Baru je update status twitter berbunyi begini:
"Serasa nak masuk gua je rasa" 😅
Jangan ingat orang lelaki je boleh masuk "gua". Orang perempuan pun boleh masuk gua tau anytime yang dia rasa perlu & berkehendak.
Eh, maksud "masuk gua" bukan yang pergi hiking trekking etc bagai tu tau. Adess.
Masuk gua disini maksudnya....
- Nak spend time alone
- Habiskan masa bersendirian
- Tiada gangguan/distraction
- Cut off social media termasuk whatsapp, twitter, ig (sebab masuk dalam kategori distraction)
- Siapkan kerja-kerja writing tanpa ada gangguan
- Nak focus buat something
- Muhasabah "jurnal" yang berlambak belum diextract dan difahami. huuuuu T_T
Tapi possible ke ummi? Dengan ada kesayangan 2 ketul tu. LDR pulak tu dengan suami 😂 (long-distance-relationship).
InsyaAllah insyaAllah...ummi pasti boleh !!
Either way...
Mungkin perlu belajar let go perasaan (version student postgrad yang dah berfamily)
Kita ada satu je otak. Tapi nak kena baca, study, buat revision banyak benda. Dengan berapa banyak experiment lagi nak kena run. Balik rumah dengan kerenah anak-anak lagi. Masa memang tak cukup. Nak stay up letih sebab dari pagi sampai petang uruskan kerja2 study. Balik rumah kena uruskan anak-anak lagi.
Lagi....
Date line submit paper
Masa untuk GOT dah makin hampir
Requirement sv nak 1 paper ISI, 2 paper Scopus
Study untuk pahamkan benda2 yang kita tak paham
Supervisor dah risau tengok kita ni sempat ke tak nak GOT
Ada sedikit rasa supervisor "push" untuk pahamkan segala benda cepat2
Kalau nak ikutkan panjang lagi list dalam kepala ni nak tulis...end up boleh jadi stress bila emosi tak terjaga.
"Kenapa la decide nak sambung study dulu" (Adehhh....terkena sebijik kat batang hidung sendiri)
Yang merisauakan....kita akan jadi semakin tak produktif. Sambil lewa. Rasa nak giveup pun ada
Kesiannnn. Jadi solusi?
(Akan bersambung...)
Catatan Suri
29 Ogos 2018
3.35 petang