Formula
80/20
Stephen’s Covey Time Management Quadrant (boleh search di google)
Stephen Covey itu siapa? Ada siapa-siapa
yang tak kenal dengan orang femes ni?
Kepada siapa-siapa yang tidak kenal Stephen
Covey ..beliau adalah seorang penulis terkenal yang menulis buku best seller berjudul 7 habits
& First things First. Dan sekarang yang femes adalah 8 Habits.
Stephen’s
Covey Time Management Quadrant ini adalah salah satu
cara menguruskan masa yang kita ada dan penting untuk muhasabah diri kita. Sebenarnya
tujuan quadrant ini adalah untuk kita
lihat priority masa kita tu kita
letakkan kat mana.
Saya tak mahu sentuh keseluruhannya
berkenaan quadrant tu sangat tapi nak sentuh sikit pasal quadrant 4: TIDAK
PENTING DAN TIDAK SEGERA. Kita banyak buang masa kita kat situ. Betul tak?
Berfacebook, bermesej, bertweetering, keluar outing, bergosip dan sebagainya.
Kerja kita tertangguh disebabkan
perkara-perkara yang tidak penting dan tidak segera itu. Manusia cukup suka
melakukan perkara-perkara yang disukainya dan mengikut nafsu dahulu berbanding
kerja-kerja berat dan penting. Betul kan?
Akhir
Sebagai muslim & muslimah isilah masa lapang
kita dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat untuk diri dan agama
Islam.
Buatlah
kerja/sesuatu yang berguna untuk mengisi masa lapang ibarat pepatah Arab yang
mengatakan:
“Air yang tidak
mengalir akan dirosakkan oleh statiknya keadaan itu seperti mana pemuda yang
akan dirosakkan oleh masa lapang mereka”
Oleh itu, teruskanlah belajar & manage masa kita kerana Allah SWT dan untuk
keredhaan Allah juga.
Wallahualam.
Syam_Suri
No comments:
Post a Comment