Wednesday, October 18, 2017

Impian Ummi

"Abang, bangun bang. Dah pukul 5. Tahajjud yuk. Kekasih abadi kita dah tunggu tu"

"Sayang, lepas subuh nanti, kita baca mathurat sama-sama, pastu nanti abang buat kan breakfast untuk sayang ye"

"Rajinnya sayang abang mop lantai pagi-pagi ni. Sayang dah dhuha ke belum ni?"

"Abang, hari ni abang free? If abang free, boleh kita gi ziarah mak abah?"

"Semalam sayang kata nak abang check hafalan hadith sayang, marilah"

"Thanks abang tolong sayang masak hari ni. Abang nak qailullah? Ok, nanti nak dekat Zohor sayang kejut abang"

"Jom tadabbur ayat sama-sama sayangku"

"Abang sayang, nanti share-share la dengan sayang kuliah maghrib UAI ye. Selamat menimba ilmu suamiku"

"Tq sayang ironku baju abang. Moga Allah sentiasa merahmati isteri abang yang baik hati ni"

"Yeayy, abang dah balik. Tentu abang letih kan. Mari sayang tolong urutkan abang"

"Terima kasih sayangku kerana sentiasa ingatkan abang kepada Pemilik Cinta kita"

"Sayang nak jadi suri abang hingga ke syurga, insyaAllah. Jika abang tengok ada kewajiban sayang yang terlalai dan sebagainya, mohon ingatkan sayang ye"

                                                                            cnp

                                               **********************************

Rasa syahdu, deep dan meaningful sangat perbualan pasangan suami isteri di atas kan. Sungguh, indahnya berkasih sayang kerana Allah.

Syukur alhamdulillah dengan nikmat yang ummi kecapi sekarang. Adanya suami mithali dan anak-anak penyejuk mata dan hati.

Tak salah kalau ummi berimpian nak merasai dan mewujudkan balik dialog-dialog seperti di atas kan :). Sempat merasa di awal perkahwinan dulu. Mathurat sama-sama, tahajjud sama-sama walau tak selalu dan beberapa persamaan yang lain.

Beban kerja, anak-anak yang dalam proses membesar, kekangan masa, cabang bisnes yanag banyak sangat perlu dipelajari dan masalah-masalah yang lain sedikit sebanyak melalaikan dan menculaskan kami. Ampunkan kami Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. T_T

Dengan bertambahnya tanggungjawab menggalas amanah yang Allah kurniakan kepada kami (baca : anak-anak) ummi berharapan agar mereka juga dapat mengambil sedikit kenikmatan seperti ini buat tatapan keluarga mereka kelak nanti. Aminn Ya Rabb.

Dan tentunya kami ini perlu menjadi contoh tauladan dan bukti nyata yang baik kepada mereka.

Bagaimana cara...dengan apa nak dibuktikan?

Cinta. Ya..dengan cinta !

Dengan adanya cinta dan perasaan indah tersebut dapat menyatukan dua insan biasa-biasa yang memiliki karakter dan kebiasaan yang berbeza menjadi satu. Saling memahami dan berkasih-sayang yang sesungguhnya. Antara satu sama lain.

Dengan saling memahami maka dapatlah dipastikan bahawa pasangan boleh saling melengkapi dan bahagia.

Ummiwalid semestinya ada kekurangan. Mana mungkin orang yang nampak sempurna @ look perfect tidak ada kelemahan. Impossible !

Tapi...bila kita ada cinta pasti kita dapat menerima kekurangan tersebut. Barulah namanya saling melengkapi.

Jadinya, ummi perlu sentiasa mengingatkan diri dan walid agar setiap tindakan, perlakuan, perbualan, perselisihan dan perbincangan yang dibuat adalah seiring dengan apa yang ummi impikan ini.

Mohon doanya. Kalau boleh selalu kita improve hubungan dengan Pencipta itu lagilah terbaik.

Why not?

Sesungguhnya yang memberi kekuatan itu hanya dariNya.


19 Oktober 2017
1.48 pm
Workstation
 

Thursday, October 12, 2017

Abang Long Mengamuk

Semalam.

Usai ummiwalid habis meeting...si abang long terjaga dari tido yang tak lena.

On the way balik rumah mengamuk-ngamuk dia dalam kereta. Mungkin...

1. Penat sangat. Kat taska tak cukup rehat (kalau asyik main dengan kawan-kawan).
2. Kondisi bilik meeting (walaupun beraircond tapi kalau dah kena tidur atas lantai...hmmm, sakit belakang la jawabnya & akan rasa tak selesa sebab dia tidur buas T_T).
3. Habis meeting pukul 12 tengahmalam. Memang dah lewat sangat pun. Selalu pukul 10-11 malam dah tidur sebab esoknya kena pergi sekolah (ummiwalid memang train dia tidur awal).

Bila dah reda. Ummi cakap baik-baik dengan walid. Lepas ni kalau ada meeting limitkan sampai pukul 11 malam kalau boleh. Alasan sebab gini lah. Kesian abang long dan adik.

Walid tak tunjukkan reaksi samaada mengiakan atau menggangguk. Mengantuk mungkin dan lagi satu...kita tak boleh nak elakan perkara tak dijangka macam ni. Yelah kan benda ni kadang-kadang boleh control & kadang-kadang tak boleh lalu benda yang uncontrollable macam ni la yang selalu jadikan ummi serba salah pada anak-anak.

Lumrah duduk dalam jemaah. Hidup berjemaah.
Hidup berpersatuan yang ada ketua dan anak-anak buah yang bermacam peel dan ragamnya.

Meeting malam-malam.
Program hujung minggu.
Silaturrahim dan ziarah.
Kerja yang tak bergaji.

Bukan saja-saja.

Selalu ummi berfikiran macam ni 'kalau tak hadir tak apa kot. Agenda tetap berjalan'

Betul tapi...

Kalau tak hadir bermakna kita telah merumitkan perjalanan dan agenda meeting tu (berdasarkan apa yang ummi rasa dan faham).

Nak-nak kita telah diamanahkan dengan itu. Diberi tanggungjawab memegang amanah yang sebenarnya kita tak minta pun.

Rasa serba salah. Pada diri dan sahabat jemaah.

Juga pada Yang Maha Pemberi Kuasa

Moga ummiwalid terus istiqamah.
Moga Allah terus titipkan rasa ikhlas dalam diri kami untuk membawa agenda dakwah.
Kami ikhlas. InsyaAllah.

12.10.2017
Khamis
3.49 petang

Thursday, January 5, 2017

Nawaitu buat akaun page FB & IG

Assalamualaikum semua...

Lately ramai sahabat-sahabat unni yang buat page FB @ akaun Instagram. Majoritinya ofkos la untuk tujuan bisness. Bagi unni ianya satu pilihan yang bijak sebab hampir semua rakyat Malaysia melakukan aktiviti online ni dimana-mana. Dalam pejabat, luar pejabat, masa riadah, masa tengah makan, sebelum tidur dan ikutlah mana yang rasa ok untuk beronline.

 Mudah, senang dan cepat kalau nak update isu-isu semasa, barang2 jualan secara online. Bestnya kan ada page sendiri. Eh, unni pun ada page sendiri tau.

Tapi rasa segan pula nak share kat sini. InsyaAllah bila ada kekuatan untuk share unni share nanti ye (wink wink) ^_^v

 Sebenarnya Unni nak tumpang post kat sini pasal nawaitu buat page @ akaun ig. Senang unni nak muhasabah, flashback @ tengok apa-apa yang tak kena atau mana-mana kelompongan pada diri unni ni sebab apa? 

Sebab....bila-bila masa mood MALAS itu menjelma unni akan jengah kat sini.

Antara nawaitu unni nak buat page @ akaun ig:

 1. Membantu jana pendapatan suami dengan izin (zaman sekarang tak cukup kalau seorang bekerja. Unni kena fikir future anak-anak agar lebih terjamin)
2. Membina jaringan social network
3. Menambah ilmu dan praktikkan dalam kehidupan seharian (terutama ilmu parenting & ilmu pasal sifat manusia bila bermuamalah itu sendiri)
 4. Buat muhasabah

Jadiii...ini target unni bila dah setup akaun:

1. Jangan malas
2. Posting benda-benda yang membawa kebaikan
3. Menjual sambil buat dakwah (dengan post kata-kata/beautiful quote/tips2 bermanfaat)
4. Jangan segan naa. Buat pa nak segan. Lain lah kita buat/posting perkara tak elok kan. Orang akan baca dan kemudian belum tentu dia akan ingat. That why orang jual barang kena post ulang-ulang kali.
5. Ignore dan campak rasa 'tak mampu' 'down' 'jauh jauuuhhhhh.

Ok ??

 Terima kasih sudi baca :)

Tuesday, January 3, 2017

Ahlan wa sahlan 2017

Selamat Tinggal 2016
Selamat Datang 2017

Moga-moga tahun baru ini mendatangkan seribu satu kebaikan dan rezeki buat keluarga kecil kami. InsyaAllah. Ummi pun kena bersedia mengharungi sebarang kemungkinan...kebaikan takkan datang tanpa ujian dan bentuk ujian itu pastinya berbeza-beza mengikut kemampuan kita.

Dan apa yang ummi yakin...kematian akan menjemput bila-bila masa tidak kira masa, tempat dan waktu. Bersediakah ummi? T_T

Memetik kata-kata dari ABAH atau cukup dikenali dalam blog/web Saifulislam.com:

Sesungguhnya taubat dan kesedaran kita hanya di satu peringkat kehidupan.
Kita masih berjuang mengejar Husn al-Khatimah.
Bersederhanalah dalam membina harapan.
Agar kecewa dan keluh kesah tidak menjadi bahasa harian.
Banyakkan berdoa, banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi.
Bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.

Ummi kira-kira sesuai rasanya kalau ummi jadikan kata-kata ini sebagai azam untuk tahun ini (2017). Maksudnya sebagai penguat kepada azam 2017 yang sudah pun ummi hantar kepada walid semalam masa on the way balik Johor dari N9. Ummi hantar melalui whatsapp. Tak sesuai untuk dipublish di sini. huhu. Semoga Allah permudahkan ummi untuk capai azam tersebut :). Aminn.

Mengenangkan apa yang ummi dah buat selama ini....tanggungjawab, amanah, dosa, dan perkara-perkara yang ummi pendamkan....pendam sebab ingat diri kuat menahan rasa sorang-sorang. Akhirnya air mata ummi tertumpah jua seusai solat Asar tadi. Tak tertahan. Sudah lama ummi tak menangis merintih, mengadu kepadaNya. Ummi silap. Ummi sombong. Ummi angkuh sangat. Ummi biarkan tanpa mengadu kepada sesiapa.

Sesungguhnya Allah sebaik-baik tempat mengadu

Moga apa yang ummi catatkan disini dapat membantu ummi untuk muhasabah kembali bila-bila hati ini perlukan motivasi dan seterusnya pengubat kepada kekosongan diri. Sebaik-baik perancang hanyalah Allah SWT. Move on & keep istiqamah :)

#catatansuri
#catatsupayataklupa