Saya percaya ramai pemuda-pemudi yang di luar sana yang begitu bersemangat dalam mencari erti kebahagiaan dalam hidup berlandaskan syara' dan hindari segala perkara yang membawa diri kepada maksiat. Mereka ini saya doakan supaya Allah permudahkan jalan dan apa jua perkara yang mereka lakukan. Namun, masih ada juga di kalangan mereka iaitu pemuda-pemudi ini yang masih lagi terkapai-kapai di dalam lautan dunia, masih lagi tercari-cari erti sebenar mereka wujud dan masih juga bergelumang dengan maksiat, pelbagai zina (hati, tangan, kaki, mulut, dll) yang akhirnya bakal menjerumuskan diri mereka ke dalam Neraka yang amat dahsyat jika tidak dibendung terus dari sekarang. Bahasa orang putihnya..do not take my words for granted dan jika di melayukan..jangan ambil mudah kata-kata yang telah saya berikan tadi kerana kemungkinan besar apa yang saya cakapkan tadi adalah perkara yang sedang kita lakukan sekarang.
Bukan setiap masa kita diberikan hidayah oleh Allah untuk sentiasa berada di landasannya dan payung rahmatNya. Jika kita alpa dan leka, nikmat yang selama ini kita kecapi barangkali bakal ditarik balik. Allah SWT berhak dan bila-bila masa boleh berbuat itu semua. Dan jika itu terjadi, janganlah kita mudah berprasangka buruk terhadap Allah. Kemungkinan itu adalah suatu ujian yang diturunkan olehNya untuk menandakan Dia amat sayangkan kita dan tidak mahu kita tersasar jauh. Maka, setiap hari perlulah kita bermuhasabah dan bermujahadah akan setiap perbuatan yang telah kita lakukan setiap saat. Adakah kita hidup di dunia ini untuk keredhaan manusia atau keredhaan Allah?
Memberi untuk feedback
Begitu mudah untuk kita melontarkan kata-kata dan segala yang tersirat di kepala kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat atau kenalan kita. Fitrah manusia adalah memberi. Memberi maksud saya adalah menyampaikan sesuatu kepada seseorang. Tidak kira mereka adalah ahli keluarga, sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah, tokei-tokei kedai, orang-orang yang menjaga kaunter dan sebagainya. Memberi untuk mendapatkan feedback daripada orang yang ingin kita sampaikan maksud itu adalah perkara yang selalu kita buat. Kita menyampaikan sesuatu adalah untuk mendapatkan sesuatu. Betul? Sebaliknya amat jarang jika saya katakan bahawa orang yang memberi tidak mahu mendapatkan apa-apa balasan (means that orang seperti ini hanya ingin meluahkan sesuatu untuk meredakan perasaannya, orang ini adalah jenis orang yang suka memberi nasihat dan sebagainya).
Saya tertarik dengan seorang hamba Allah ni (lelaki). Bagi saya setiap orang adalah kawan dan jangan mudah menyalah tafsir keinginan seseorang untuk mendekati kita kerana semua adalah mad'u kita tidak kira lelaki mahupun perempuan (mungkin kita adalah seseorang yang sesuai untuk dia ajukan permasalahan yang melanda). Tetapi saya tetap tidak menggalakkan perbuatan lelaki mendekati perempuan untuk sampaikan masalah dan juga sebaliknya. Elakkan lah ia daripada berlaku kerana perempuan dan lelaki Allah ciptakan seperti magnet, ada kutub utara dan kutub selatan yang saling akan tertarik di antara satu sama lain. Anda lebih memahami keadaaan diri anda bila berhadapan dengan orang yang berlainan jantina.
Respon yang positif dan negatif
Pada mulanya saya ingin mengabaikan dia seperti yang selalu saya buat pada orang-orang yang sebelum ini cuba mendekati saya. Saya selalu mengelak baik samaada memberi atau menerima sesuatu daripada mereka yang tidak saya kenali. Namun, usia yang semakin menginjak naik mungkin mematangkan diri saya sendiri. "Jangan terlalu cepat menyalahtafsir niat seseorang" adalah perkara yang selalu saya ingatkan pada diri. Sebab selalu terjadi masa dahulu, orang ini ingin berbaik dengan saya tapi saya tidak hiraukannya akhirnya saya dapati sendiri bahawa dia ni merupakan kenalan kepada kawan baik saya. Mungkin tindakan saya ini merugikan diri sendiri kerana tidak dapat menjaringkan hubungan baik dengan orang-orang sekeliling.
Seboleh-bolehnya saya cuba untuk memberi respon yang positif dengan sekadar menjawab apa yang ditanya dan tidak berlebih-lebihan. Dalam hati saya juga sering mendoakan agar Allah meredhai setiap perbuatan yang saya lakukan samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Respon yang negatif hanya akan merugikan kita bila jika kita respon dengan cara yang kita juga tidak suka, akan hanya membuatkan mad'u-mad'u itu melarikan diri jauh daripada kita.
Maaf
Sifat semulajadi setiap muslimah, begitu mudah melafazkan kata-kata maaf. Tidak bagi lelaki yang kebanyakan ego (tapi tak dinafikan ada juga yang lembut hatinya..saya membayangkan suami yang mithali dan anak yang soleh..^^). Begitulah..wanita disinonimkan dengan makhluk yang lembut hatinya, manakala lelaki dengan sifat "kejantanannya". Jika kita lihat dan memerhati, saya sangat-sangat mengagumi ciptaan Allah ini...lelaki dan wanita...ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Saya sering melafazkan kata maaf pada mereka yang saya rasakan saya tidak dapat memberikan yang terbaik buat mereka. Walaupun kadang-kadang saya rasakan jemu dan malu untuk malafazkan perkataan itu disebabkan dengan mudah sahaja saya melafazkannya padahal amat payah bagi sesetengah orang. Jadi, bila tiba masa apabila saya berada dalam keadaan amarah...saya akan mendiamkan diri. Kebanyakan orang akan faham sendiri bila seseorang diam maka ada sesuatu sebenarnya berlaku dalam dirinya.
Berbalik kepada hamba Allah sebentar tadi..satu hari, dia mengajukan pelbagai pertanyaan pelik kepada saya (chatting bukan perbualan melalui mulut) yang akhirnya saya akhiri dengan ucapan..
"Maaf, saya tak dapat terima kata-kata awak"
Dan bertambah marah lagi seolah-olah dia tidak faham. (maaf, saya tak dapat nyatakan soalan-soalannya di sini). Kata-kata dia tidak masuk akal bagi saya. Saya mencadangkan sesuatu tapi dia tak faham lalu terus membuat spekulasi yang mungkin saya sendiri tidak tahu. Saya terus out dan tidak menghiraukannya. Alhamdulillah, beberapa hari selepas itu keadaan dah kembali ok dengan dia meminta maaf daripada saya (hmm, ambil masa jugak untuk dia faham dan meminta maaf).
Fahami diri anda dan orang lain
Anda adalah orang yang memahami diri anda sendiri. "Saya adalah diri saya". Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka walaupun kadang-kadang perkara tersebut boleh sebenarnya berlaku disebabkan suasana sekeliling. Anda juga perlu memahami orang lain sebelum anda mahu dia memahami diri anda. Seperti yang saya katakan tadi, perkataan maaf sebenarnya sangat sukar dilafazkan oleh sesetengah orang dan bila kamu sudah menimbulkan rasa ketidakselesaan orang lain terhadap kamu maka janganlah kamu bersikap ego tapi berprasangka baiklah kerana kemungkinan bila kamu meminta maaf daripadanya akan mewujudkan suasana yang kamu inginkan dan rasa selesa tanpa mengundang gelisah.
Kesimpulan
Banyak kesimpulan sebenarnya yang boleh kita dapati di sini. Kesimpulan akan berbeza-beza bagi setiap individu. Complicated untuk memahami?? Hmm...
No comments:
Post a Comment