Sumber internet memang banyak memperkatakan perihal tentang kekasih Allah ini tetapi saya sengaja mempelbagaikan method: sambil menunggu boleh bukak buku baca, sebelum tidur boleh menghayati dan sambil mendengar juga kadang-kadang boleh terjah baca buku tanpa menghadap laptop 24 jam.
Adakah orang sepertinya di dunia ini? Wujudkah lagi? Jika ada alangkah beruntungnya wanita itu, 24 jam fikirannya, perilakunya, perbuatannya, gerak langkahnya, cetusan hati dan luahan kata-katanya hanyalah semata-mata kerana Kekasihnya tanpa sedikitpun perasaan yang boleh menggugat kecintaannya kepadaNya. Beruntungnya dia kerana Allah mengasihinya dan juga mencintainya. Mampukah kita?
Yang pasti wanita sekarang semakin berani, ciri-ciri zaman jahiliyyah yang terdapat dahulu kini seakan-akan berlaku lagi malah lebih parah. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu. Mereka memahami tapi sengaja mencari alasan. Arus kemodenan, zaman cyber, globalisasi, liberalisme, hak asasi wanita antara hujah yang dinyatakan puak-puak yang mahukan kebebasan. Kebebasan untuk apa saya tidak tahu. Kebebasan sampai melanggar syariatkah yang mereka mahukan? Padahal Islam menyanjung tinggi kaum hawa, Islam memartabatkan wanita, mengapa masih jahiliyyah? Nauzubillah...
"Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women" (Peluang sama rata mendapatkan pendidikan, latihan, sains dan teknologi: Jalan meraih kerjaya yang baik kepada wanita). Ini adalah tema bagi Hari Wanita Sedunia (8 Mac) 2011. Ianya hanyalah sebahagian dari keseluruhan aktiviti hidup seorang wanita. Semakin ramai wanita yang mempunyai kerjaya tinggi malah melebihi kaum lelaki. Golongan korporat wanita juga kita boleh lihat semakin mendominasi pada masa kini. Untuk apakah mereka kejar itu semua?
Seperti kata-kata Nik Nasri Malek, Islam tidak menunggu Hari Wanita untuk berbicara tentang wanita. Al-Quran dan hadis banyak membicarakan wanita sepanjang masa. Surah an-Nisa’, an-Nur, at-Talaq dan lain-lain menggambarkan keprihatinan Islam terhadap martabat wanita. link
Tempat yang paling baik dan mulia sebenarnya bagi wanita adalah berada di sisi suami. Kita semua tidak boleh nafikan. Perempuan yang paling mempesona adalah isteri yang solehah. Rasulullah SAW bersabda:
"Apa yang dicari seorang mukmin setelah bertaqwa kepada Allah tidak lebih baik dari seorang wanita yang soleh, apabila diperintah suami ia mentaati, apabila dipandang sangat menyenangkan, apabila disumpah ia melaksanakan dengan jujur, dan apabila ditinggal pergi ia menjaga dirinya dan harta suaminya" (HR Ibnu Majah dari Abu Umamah ra).Yang menjadi masalah sekarang wanita tidak segan silu mendedahkan aurat, memperagakan sesuatu yang penting (mahkota, perawan dsbnya) dari diri mereka semata-mata ingin mengejar kaum adam iaitu lelaki yang sama-sama jahil seperti mereka walhal diri mereka sepatutnya dijaga dengan penuh amanah oleh lelaki. Pakai tudung hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Yang tak pakai tudung berlambak-lambak lagi. Kemanakah lelaki-lelaki yang baik, yang soleh, yang mulia, yang boleh diharapkan oleh kaum hawa?
Lelaki yang berpredikat lelaki yang terbaik adalah suami yang memuliakan isterinya. Suami yang selalu mengukirkan senyuman di wajah isterinya. Suami yang menjadi qawwam (pemimpin, pelindung) isterinya. Suami yang begitu teguh mencarikan nafkah halal untuk keluarga. Suami yang tak lelah berlemah lembut mengingatkan kesalahan isterinya. Suami yang menjadi seorang nakhoda kapal keluarga, mengharungi samudera agar selamat menuju tepian hakiki "Syurga". Dia memegang teguh firman Allah,
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..." (QS At-Tahrim:6)Ke manakah destinasi kita setelah hidup di dunia selepas ini kalau bukan menuju ke alam akhirat yang abadi? Syurga adalah matlamat semua. Bagaimana kita boleh menyebut bahawa Syurga itu adalah matlamat kita kalau kita sendiri yang lalai, leka dan alpa? Firman Allah,
"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 152-153)
Suriey: 21.03.11: 0800
Assalamualaikum, didoakan puan sentiasa dilembayungi kasih dan sayang Allah taala.
ReplyDeleteSejambak ucapan terima kasih saya hulurkan kepada puan kerana sudi membaca novel sejarah srikandi Islam Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi.
Alhamdulillah, semoga ia bermanfaat kepada ummah.
ZAHIRUDDIN ZABIDI
www.kalamkhalifah.com