02.04.14
.......
10.07.16
Fuhhhh. Jarak
antara kedua-dua tarikh ini adalah 2 tahun 3 bulan. Selama itu juga blog ini
tidak ter'updated'. Suatu penyesalan yang tidak disengajakan. Bukan ku pinta jadi begini.
Maafkan ku wahai blog T_T
No no no...bukan
faktor jarak yang saya nak tangisi tapi faktor ‘sayang’ kerana selama tempoh itu
blog ini tidak terisi dengan warna-warni kehidupan, kebaikan & pengajaran
yang dapat dijadikan iktibar & renungan diri sendiri suatu masa kelak. Alahaiii.
Alaa….macam la blog ni banyak sangat ‘pengisian’. No no no….stop thinking like that. Orang bukan
tahu pun masa awak down & ingin cari kekuatan…blog ini lah yang ku cari buat
muhasabah, renungan & perbaiki kelemahan diri. Aku yang dahulu bukan lah
aku yang sekarang. True. Indeed.
Pepatah ada menyatakan
“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of
Allah”
Sesungguhnya untuk kita berbalik pada masa lalu adalah mustahil
sekali. Justeru, perlulah kuat mengharungi masam, manis, pahit, kelat kehidupan
& apa jua rintangan & halangan dalam memperbaiki diri menuju Ilahi. InsyaAllah.
Sentiasa doakan yang baik-baik.
DIRIKU BERTEMAN
Tak dinafikan faktor ‘peneman setia’ yang sering menjadikan blog
ini tidak terisi. Tidak berkesempatan dengan anak kecil yang semakin bijak
& mahukan perhatian setiap masa & tanggungjawab rumahtangga & juga
sibuk penuhi tuntutan organisasi. Penat & lelah seketika. Kadang-kadang
termengeluh sendiri. Kubiarkan sahaja dengan harapan mungkin Allah nak uji kemampuan
diri. Positif ya!
Walaupun saya suri rumahtangga sepenuh masa. Ya! masih terasa diri
penat & sibuk & tak berkesempatan mengupdate. Tapi itulah hakikat. Suri
rumahtangga mempunyai struggle yang
tertentu yang tak sama dengan suri yang bekerja. Begitu juga sebaliknya. 24 jam
harus bersama2 si kecil yang sentiasa inginkan perhatian di samping kerja rutin
harian yang perlu dilalui setiap hari tanpa jemu.
JADI…
Sejauh mana saya
boleh istiqamahkan diri dengan penulisan? Ke mana semangat menulis menghilang?
Betul....istiqamah
dalam penulisan adalah sesuatu yang mencabar mental & emosi.
Tapi…ianya mempunyai kebaikan yang tersendiri buat mereka yang
ingin terus perbaiki diri.
:)
Catatan Suri
10.07.16
Jumaat
No comments:
Post a Comment