Thursday, July 12, 2018

Bicara Hati Ummi

Entry sepatutnya tahun 2017. Disimpan sebagai draf tapi baru dipost semula pada hari ini tanpa edit. Moga ada manfaat dalam memperbaiki diri dan emosi sendiri. Hanya diri kita yang mampu mencipta emosi positif. Sudah tentu dengan izinNya! 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Hati sang isteri ni rapuh. Sangat rapuh !

Bila saat dia berjuang untuk kehidupan keluarga kecilnya
Bila saat dia berjuang untuk berprasangka baik terhadap suami
Bila saat dia berjuang untuk kandungan 
Bila saat dia berjuang untuk keluarga sendiri dan keluarga mertuanya 

 Jangan kecilkan hatinya. 

Sokong dia. 
Sungguh...dia perlukan sakongan. Bukan sokongan wang ringgit, makanan mewah, barang2 branded. 

Tapi sokongan rohani. 
Sama-sama solat awal waktu 
Sama-sama solat Subuh tepat pada masa. tidak terlajak subuh, tidak di akhir2 waktu 
Sama-sama bertazkirah dan hadir majlis ilmu 
Sama-sama membesarkan anak 
Sama-sama mendengar keluhan dan luahan hati tanpa berprasangka buruk 

Salah faham... 
Itu biasa. Itulah adat dalam rumahtangga. 
Bila tak ditangani dengan baik, emosi akan menguasai 
Mulalah mencari kesalahan pasangan sendiri 

Tanpa muhasabah...diri akan jauh terbabas 

 Anak...
Mereka amanah Allah 
Yang dipertanggungjawabkan kepada kita 
Kelak mereka membesar...mereka akan punyai kehidupan sendiri 
Didik mereka dengan sungguh-sungguh. 
Ajari mereka dengan syariat Islam 
Walau mereka nakal...mereka pasti akan u-turn suatu hari nanti 

Masa mereka kecil 
Itulah ujian sebenar. 
Allah nak tunjuk pengorbanan kita bagaimana. 
Sebab.. 
Semua ini akan dituntut..ditanya di akhirat nanti. 
Bersabarlah selagi boleh bersabar... 
Bersabar itu payah 
Kerana nak masuk Syurga itu bukan mudah. 


p/s: Allah sangat Maha Pengasih. Dia ciptakan wanita dengan air mata. Air mata bukan tanda lemah. Wanita menangis untuk redakan perasaan. Dia akan kuat selepas itu. Jadi, bila ada rasa nak menangis...lepaskan, jangan ditahan-tahan. Akan ada rasa nikmat selepasnya. Percayalah. 


Yang benar
Ummi Yang Tak Kuat ~menangis depan anak harini T_T~

No comments:

Post a Comment