Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Tentang demam, air kelapa dan si dia


Demam Kaffarah Dosa

Bismillahirrahmanirrahim...

Cubaan sungguh bila dah terkena demam. Macam apa yang pendekar bujang lapok kata bila di suruh tok guru untuk bertapa di tepi perigi...~Coobaaannn~

Kepala pusing, sendi lenguh-lenguh, badan tak bermaya, tekak rasa tak sedap, mata berair dan jadi kuyu semacam adalah antara simptom-simptom orang demam dan saya mengalaminya sekarang.

Demam mengingatkan saya beberapa hadis. Antaranya:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dengan kesulitan..

Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yang disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) daripada kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah kerana engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yang ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yang disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosa nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur seperti gugurnya dedaun dari sepohon pokok..”

Sunday, May 26, 2013

"Terima Seadanya"



Suatu malam, si suami bertanya sesuatu kepada si isteri.

“Sayang, abang nak tanya sesuatu boleh? ”

“Ok..tanyalah” dalam fikiran si isteri tadi mulalah timbul soalan-soalan yang bakal ditanya. Mudah-mudahan jawapannya senang untuk dijawab.

“Sebutkan 5 perkara yang sayang tak suka daripada abang”

Monday, May 20, 2013

Jadilah Orang Luar Biasa



Hari ini saya telah berjumpa seorang sahabat yang saya sayangi kerana Allah. Perempuan, kalau tidak bercakap dan bertegur sapa dengan orang, itu luar biasa namanya...nak nak bila berjumpa dengan sahabat yang rapat dengannya. Seperti biasa, kami berbual-bual tentang topik harian: apa yang dilakukan semalam, apa yang dibuat sekarang dan apa target yang ingin dicapai selepas itu.

Kemudian, sahabat saya itu melahirkan ketidakpuasannya terhadap seseorang. Sesi soal jawab mula rancak. Tekun saya mendengar ceritanya. Sahabat saya juga dengan teliti  meluahkan semua yang terpendam. Sesekali saya menyampuk mengajukan pertanyaan. Saya memberi soalan untuk mendapatkan kepastian dan pemahaman terhadap apa yang diceritakan. Saya tahu, sahabat saya itu cuma ingin meluahkan apa yang dirasanya.

Saturday, May 18, 2013

Sayang...Bahagiakah Kita?



Akan tiba masanya jiwa akan terasa kosong
Walau ditarbiyyah bertahun-tahun lama
Tanda hati sedang diuji 
Untuk melihat tahap keimanan dalam diri

Tuesday, January 1, 2013

Esok Masih Ada


Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya 
Tetapi seringkali Allah menguji diri kita.
Ujian itu berbentuk kelemahan, *riak disebabkan kekuatan yang dimiliki, *hilangnya kesabaran, kepayahan, *lupusnya ketaatan, ketidakupayaan dsbnya. 

Kita pun rasa kecewa dan kita akan rasa harapan kita seolah-olah sudah hilang. T_T
Kita diuji lagi dengan rasa putus asa dan kekecewaan.

Wednesday, December 19, 2012

Kemampuan Kita Tiada Titik Noktah

Testing testing 1 2 3. 

Lama sangat-sangat tak update blog ni. Penuh sawang dah rasanya. Kesibukan dengan tugasan harian dan program mingguan. Maafkan daku wahai blog. -_-

Posting kali ni mahu selitkan sedikit perihal adik yang sempoi dan berjiwa pendidik (barangkali??) berkenaan dengan catatan beliau yang sempat ditaipkan sebelum saya memulakan tugas sebagai seorang 'teacher' di THI tahun lepas. 

Oleh kerana adik saya pada masa itu bakal mendaftarkan diri semester pertama di UTM, maka segala kerja-kerja di THI diambil alih oleh saya yang bermula mengajar dengan 'zero knowledge' berkenaan cara mengajar dan psikologi budak-budak. Kebetulan pada masa itu saya baru menghabiskan pengajian degree. Banyak yang saya dapat belajar daripada dia dan saya percaya apa yang dicatatkan itu still berguna lagi untuk kemudahan pada masa yang akan datang. 

Saya copy & paste terus catatan tersebut di sini. Semoga ianya dapat memberi manfaat & perspektif baru buat kita semua.

In shaa Allah.

Yan: What i have 2 do every day...???

Monday, October 15, 2012

Talk Dr Zakir Naik (catatan II)




Mendengar talk daripada Dr Zakir Naik malam tersebut, pelbagai persoalan dan harapan yang bermain-main dalam kotak minda. Semoga Allah mempermudahkan urusan di sepanjang perjalanan dakwah beliau. *Aaminn*. 

Kemudian pada keesokannya, pagi-pagi lagi saya sudah buat panggilan miss call ke 2 orang sahabat baik saya. Takut terlajak untuk bangun dan bersiap awal. Alhamdulillah, sekadar mengingatkan masing-masing dengan sebuah janji untuk ber’dating’ di pantai Teluk Cempedak. Sound macam *sweet* je kan. Heeee ~~v.

Tuesday, October 9, 2012

Alahai UMPku : Pembatalan kuliah UAI



Seminggu yang lepas heboh orang memperkatakan tentang UAI nak datang ke UMP. Mula-mula cadangan nak dibuat di depan dataran canselori. Alhamdulillah, saya dapat information tersebut daripada sahabat-sahabat yang sama-sama excited nak dengar kuliah UAI. Sahabat saya sanggup tukar hari mengajar tuisyen yang sepatutnya dibuat pada malam UAI bagi kuliah ke hari yang lain. *excitednya* dia.

Talk Dr Zakir Naik (catatan I)



Setelah meng'google' dan akhirnya copy info daripada Encik Wiki : Dr Zakir Naik is an Indian public speaker on the subject of Islam and comparative religion. He is the founder and president of the Islamic Research Foundation (IRF) and has held many debates and lectures around the world. Before becoming a public speaker, he trained as a doctor.  

Saya mengenali nama Dr Zakir Naik bermula tahun 2008/09 ketika penduduk dunia sedang hebat memperkatakan tentang terrorism. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bersama-sama sahabat-sahabat mendengar talk beliau secara live di Kuantan.  

Beberapa jam sebelum bergerak ke tempat prog: Dewan Jubli Perak.

[Dalam bilik lecturer FKKSA] Sebaik sahaja habis discussion berkenaan projek, supervisor berdialog dengan saya pagi tu;

Monday, July 30, 2012

M.A.S.A


Assalamu’alaikum wbt.

Semoga rahmat Allah sentiasa bersama-sama kalian semua. InsyaAllah.

Posting kali ini saya nak imbas balik modul yang telah diberi kepada saya ketika menjadi fasilitator TOT SAHAM yang lepas:


Syariatullah vs Sunnatullah



Kehidupan ini somehow kita perlu berhadapan dengan hati manusia. Kondisi hati masing-masing berbeza. Pemikiran juga tak sama. Mereka yang jadi ketua sesuatu organisasi pemikirannya tak sama dengan mereka yang hanya bertindak sebagai pekerja. 

Wednesday, May 23, 2012

Realiti Kehidupan


Fikiran saya masih lagi menyimpan kemas satu cerita yang disampaikan oleh Dr Lisa dalam perkongsian Jumaat baru-baru ini. Cerita yang bila difikirkan terasa ada betulnya dan sangat tepat jika dibuat perbandingan dengan realiti manusia kini.

Manusia bila ditimpa kesusahan dan kesulitan tindakan refleksnya secara tidak langsung akan cuba membandingkan kesusahan/kesulitan yang dihadapinya dengan orang lain. Bila dirasakan kehidupan orang lain itu sangat jauh berbeza dengan dirinya, lalu manusia itu akan mengeluh dan membuat pelbagai andaian.

Wednesday, February 15, 2012

Merencah Emosi

Hebat sungguh tajuk posting saya kali ini. Merencah emosi? Hmm, fikir masak ke tadi? Emosi boleh direncah? Huhu. Sekadar tajuk sahaja. Ape-ape je la.

Baru-baru ni saya berkesempatan menjenguk mak dan ayah di kampung. Hometown: PD. Asal balik je mesti jalan jem. PD kecik je. Nak taknak terpaksa lah redah jugak jem tu. Bukan roti cicah jem ye (mentang-mentang tajuk ada kait dengan makanan). Satu kemestian bila balik ke PD, saya akan ambil seat yang paling kanan sekali, sebelah tingkap sebab dapat tengok matahari di atas dan hampir-hampir mencecah laut (nak terbenamlah tu). SubhanAllah, ondaway nak balik pun berkesempatan tengok fenomena alam yang indah (ter'release' jugak la penat dan letih bekerja). Alhamdulillah, dapat merasa lagi kehebatan dan kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Sambil berzikir dan istighfar, sempat jugak lah saya termenung...memandang ke langit dan segala ciptaanNya.

Aduhh...bisanye dia gigit....(spoil lah nyamuk ni ngacau orang nak tulis. Maaf ye, nyamuk ni pun nak interprem dalam posting ni)


1 BUTIR BELIAN dan 7 BUTIR PERMATA

Tuesday, December 27, 2011

Masukkan benang Al-Fatihah ke dalam lubang hati

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah, Allah masih gerakkan hati ini untuk menulis. Moga hari-hari seterusnya saya akan istiqamah jua. Posting kali ini bukan saya yang menulisnya tapi orang lain. Sumber saya tak pasti ambil daripada blog siapa. Asif. Harapnya penulis tersebut mendapat ganjaranNya sebab dia menulis perkongsian yang memang terbaik....^^


XXX


Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?

Thursday, December 22, 2011

BEST FRIEND until JANNAH

5 tahun. Selama itulah saya belajar di sekolah berasrama penuh, 1 tahun di kolej matrikulasi dan 4 tahun di universiti tempatan. Kira-kira 10 tahun jugaklah saya menghabiskan sisa-sisa hidup bersama mereka: kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat. Hampir separuh daripada usia saya sekarang.

 Bertemu, berpisah, menjalin ukhwah persahabatan, suka-duka menjalani kehidupan sebagai pelajar asrama, siswi kolej kediaman, kakak, senior, junior, pelbagai jolokan nama, panggilan, ejekan dan gurauan saya terima. Sememangnya itu adalah lumrah bagi yang bergelar insan.

Kotak memori merakamkan pelbagai gelagat keanak-anakan sepanjang tempoh saya bersama mereka. Pengalaman mengajar erti kemanisan dalam hidup. Kehidupan dalam kampus mengajar perjuangan sebenar. Dari situ kekuatan baru muncul, dan saya tidak keseorangan.

Kita adalah seorang hamba…hamba yang setiap hari, saban waktu, setiap detik dan ketika mengalami perubahan.

Wednesday, September 14, 2011

KAPUR & KAYU PEMADAM & Kisah AL-QURAN & KARPET

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada  kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. 

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. 

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". 

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. 

Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita  tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." 

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......


"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."  

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita
akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."


Wednesday, August 17, 2011

SIAPA: Mansur Al-Hallaj, SALAH FAHAM DUNIA SUFI

17 Ramadhan....
6.45 petang...

Suatu perkara telah menarik perhatian saya sebaik sahaja selesai membaca komen-komen dalam artikel SaifulIslam.com "Ketidakpastian Yang Disengajakan"- Klik sini.

Komen berkaitan dunia Sufi...

CARILAH SUMBER ITU

Siapa Mansur Al-Hallaj? Saya search beberapa laman web. Ternyata wikipedia berjaya memudahkan pemahaman saya. Klik sini

Husain ibn Mansur al-Hallaj atau biasa disebut dengan Al-Hallaj adalah salah seorang ulama sufi yang dilahirkan di kota Thur yang bercorak Arab di kawasan Baidhah, Iran Tenggara, pada tanggal 26 Maret 866M. Ia merupakan seorang keturuna Persia. Kakeknya adalah seorang penganut Zoroaster dan ayahnya memeluk islam. Al-Hallaj merupakan syekh sufi abad ke-9 dan ke-10 yang paling terkenal. Ia terkenal karena berkata: "Akulah Kebenaran", ucapan yang membuatnya dieksekusi secara brutal.

Bagi sebagian ulama islam, kematian ini dijustifikasi dengan alasan bid'ah, sebab Islam tidak menerima pandangan bahwa seorang manusia bisa bersatu dengan Allah dan karena Kebenaran (Al-Haqq) adalah salah satu nama Allah, maka ini berarti bahwa al-Hallaj menyatakan ketuhanannya sendiri. Kaum sufi sejaman dengan al-Hallaj juga terkejut oleh pernyataannya, karena mereka yakin bahwa seorang sufi semestinya tidak boleh mengungkapkan segenap pengalaman batiniahnya kepada orang lain. Mereka berpandangan bahwa al-Hallaj tidak mampu menyembunyikan berbagai misteri atau rahasia Ilahi, dan eksekusi atas dirinya adalah akibat dari kemurkaan Allah lantaran ia telah mengungkapkan segenap kerahasiaan tersebut......

Baca selanjutnya di wikipedia.....

DUNIA SUFI

Ternyata, ada juga salah faham bila dikaitkan dengan dunia sufi.

> Orang Sufi anti-Syurga dan tidak takut Neraka?
> Penyaksian Sang Ombak
> Salah Faham terhadap Dunia Sufi
> Roh jiwa dan Nafs
> Perjalanan mencari Yang Haq
> Mereka yang memusuhi Dunia Sufi
> Sejarah Sufi

Bakal terjawab bila baca kat sini:

Klik sini: JALAN SUFI
Klik sini jugak: SUFI NEWS



Nota Suri: Semoga dipermudahkan pembacaan dan pemahaman tentang dunia kesufian....Wallahualam.

Friday, August 12, 2011

Setting niat di Bulan Ramadhan


Lewat kebelakangan ni, minda saya selalu berputar berkenaan facebook. Mencari apa masalahnya. Dalam sehari tak sah kalau tak klik 2-3 kali laman tu. Maksudnya kalau pagi dah bukak, petang bukak lagi, malam pun bukak jugak. Macam ketagih pulak. Sebelum ni sekali je sudah memadai. Apa salahnya bukak banyak kali?
Takde salahnya pun. Saya sengaja ambil langkah berjaga-jaga sebab takut dengan saya sekali terhanyut sama dalam laman sosial yang "femes" tu. Lagi satu, sebenarnya saya takut berhadapan dengan masalah “hati”. Seperti kata kebanyakan orang laman ni banyak mendedahkan rahsia seseorang. Melalui status dan shoutout yang dipostkan, kita boleh tahu peribadi orangnya macammana, sifat dan perangainya kita boleh tahu dan macam-macam lagi. Melalui gambar apatah lagi. Satu gambar sahaja boleh tafsirkan pelbagai andaian. Bahaya kan.

Allah masih sayang


          Pernah tak kita merasakan yang pada hari itu hari sangat lapang…tiada kerja yang hendak dibuat atau hendak diselesaikan dengan cepat lalu kita buat pilihan untuk melayari internet sekejap…tak lama…alasan nak cari pengisian sikit.
          Laman web yang mula-mula bukak mesti facebook. Nak cari dan update sesuatu konon.  Satu persatu wall sahabat-sahabat yang kita tengok. Friends pulak ada ramai…daripada sekolah rendah sampailah ke kawan-kawan satu kampus. Duduk merata cerun dan pelusuk bumi Allah…ada yang masih belajar, sambung belajar, menunggu panggilan untuk kerja…tak kurang juga ada yang sudah mendirikan rumahtangga.
          Men"view" page orang, melihat gambar-gambar mereka memang melekakan. Masa terasa singkat. Sekejap sangat-sangat sampai tak sedar pun kita dah duduk berapa jam kat situ hanya semata-mata menengok apa yang dipostkan orang. Fitrah manusia juga: “kalau boleh hendak tahu semua benda.”

Wednesday, July 20, 2011

Saya Dah Matang?

Baru-baru ni saya ada menegur seorang hamba Allah ni. Saya tegur dia supaya jadi lebih matang sempena hari “first day” dia bernafas atas planet ni. Saya tak tahu lah apa yang dia fikir bila saya tegur dia begitu. Mungkin ianya satu kesempatan untuk saya berkata sesuatu. Terpulang kepada dia untuk mengingatnya sampai bila. Kotak memori kadang-kadang memang tak cukup space untuk mengingati kata-kata yang pernah kita dengar, lihat dan baca. Betul kan…Huhu.

Bila fikir balik…sebenarnya saya rasa yang saya juga tak matang. Ada ke orang yang mengaku dia matang? Lawakkan. Apa rasanya bila menegur seseorang padahal teguran itu terkena balik pada diri sendiri. Mungkin istilah matang itu berbeza dari segi deskripsi ataupun pemahaman seseorang. Apa yang saya cuba katakan ialah mungkin ada orang yang merasakan bahawa matang itu terletak pada usia. Ada juga yang merasakan matang ialah proses perubahan sikap. Tak kurang juga ada juga sahabat-sahabat saya yang merasakan matang itu ialah dari segi perbezaan dulu dan kini (mungkin keupayaan dia untuk update fashion, gaya, pakaian dan lain-lain).

Sememangnya matang adalah perkara subjektif. Orang boleh tafsirkan apa-apa sahaja. Boleh jadi matang yang dimaksudkan oleh kita berbeza dengan matang yang dia atau mereka maksudkan. Percayalah, kita tak sama. Bentuk cap jari pun berbeza. SubhanaALLAH

Matang mengikut pemahaman saya bagaimana?