Wednesday, October 18, 2017

Impian Ummi

"Abang, bangun bang. Dah pukul 5. Tahajjud yuk. Kekasih abadi kita dah tunggu tu"

"Sayang, lepas subuh nanti, kita baca mathurat sama-sama, pastu nanti abang buat kan breakfast untuk sayang ye"

"Rajinnya sayang abang mop lantai pagi-pagi ni. Sayang dah dhuha ke belum ni?"

"Abang, hari ni abang free? If abang free, boleh kita gi ziarah mak abah?"

"Semalam sayang kata nak abang check hafalan hadith sayang, marilah"

"Thanks abang tolong sayang masak hari ni. Abang nak qailullah? Ok, nanti nak dekat Zohor sayang kejut abang"

"Jom tadabbur ayat sama-sama sayangku"

"Abang sayang, nanti share-share la dengan sayang kuliah maghrib UAI ye. Selamat menimba ilmu suamiku"

"Tq sayang ironku baju abang. Moga Allah sentiasa merahmati isteri abang yang baik hati ni"

"Yeayy, abang dah balik. Tentu abang letih kan. Mari sayang tolong urutkan abang"

"Terima kasih sayangku kerana sentiasa ingatkan abang kepada Pemilik Cinta kita"

"Sayang nak jadi suri abang hingga ke syurga, insyaAllah. Jika abang tengok ada kewajiban sayang yang terlalai dan sebagainya, mohon ingatkan sayang ye"

                                                                            cnp

                                               **********************************

Rasa syahdu, deep dan meaningful sangat perbualan pasangan suami isteri di atas kan. Sungguh, indahnya berkasih sayang kerana Allah.

Syukur alhamdulillah dengan nikmat yang ummi kecapi sekarang. Adanya suami mithali dan anak-anak penyejuk mata dan hati.

Tak salah kalau ummi berimpian nak merasai dan mewujudkan balik dialog-dialog seperti di atas kan :). Sempat merasa di awal perkahwinan dulu. Mathurat sama-sama, tahajjud sama-sama walau tak selalu dan beberapa persamaan yang lain.

Beban kerja, anak-anak yang dalam proses membesar, kekangan masa, cabang bisnes yanag banyak sangat perlu dipelajari dan masalah-masalah yang lain sedikit sebanyak melalaikan dan menculaskan kami. Ampunkan kami Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. T_T

Dengan bertambahnya tanggungjawab menggalas amanah yang Allah kurniakan kepada kami (baca : anak-anak) ummi berharapan agar mereka juga dapat mengambil sedikit kenikmatan seperti ini buat tatapan keluarga mereka kelak nanti. Aminn Ya Rabb.

Dan tentunya kami ini perlu menjadi contoh tauladan dan bukti nyata yang baik kepada mereka.

Bagaimana cara...dengan apa nak dibuktikan?

Cinta. Ya..dengan cinta !

Dengan adanya cinta dan perasaan indah tersebut dapat menyatukan dua insan biasa-biasa yang memiliki karakter dan kebiasaan yang berbeza menjadi satu. Saling memahami dan berkasih-sayang yang sesungguhnya. Antara satu sama lain.

Dengan saling memahami maka dapatlah dipastikan bahawa pasangan boleh saling melengkapi dan bahagia.

Ummiwalid semestinya ada kekurangan. Mana mungkin orang yang nampak sempurna @ look perfect tidak ada kelemahan. Impossible !

Tapi...bila kita ada cinta pasti kita dapat menerima kekurangan tersebut. Barulah namanya saling melengkapi.

Jadinya, ummi perlu sentiasa mengingatkan diri dan walid agar setiap tindakan, perlakuan, perbualan, perselisihan dan perbincangan yang dibuat adalah seiring dengan apa yang ummi impikan ini.

Mohon doanya. Kalau boleh selalu kita improve hubungan dengan Pencipta itu lagilah terbaik.

Why not?

Sesungguhnya yang memberi kekuatan itu hanya dariNya.


19 Oktober 2017
1.48 pm
Workstation
 

Thursday, October 12, 2017

Abang Long Mengamuk

Semalam.

Usai ummiwalid habis meeting...si abang long terjaga dari tido yang tak lena.

On the way balik rumah mengamuk-ngamuk dia dalam kereta. Mungkin...

1. Penat sangat. Kat taska tak cukup rehat (kalau asyik main dengan kawan-kawan).
2. Kondisi bilik meeting (walaupun beraircond tapi kalau dah kena tidur atas lantai...hmmm, sakit belakang la jawabnya & akan rasa tak selesa sebab dia tidur buas T_T).
3. Habis meeting pukul 12 tengahmalam. Memang dah lewat sangat pun. Selalu pukul 10-11 malam dah tidur sebab esoknya kena pergi sekolah (ummiwalid memang train dia tidur awal).

Bila dah reda. Ummi cakap baik-baik dengan walid. Lepas ni kalau ada meeting limitkan sampai pukul 11 malam kalau boleh. Alasan sebab gini lah. Kesian abang long dan adik.

Walid tak tunjukkan reaksi samaada mengiakan atau menggangguk. Mengantuk mungkin dan lagi satu...kita tak boleh nak elakan perkara tak dijangka macam ni. Yelah kan benda ni kadang-kadang boleh control & kadang-kadang tak boleh lalu benda yang uncontrollable macam ni la yang selalu jadikan ummi serba salah pada anak-anak.

Lumrah duduk dalam jemaah. Hidup berjemaah.
Hidup berpersatuan yang ada ketua dan anak-anak buah yang bermacam peel dan ragamnya.

Meeting malam-malam.
Program hujung minggu.
Silaturrahim dan ziarah.
Kerja yang tak bergaji.

Bukan saja-saja.

Selalu ummi berfikiran macam ni 'kalau tak hadir tak apa kot. Agenda tetap berjalan'

Betul tapi...

Kalau tak hadir bermakna kita telah merumitkan perjalanan dan agenda meeting tu (berdasarkan apa yang ummi rasa dan faham).

Nak-nak kita telah diamanahkan dengan itu. Diberi tanggungjawab memegang amanah yang sebenarnya kita tak minta pun.

Rasa serba salah. Pada diri dan sahabat jemaah.

Juga pada Yang Maha Pemberi Kuasa

Moga ummiwalid terus istiqamah.
Moga Allah terus titipkan rasa ikhlas dalam diri kami untuk membawa agenda dakwah.
Kami ikhlas. InsyaAllah.

12.10.2017
Khamis
3.49 petang