Wednesday, August 21, 2013

Ucapan harian (Bahasa Jepun)

1.Arigatou gozaimasu ( ありがとうございます ) 
~ Terima kasih / Thank You
Ungkapan ni asenya semua orang tahu yg maksudnya terima kasih atau kebiasaannya mereka akan cakap Arigatou ありがとう

2.Doumo ( どうも
~ Terima Kasih
Ungkapan terima kasih yang ringkas selalunya atas perkara yang kecil

3.Doi tashi-mashite ( どういたしまして
~ Sama-sama / You are wecome
Ungkapan membalas ucapan terima kasih bagi orang jepun..Sama-sama

4.Ohayou gozaimasu ( おはようございます )  
~ Selamat pagi / Good Morning
Yang ni pula adalah ungkapan yg diucapkan pd waktu pagi..kebiasaannya mereka akan cakap Ohayou..Kalu org melayu di Malaysia, kita akan cakap Selamat Pagi..

5.Konnichiwa ( こんにちは )  
~ Selamat tengah hari / Hai / Good afternoon
Konnichiwa adlh ungkapan umum utk mengatakan Hello dlm bhs Jepun..boleh digunakan pada bila-bila masa..biasanya diucap xkira waktu kdg2x waktu petang, kdg2x waktu malam..sebabnya ia juga bermaksud Hai..dan masih lg digunakan utk mengucapkan Selamat Tengah hari..

6.Konbanwa ( こんばんわ )
~ Selamat Petang / Good evening
Ungkapan ni akan digunakan utk waktu petang saja..besenya dorg akan sebut Konbanwa apabila menegur seseorg..

7.Oyasumi nasai ( おやすみなさい )
~ Selamat Malam / Good night

Ungkapan ni pula utk waktu malam..yasumi b'maksud rehat cthnya mcm coffee break atau bercuti..so, kalau Oyasumi nasai pula adlh ucapn kpd orang lain apabila hendak tidur..yela xkn nak guna selamat petang pula..

8.ittekimasu (いってきます)
~ Saya pergi dulu / I'm going / I'm leaving / Bye / See you
Ungkapan ni diucpkan apabila keluar dr rumah..dan biasanya akn ckp "saya pergi dulu"..

9.itterasshai (いってらっしゃい)
~ Jaga diri / Jumpa lagi / Selamat jalan / Have a nice day / Bye / See you / Take care
Ungkapan ni pula utk orang dalam rumah cakap itterasshai kpd orang yg keluar dr rumah..maksudnya jaga diri, selamat jalan..atau p'kataan org melayu slalu guna "jalan elok-elok"..Biasanya, kita yg beragama islam akan memberi salam kpd tuan rumah..betul x...

10.ki wo tsukete(ne) きをつけて(ね)
 ~ Hati-hati / Selamat tinggal / Be careful / Stay safe
Ungkapan ni biasanya sering digunakan dengan itterasshai ia bermaksud hati-hati ataupun selamat tinggal..biasanya apabila hendak berpisah dengan seseorang atau satu kelompok..

11.sayounara ( さようなら )
~ Selamat tinggal / Goodbye / See you
Ungkapan ni pun biasanya kerap diucapkan,kalu korg ada tgk cite Gokusen or cite Jepun len mst bese dgr jg ucapan ni..ucapan ni diucapkan terutama apabila berpisah dengan seseorang atau orang ramai..cthnya, mcm jiran kita nak berpindah ke tempat lain..kita akan ckp Selamat tinggal tp org jepun ckp Sayounara,.
 
12.Tadaima(ただいま)
~ Saya dah pulang / i'm home
Ungkapan penghormatan utk pulang ke rumah..yg ni memg dah jadi amalan org Jepun..Tadaima maksudnya saya dah pulang..

13.Okaeri (おかえり)
~ Selamat kembali / Selamat pulang / Safe return
Ucapan okaeri pula adalah respon drpd Tadaima..biasanya ucapan orang yg berada dlm rumah akan cakap bile dengar orang baru balik rumah sebut tadaima..dan ucapan ni utk mengesahkan keluarga / kwn2 selamat..


Sumber: klik sini

Sunday, August 18, 2013

Cakna isu Mesir !



Tatkala bumi Malaysia ceria menyambut Syawal
Bumi Mesir syahdu menyambut peluru-peluru hidup

Di sini umat Islam mengira rumah jemputan untuk beraya
Di sana angka korban menjadi-jadi sehingga dikatakan 2000 lebih telah pergi menemuiNya

Allahu Rabbi..T_T

Diriku merenung jauh...
Bumi Mesir itu bumi Allah!
Sanggup mereka menumpahkan darah saudara se-Islam mereka sendiri
Tergamaknya mereka membunuh orang awam, orang tua yang tak berdaya, wanita dan kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia

Apakah yang mereka (Al-Sisi) mahukan?
Merebut kuasa pemerintahan yang telah disepakati oleh sistem demokrasi yang telus itu?

Sungguh mereka kejam !
Mereka ini berhati binatang !
Bertopengkan Firaun zaman kini !

Tunggu...janji Allah itu pasti. Azab Allah itu sangat pedih !!!

Betapa besar perbandingan antara bumi Malaysia yang dipijak ini dengan bumi Anbiya’ itu
Kerdil rasa diri ini dengan semangat jihad mereka di sana
Sedangkan aku terkapai-kapai dalam ‘Malaysia Aman’ ini.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah: ayat 8-18 ;

“Dan di antara manusia ada yang berkata, “Kami beriman kepada Allah dan hari akhir,” padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.”
“Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari”
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”
“Dan apabila dikatakan kepada mereka ‘Janganlah berbuat kerusakan di bumi! Mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan perbaikan’ ”
“Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerusakan, tetapi mereka tidak menyedari”
“Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman!’ Mereka menjawab ‘Apakah kami akan beriman seperti orang-orang yang kurang akal itu beriman?’Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak tahu”
“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman,mereka berkata, ‘Kami telah beriman,’Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata ‘Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.’”
“Allah akan memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan”
“Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk.”
“Perumpamaan mereka seperti orang-orang yang menyalakan api, setelah menerangi sekelilingnya, Allah melenyapkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat”
“Mereka tuli, bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali”