Wednesday, February 15, 2012

Merencah Emosi

Hebat sungguh tajuk posting saya kali ini. Merencah emosi? Hmm, fikir masak ke tadi? Emosi boleh direncah? Huhu. Sekadar tajuk sahaja. Ape-ape je la.

Baru-baru ni saya berkesempatan menjenguk mak dan ayah di kampung. Hometown: PD. Asal balik je mesti jalan jem. PD kecik je. Nak taknak terpaksa lah redah jugak jem tu. Bukan roti cicah jem ye (mentang-mentang tajuk ada kait dengan makanan). Satu kemestian bila balik ke PD, saya akan ambil seat yang paling kanan sekali, sebelah tingkap sebab dapat tengok matahari di atas dan hampir-hampir mencecah laut (nak terbenamlah tu). SubhanAllah, ondaway nak balik pun berkesempatan tengok fenomena alam yang indah (ter'release' jugak la penat dan letih bekerja). Alhamdulillah, dapat merasa lagi kehebatan dan kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Sambil berzikir dan istighfar, sempat jugak lah saya termenung...memandang ke langit dan segala ciptaanNya.

Aduhh...bisanye dia gigit....(spoil lah nyamuk ni ngacau orang nak tulis. Maaf ye, nyamuk ni pun nak interprem dalam posting ni)


1 BUTIR BELIAN dan 7 BUTIR PERMATA



Sampai di rumah, mak menyambut kedatangan anak perempuannya dengan senyuman yang terukir di bibir. Bibir kecil molek itu persis seseorang. Matanya agak kuyu dan badannya kelihatan susut sedikit. Saya melihat dengan ekor mata yang tajam. Sayang kepada ibubapa tak perlu dengan wang ringgit semata-mata tapi perlu kepada mengikuti perkembangan kesihatan, rohani dan jasmani mereka sentiasa. Maksudnya, wang bukanlah satu-satunya medium untuk membalas jasa ibubapa. Tips berharga yang pernah saya tahu dan mengaku keberkesanannya ialah bila kita rasa sangat lemah, semangat turun, ingin tingkatkan motivasi diri, hidup mendatar, ingin mencari bahagia....kita perlu bersama-sama dengan mereka; KELUARGA.

FAMILY : FAther Mother I Love You

Betul atau tidak...terpulanglah. Setiap kali saya balik daripada kampung, saya akan membawa 'sesuatu'. Mungkin ianya suatu semangat, usaha atau peluang. Kali ini, giliran saya pula membahagiakan mereka yang selama ini bertungkus lumus memelihara dan mendidik saya dan adik-beradik sejak kecil. Permudahkanlah urusan saya Ya Allah. Aameen...

Sepanjang tiga hari berada di kampung saya cukup terkesan dengan cara hidup orang-orang especially yang berada di kampung. Rutin mereka: balik kerja -> rehat -> bagi ayam itik makan -> berkebun. Mak saya adalah orang kampung yang cukup sederhana. Tanya je ilmu pasal rumah tangga pasti akan dijawabnya dengan nasihat yang berhikmah. Ianya juga selalu membuatkan saya berfikir. Macam mana ek saya nanti bila dah berfamily? Saya tak mampu nak jawab lagi...=p. Hidup di bandar vs hidup di kampung. Masing-masing ada kelebihan...cumanya kalau sudah berada dalam bidang profesional sekalipun ilmu rumahtangga tetap jangan tinggal (it reminds me always)...

Masa balik tu, saya terpandang lah ke arah whiteboard yang selalu ayah tulis untuk susun timetable kerja shift dia.
"Keluarga adalah segala untukku. Aku ada 1 butir belian dan 7 butir permata. Selama hampir tiga puluh tahun....." 
Ok. Stop...yang selebihnya saya rasa tak perlu dishare disini. Tengok dari segi tulisan, confirm itu adalah tulisan mak. Touching bila baca. Wah, hebat sungguh tulisan mak. Mungkin dia nak share kat anak-anak dia yang balik rumah terutama husband dia. Huhu.

Last sekali mak tulis dalam bracket....
"(Adakah beliau dan permataku ini akan memancarkan cahaya untukku)"
Saya senyum. Dalam hati separuh berbisik: InsyaAllah....Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Isra’: ayat 24).

Tulisan dan pesanan itu saya simpan elok dalam nota handset android saya...^^

KEWAJIPAN MENTAATI dan MEMBALAS JASA IBUBAPA

Firman Allah SWT yang bermaksud,
“…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya...” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud,
“…Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW,
“Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
 Insya-Allah hidup kita akan berkat selamanya selagi kita taat, menghormati kedua ibubapa dan membalas segala pengorbanan mereka selama ini. Rebutlah peluang untuk mendapat redha Allah selagi mereka masih berada di samping kita. Wallahualam....


Syam_Suri

No comments:

Post a Comment