Showing posts with label Mendalam/Meaningful. Show all posts
Showing posts with label Mendalam/Meaningful. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Iman & Taqwa: Apa bezanya?

Bulan Oktober sudah pun berlalu...sementara bulan November sedang beransur-ansur berjalan meninggalkan kita sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya. Beruntunglah bagi mereka yang sedar bahawa masa ibarat sebuah kehidupan yang mana setiap saat yang ada itu sangat berharga untuk berbuat amalan-amalan soleh yang bakal menjadi timbangan pada hari pembalasan kelak.

Buat mereka yang tidak sedar atau sengaja berbuat tidak sedar: ingatlah bahawa peluang masih ada untuk kita memperbaiki ibadat dan amalan-amalan baik yang telah disyariatkan. Perlunya kita sedar bahawa masa yang ada ini sangatlah limited, terhad dan pendek sebabnya bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat nyawa yang ada sekarang. Nauzubillahi min zalik ("Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Iman dan Taqwa. Apa bezanya?

Hari yang indah senyuman pertama :)

Baru pukul 11 pagi. Kesejukan duduk dalam makmal mula terasa. *ignorekan sahaja rasa sejuk*. Mata menghadap ke arah skrin laptop. Sambil-sambil buat kerja writing tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran. Lalu, laman youtube diklik. Jari-jari ligat menaip dalam search box. 

Kita laungkan Allahuakbar Allah Maha Besar.
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah...

Lagu telah terpasang tapi sayangnya headphone tiada bersama. Jadi, volume suara terpaksa dikurangkan agar tidak mengganggu suasana persekitaran. Mungkin tak nak ganggu mereka yang sedang fokus dan khusyuk dengan kerja masing-masing. Lirik 'Seiring Sehaluan' nyanyian nasyid daripada kumpulan UNIC itu direnung dalam-dalam hingga ke akhirnya. Nasyid ini sebenarnya adalah favourite kami berdua. (baca: saya dan suami tersayang. ^^)

Ok...kembali kepada tajuk asal.

Monday, November 4, 2013

Kadang2 kita bersemangat, Kadang2 kita mati semangat.



Ujian dunia: kadang kala kita bersemangat, kadang kala kita mati semangat. 

Ada masa kita sangat rajin mengupdate isu-isu semasa, berukhwah dengan sahabat-sahabat di alam maya, bersenda gurau dengan keluarga dan sanak saudara, buat kerja yang ditugaskan dengan senang hatinya, membaca Al-Quran bersama terjemahannya, membuat amal-amal kebajikan tanpa peduli penat letih dan syoknya bekerja semata-mata untuk meraih redhaNya.

Jujur. Seronoknya dengan apa yang kita rasakan masa itu. Kita terasa dekat dengan Allah. Hubungan dengan Allah kita berjaya buktikan dengan tanda kita rasa senang hati dan bahagia membuat semua perkara itu. Hubungan dengan manusia juga begitu.

Tetapi, 

Ada masa juga kita pasti akan rasa lemah semangat. Tidak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana masa itu boleh merampas kembali saat masa-masa bahagia dalam diri kita. 

Semangat kita lemah ibarat dedaunan layu yang gugur dari dahan pohon. 

Anugerah tidak Ternilai: Fastabiqul khairat

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesuatu yang kita miliki sekarang bukan bererti ianya menjadi milik kita selamanya.

Sesuatu peristiwa yang pernah kita hadapi dan lalui pasti akan beransur-ansur berlalu pergi selari dengan perjalanan masa dan usia kita. Tidak kira betapa bahagia, sedih, gembira, terkilan, geram atau malunya peristiwa yang kita hadapi itu.

Dan selamanya kita perlu sentiasa ingat, sesuatu yang kita miliki itu hanyalah milik Allah yang pasti dan hakiki. 

"Dari Allah kita datang, kepadaNya tempat kita kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156)

Kita boleh ambil pengajaran daripada firman Allah di atas.
  1. Fastabiqul khairat. "Berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan....." (Al-Baqarah 2: 148) (Al-Maidah 5: 48) 
  2. Dunia hanyalah tempat persinggahan semata menuju alam Akhirat yang selama-lamanya kekal abadi.
  3. Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa dari sekarang. Bila waktu kematian itu menghampiri, kita sudah tiada masa lagi walau sesaat untuk bertaubat dan menyesali perbuatan masa lampau. Dan Allah telah memberi peringatan dalam Quran betapa rugi dan menyesalnya orang-orang kafir yang ingkar dan sombong dengan nikmat dan kemewahan yang diberikanNya sewaktu mereka di dunia. Mereka ditimpakan azab yang pedih akibat perbuatan mereka yang melampaui batas.

Tuesday, October 1, 2013

Jodoh itu milik kita





Pernah suatu ketika….saya bertanya apa kelemahannya. Sebab saya tak dapat detect apa kelemahannya. Pelbagai monolog bertandang dalam kotak minda:

“Dia ada banyak kelebihan sedangkan aku?”
“Lemahnya aku ni..”
“Antara aku dan dia, banyak perbezaan yang tak dapat disangkal”
“Mungkin bukan jodoh”
“Semoga dirinya bertemu dengan pasangan yang terbaik dengan izinNya”

Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Pandangan hati yg bersih itu lebih tajam dari pandangan mata lahir. Tak ada sesuatu yang Allah tentukan secara main-main dan sia-sia...carilah hikmahnya dengan mata hati...kerana keajaiban hati menembus tabir perintang antara Allah dan hambaNya.

"Aku gelisah hidup tanpa cintaNya..aku juga meyakini sahabat-sahabatku turut gelisah tanpa cintaNya..."

".....aku mengasihi insan lain seperti diriku.. kerana itu meskipun cintaku padaMu tidak sehebat mana, aku tetap mahu mengajak insan lain mencintaiMu Ya Allah.. kerana aku berharap dengan curahan kasihku pada insan biasa, Allah akan memberi balasan dengan mencintai aku.. hanya cintaNya yang aku dambakan...Ya Allah.. aku tak berdaya tanpaMu.. hanya Engkau satu-satunya pergantunganku.. peliharalah aku dan sahabat-sahabatku agar setiap detik dalam redhaMu.."


Sunday, May 26, 2013

"Terima Seadanya"



Suatu malam, si suami bertanya sesuatu kepada si isteri.

“Sayang, abang nak tanya sesuatu boleh? ”

“Ok..tanyalah” dalam fikiran si isteri tadi mulalah timbul soalan-soalan yang bakal ditanya. Mudah-mudahan jawapannya senang untuk dijawab.

“Sebutkan 5 perkara yang sayang tak suka daripada abang”

Saturday, May 18, 2013

Sayang...Bahagiakah Kita?



Akan tiba masanya jiwa akan terasa kosong
Walau ditarbiyyah bertahun-tahun lama
Tanda hati sedang diuji 
Untuk melihat tahap keimanan dalam diri

Sunday, January 6, 2013

Some of the most powerfull times...






 [Muhasabah Bersama]

Bila kita diberi peluang untuk bersendirian seketika diwaktu malam atau siang. 
Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kita telah mencapai hakikat pandangan yang pertama, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kita akan dapat menyedari dimanakah kita yang sebenarnya. 

Wednesday, October 31, 2012

Surat Sayang

Kepada, 
SayangKU...
 
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan
berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun
hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur
kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi
dalam hidupmu hari ini atau kemarin .......

Sunday, September 16, 2012

Jagalah Kata-kata & Setiap Gurauan!




Bila berhadapan dengan perkara yang kita rasa sangat tidak selesa berhadapan dengannya. Apa perlu buat?

Take it easy...Cool. Allah Maha Mengetahui. Bila kita rasa geram, sedih, marah...ingatlah semua perasaan itu tidak akan pergi ke mana sebaliknya akan berbalik kepada diri kita sendiri. Something wrong somewhere. Mula-mula mungkin kita tak dapat nak kawal perasaan itu sebab ianya hadir tanpa kita sedar. Itu adalah fitrah manusia. Kita ada perasaan yang kita sendiri tidak dapat sembunyikan daripada seseorang. Betul.

Thursday, July 26, 2012

Tiga Golongan Yang Rugi

"Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata:"Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu". Aku mengucap:"Amin". "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukkan ke syurga". Aku berkata:"Amin". Jibril berkata lagi:"Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan:"Amin". -Riwayat Imam Ahmad

Daripada qaul Rasulullah SAW di atas dapatlah disimpulkan, terdapat 3 golongan manusia yang Rasulullah SAW kategorikan sebagai seorang yang rugi. Ruginya bukan di dunia sahaja, malah ruginya berterusan sehingga hari akhirat. Ketika mana orang lain berlumba-lumba mengumpul 'dana pahala' di dunia, dirinya sambil lewa dengan kehidupan dunianya. Maka terlepaslah peluang dan kesempatan yang Allah beri kepadanya.

Wednesday, July 11, 2012

Pengakhiran yang Tak Pasti


Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim
Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim
Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim

Diriku mengeluh.

Mengeluh dengan pernyataan yang tiba-tiba berkocak dalam pemikiran.

“Ya Allah, kehidupan ini amat sukar. Amal ibadatku rasakan tak cukup untuk menampung setiap kelalaian yang aku buat setiap hari. Istiqamahku pada solat sunat semakin luruh. Aku tak mampu bangun malam untuk mengadu dan bermunajat padaMu. Puasa sunat yang kulakukan adalah semata-mata kerana keadaan yang memaksa tanpa ada penghayatan. Hubunganku dengan manusia semakin hari semakin pudar keakrabannya”


284



Andai perjuangan itu mudah pasti Islam sudah tertegak di atas bumi ini berkurun lama.

Andai menentang kezaliman dan menuntut keadilan itu senang dicapai pasti hari ini umat Islam sudah hidup bahagia menikmati anugerah dan limpahan rezeki yang sangat luas mengikut syariat Allah tanpa ada penindasan, penyelewengan dan 1001 kisah pemimpin yang tidak amanah.


Wednesday, May 23, 2012

Realiti Kehidupan


Fikiran saya masih lagi menyimpan kemas satu cerita yang disampaikan oleh Dr Lisa dalam perkongsian Jumaat baru-baru ini. Cerita yang bila difikirkan terasa ada betulnya dan sangat tepat jika dibuat perbandingan dengan realiti manusia kini.

Manusia bila ditimpa kesusahan dan kesulitan tindakan refleksnya secara tidak langsung akan cuba membandingkan kesusahan/kesulitan yang dihadapinya dengan orang lain. Bila dirasakan kehidupan orang lain itu sangat jauh berbeza dengan dirinya, lalu manusia itu akan mengeluh dan membuat pelbagai andaian.

Saturday, April 14, 2012

Mengapa MATAHARI?


Pulau Acheh. April 2012
 
Seorang pemuda  bertanya pada seorang wanita tentang cinta dan harapan. Pemuda berkata ingin menjadi seperti kupu-kupu atau kumbang yang akan menemani bunga dan wanita berkata ingin menjadi matahari. Pemuda tidak mengerti kenapa wanita ingin menjadi matahari, bukan bunga yang terindah di dunia.

Pemuda berkata ingin menjadi rembulan dan wanita berkata tetap ingin menjadi matahari. Pemuda semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu. Pemuda berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan wanita berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Pemuda tersenyum pahit dan kecewa. Pemuda sudah tiga kali menduga namun wanita tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama pemuda. Maka pemuda pun pergi dan tak pernah kembali lagi tanpa mengetahui alasan kenapa matahari juga yang menjadi pilihan wanita.

Saat pemuda jadi kumbang, wanita ingin menjadi matahari agar kumbang dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya untuk kumbang agar ia dapat hidup menikmati bunga yang tumbuh, berkembang dan terus mekar sebagai bunga yang cantik dek kerana sinarannya juga. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan pada akhirnya kupu-kupu yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa megharapkan imbuhan.

Saat pemuda jadi bulan, wanita tetap mahu menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan, siapakah yang ingat kepada matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya, agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat pemuda jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari, wanita tetap selalu jadi matahari agar burung bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara dalam hatinya hanya untuk burung. 

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang dapat masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini desebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Wanita tidak pernah menyesal menjadi matahari bagi pemuda.


(Nota Suri : Mengapa matahari mungkin punya seribu makna bagi diri penulis. Setiap makhluk yang diciptakanNya punya tujuan dan jalan hidup yang tersendiri. Maka, jalan manakah yang kita pilih? Cerita ini diubahsuai sedikit oleh penulis daripada tulisan yang asal. Kredit to penulis asal walau tak tahu siapa yang menulisnya. ^_^)

                                                        Syam_Suri
 

Friday, April 13, 2012

Ujian Itu TARBIYYAH Diri



Malam masih panjang. 

Saya berfikir. Lama saya merenung skrin laptop. Sambil itu jari-jemari saya ligat menari-nari atas papan kekunci. Mencari idea untuk menulis malam ni. Kosong. Saya ingin menulis!

Kemudian cerita itu datang lagi. Lama saya ingin bercerita berkenaan kisah itu di sini. Semestinya untuk muhasabah saya kembali. Sekali lagi fikiran saya diperah untuk mengimbau kembali kisah itu. Ianya berkaitan satu peristiwa yang selalu buat saya muhasabah diri sebagai hamba Allah yang selalu terlupa, lalai dan rasa ‘hebat’ padahal diri ini sememangnya banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki hari demi hari.

Monday, March 19, 2012

Selamat Ulang Tahun Suri...

19 Mac…genaplah usia Suri 24 tahun menghirup udara free dalam bumi Allah ini. Betul...24 tahun hanyalah angka semata-mata. Melalui angka itulah kita boleh membuat perkiraan sendiri. Sejauh mana amalan yang dilakukan, setinggi mana ilmu yang dipelajari dan dicurahkan, sedalam mana cinta kita kepada Allah Ya Rahman Ya Rahim yang tidak pernah berhenti mencurahkan pebagai nikmat kepada hambaNya yang lemah ini. Sujudku lama mengenangkan bekalan akhirat yang sedikit.  T_T

Perubahan. Positif, positif, positif
Know that transformation sometimes begins with a fall. So never curse the fall. The ground is where humility lives. Take it. Learn it. Breathe it in. And then come back stronger, humbler and more aware of your need for Him. (Yasmin Mogahed)
Mengutip motivasi buat pegangan diri. Ya! Kata-kata motivasi mampu menjadikan seseorang bermotivasi dalam hidup. Tidak hairan jika dalam wall post laman muka buku sahabat-sahabat kita banyak terselit kata-kata indah motivasi yang hanya bermatlamatkan satu: to be more positive.

Monday, February 13, 2012

Mural THI


Pagi itu Bisya menemani saya menyelesaikan kerja-kerja melukis & mengecat mural di tadika. (Bisya, 5 tahun, petah berkata-kata, sangat suka bertanya)

Bisya : Teacher Suri lukis apa tu?

Teacher Suri : Oo…ni ke?(sambil tunjukkan padanya lukisan penuh). Teacher lukis pokok. Cantik tak pokok yang teacher lukis ni?

Bisya : Cantik…cantik sangat. Teacher pandai lukis ke?

Teacher Suri : (Budak ni…perli nampak). Teacher tak pandai lukis pun tapi Alhamdulillah Allah bagi tangan kat teacher ni bakat untuk melukis.

Bisya : Ooo…habis tu awan, pelangi, bees ni sume teacher yang lukis ke?

Teacher Suri : Teacher lukis & teacher yang lain pun ada tolong jugak untuk cat lukisan. (sambil tu tangan berjalan menyudahkan kerja)

Bisya : Tapi kan teacher…

Teacher Suri : Tapi apa?

Bisya : Lukisan Allah laaagiii cantik kan teacher? Allah lukis pokok hidup, awan, matahari, burung-burung…semuanya cantik-cantik.

Teacher Suri : (Senyum bahagia)


Trademark THI : Allah is with me, Allah is watching me, Allah is witnessing me.

Mushrooms yang comel...^_^

Bilik sains (Welcome to the marine world)

Bilik math. (tak sangka dapat siapkan dalam masa 1 hari)

Ikrar yang dihafal.

Mata si monkey tu berkaca-kaca. Suka tengok..huhu

Belajar kerana Allah. That's sooo TRUE

Hasil yang sangat memuaskan. Alhamdulillah.


Sudut BM

Bahasa Arab & Jawi section

(SubhanaAllah. Anak sekecil ini sudah mampu untuk berfikir dan memerhati kejadian alam ciptaan Allah Yang Maha Hebat. Jika betul cara didikan dan asuhan anak-anak kecil, mereka mampu untuk menjadi anak yang soleh/solehah yang bisa membahagiakan ibu dan bapanya. ^_^ )



Syam_Suri