Showing posts with label Diari Suri. Show all posts
Showing posts with label Diari Suri. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Hari yang indah senyuman pertama :)

Baru pukul 11 pagi. Kesejukan duduk dalam makmal mula terasa. *ignorekan sahaja rasa sejuk*. Mata menghadap ke arah skrin laptop. Sambil-sambil buat kerja writing tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran. Lalu, laman youtube diklik. Jari-jari ligat menaip dalam search box. 

Kita laungkan Allahuakbar Allah Maha Besar.
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah...

Lagu telah terpasang tapi sayangnya headphone tiada bersama. Jadi, volume suara terpaksa dikurangkan agar tidak mengganggu suasana persekitaran. Mungkin tak nak ganggu mereka yang sedang fokus dan khusyuk dengan kerja masing-masing. Lirik 'Seiring Sehaluan' nyanyian nasyid daripada kumpulan UNIC itu direnung dalam-dalam hingga ke akhirnya. Nasyid ini sebenarnya adalah favourite kami berdua. (baca: saya dan suami tersayang. ^^)

Ok...kembali kepada tajuk asal.

Monday, May 20, 2013

Jadilah Orang Luar Biasa



Hari ini saya telah berjumpa seorang sahabat yang saya sayangi kerana Allah. Perempuan, kalau tidak bercakap dan bertegur sapa dengan orang, itu luar biasa namanya...nak nak bila berjumpa dengan sahabat yang rapat dengannya. Seperti biasa, kami berbual-bual tentang topik harian: apa yang dilakukan semalam, apa yang dibuat sekarang dan apa target yang ingin dicapai selepas itu.

Kemudian, sahabat saya itu melahirkan ketidakpuasannya terhadap seseorang. Sesi soal jawab mula rancak. Tekun saya mendengar ceritanya. Sahabat saya juga dengan teliti  meluahkan semua yang terpendam. Sesekali saya menyampuk mengajukan pertanyaan. Saya memberi soalan untuk mendapatkan kepastian dan pemahaman terhadap apa yang diceritakan. Saya tahu, sahabat saya itu cuma ingin meluahkan apa yang dirasanya.

Sunday, September 16, 2012

Jagalah Kata-kata & Setiap Gurauan!




Bila berhadapan dengan perkara yang kita rasa sangat tidak selesa berhadapan dengannya. Apa perlu buat?

Take it easy...Cool. Allah Maha Mengetahui. Bila kita rasa geram, sedih, marah...ingatlah semua perasaan itu tidak akan pergi ke mana sebaliknya akan berbalik kepada diri kita sendiri. Something wrong somewhere. Mula-mula mungkin kita tak dapat nak kawal perasaan itu sebab ianya hadir tanpa kita sedar. Itu adalah fitrah manusia. Kita ada perasaan yang kita sendiri tidak dapat sembunyikan daripada seseorang. Betul.

Monday, April 9, 2012

Sesat di Tengah Lautan

Assalamualaikum dan salam sayang. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama pembaca-pembaca sekalian. 

Mari kita berfikir sejenak tentang awan. Awan yang tercipta adalah bukti nyata tanda rahmat dan kasih sayangNYA kepada sekalian makhluk di dunia. Tanpa awan, dapatkah anda jangkakan apa yang akan berlaku? Ya! Awan bertindak sebagai pelindung kita daripada panas terik matahari. Tanpa awan, sinar cahaya yang terpancar terus daripada matahari akan menyebabkan manusia ditimpa penyakit, haiwan-haiwan dan tumbuhan juga turut menerima tempiasnya. SubhanaAllah…sangat beruntung bagi sesiapa yang memikirkannya. Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Surah al-Baqarah 2 : 164)

Izinkan saya berkongsi pengalaman baru-baru ni…

*Pengalaman sesat dalam hutan*

Ramai orang suka bercamping dan pastinya mereka tidak akan lepaskan peluang bila diajak bercamping bersama sahabat-sahabat atau keluarga. Ya! Camping sangat menyeronokkan. ^_^v

Monday, March 19, 2012

Selamat Ulang Tahun Suri...

19 Mac…genaplah usia Suri 24 tahun menghirup udara free dalam bumi Allah ini. Betul...24 tahun hanyalah angka semata-mata. Melalui angka itulah kita boleh membuat perkiraan sendiri. Sejauh mana amalan yang dilakukan, setinggi mana ilmu yang dipelajari dan dicurahkan, sedalam mana cinta kita kepada Allah Ya Rahman Ya Rahim yang tidak pernah berhenti mencurahkan pebagai nikmat kepada hambaNya yang lemah ini. Sujudku lama mengenangkan bekalan akhirat yang sedikit.  T_T

Perubahan. Positif, positif, positif
Know that transformation sometimes begins with a fall. So never curse the fall. The ground is where humility lives. Take it. Learn it. Breathe it in. And then come back stronger, humbler and more aware of your need for Him. (Yasmin Mogahed)
Mengutip motivasi buat pegangan diri. Ya! Kata-kata motivasi mampu menjadikan seseorang bermotivasi dalam hidup. Tidak hairan jika dalam wall post laman muka buku sahabat-sahabat kita banyak terselit kata-kata indah motivasi yang hanya bermatlamatkan satu: to be more positive.

Wednesday, February 15, 2012

Merencah Emosi

Hebat sungguh tajuk posting saya kali ini. Merencah emosi? Hmm, fikir masak ke tadi? Emosi boleh direncah? Huhu. Sekadar tajuk sahaja. Ape-ape je la.

Baru-baru ni saya berkesempatan menjenguk mak dan ayah di kampung. Hometown: PD. Asal balik je mesti jalan jem. PD kecik je. Nak taknak terpaksa lah redah jugak jem tu. Bukan roti cicah jem ye (mentang-mentang tajuk ada kait dengan makanan). Satu kemestian bila balik ke PD, saya akan ambil seat yang paling kanan sekali, sebelah tingkap sebab dapat tengok matahari di atas dan hampir-hampir mencecah laut (nak terbenamlah tu). SubhanAllah, ondaway nak balik pun berkesempatan tengok fenomena alam yang indah (ter'release' jugak la penat dan letih bekerja). Alhamdulillah, dapat merasa lagi kehebatan dan kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Sambil berzikir dan istighfar, sempat jugak lah saya termenung...memandang ke langit dan segala ciptaanNya.

Aduhh...bisanye dia gigit....(spoil lah nyamuk ni ngacau orang nak tulis. Maaf ye, nyamuk ni pun nak interprem dalam posting ni)


1 BUTIR BELIAN dan 7 BUTIR PERMATA

Monday, August 22, 2011

Interview Kali Ke..?

Menatap laptop 
22 Ramadhan…

          Alhamdulillah..setelah beberapa hari mencari informasi berkenaan tempat kerja yang bakal meng"interview” saya selang beberapa hari lagi akhirnya saya telah ditemukan oleh Allah dengan jawapan yang sangat memuaskan hati. 

          Sudah semestinya perasaan sedih dalam hati terasa sebab peluang untuk ditemuduga oleh panel dah terlepas (jawatan eksekutif syarikat insurans/takaful yang terkenal di Malaysia). Tetapi Alhamdulillah perasaan itu telah pun terubat dengan rasa ketenangan yang cukup menyenangkan. Sekurang-kurang selepas ni dah takdelah rasa was-was dalam hati samaada kerja yang saya buat ni berlandaskan syara’ ke tak atau duit yang bakal diterima nanti ada unsur syubhah ke tak dan lain-lain perasaaan yang hadir.
          
          Seperti yang kita sudah sedia maklum, umat Islam TIDAK BOLEH bekerja dengan pekerjaan yang terlibat dengan riba. Memanglah syarikat itu ada takaful. Insurans dan takaful: benda yang sama tapi tak serupa tau. Bila adanya percampuran atara keduanya, kita pun jadi ragu-ragu “Duit gaji yang bakal kita terima tu dijamin halal ke. Sumbernya pun kita tak pasti?”

Friday, August 12, 2011

CELIK MATH...4,5,6

“In mathematics, six-year-olds can typically count up to "200" and count backwards from "20." They understand the concept of "odd" and "even" numbers and can represent numbers on a number line or with written words. They use increasingly more sophisticated strategies to solve addition and subtraction problems. They also count the sides of shapes to identify them and can combine shapes to create a new one. Six-year-olds can also give and follow directions for moving around a room or on a map.”

Monday, June 13, 2011

Oh Laptop!

Astaghfirullahaladzhim 3x...

Allah menguji setiap hambanya dengan pelbagai keadaan sesuai dengan kemampuan masing-masing. Berbaik sangkalah dengan Allah walau dalam apapun kondisi yang kita hadapi ataupun bila ujian itu terpaksa dihadapi dalam mood yang tak berapa nak baik sebab di sebalik setiap kejadian yang Allah turunkan kepada kita pasti ada hikmahnya. Kitalah sebagai hambaNya perlu bersabar dan sentiasa berharap agar segalanya akan berubah menjadi yang lebih baik. Be positive!

 Stereotaip kan bila ada orang tanya apa yang perlu dilakukan bila Allah dah timpa ujian...banyakkan bersabar, bertenang, sabar, tenang, sabar, tenang...itulah perkataan yang sering kita sarankan kepada mereka. Tapi bila musibah itu menimpa diri kita sendiri macam mana? 

Pokok pangkalnya kita semua perlu tahu. It depends on individu macammana nak settlekan masalah yang dihadapi. But first, we should construct to Allah than others. Adulah dahulu problems yang dihadapi kepada Yang Maha Mendengar barulah ceritakan kepada keluarga, teman baik dan sebagainya.

Kenapa tiba-tiba saya bercakap tentang masalah? Rupa-rupanya saya yang sedang menghadapi masalah sekarang ni. Laptop saya telah diserang virus yang merbahaya. Dah seminggu dah dia rest dalam beg. Langsung tak dapat dibuka. Ianya bermula dengan saya membuka satu laman web ni. Dalam laman web tu tetiba dia keluar page macam facebook yang ada alert pasal message unread. Disebabkan saya tak tahu yang ianya satu penipuan besar internet, saya pun klik pada mesej tu dan mulalah dia uploading data...for sure...hantar virus lah tu kot. Jadi, berhati-hatilah bila bukak internet. Pastikan ada internet security dalam pc. Actually saya ada jugak internet security dalam laptop tapi ntahla...nasib virus tu baik kot dapat attack saya punya laptop.

Hmmm, tak pastilah bila nak format. Buat masa ni saya tumpang computer makcik ataupun pinjam kejap laptop K.Basyirah (housemate sekarang). Bila laptop dah kena serang...macam-macam fikir...habislah maklumat dalam tu...data-data, gambar-gambar, video-video...Sedihnye...

Yup! Saya perlu bertenang dan bersabar. Jom tengok aksi-aksi cute and cumel the little caliphs bawah ni. Hope that my problems will settle soon...InsyaAllah... 

Tangkap belon...huhu

Yang depan sekali tu...hazim...very naughty but clever n petah bercakap..

NAqib..^^


Macam dalam penjara...Help us teacher! But teacher dia buat dunno...hehe

Baby baju biru tu namanya...Abdurrahman Khalid Hafiz...Suke nama dia..^^v


 Nota Suri : The little Caliphs so adorable and so sweet...Cute kan??

Sunday, June 5, 2011

Jangan Marah

Malam ini angin kus-kus saya tiba-tiba datang. Ntah sebab apa. Hanya kerana adik membiarkan plastik aiskrim terbiar di atas katil, saya jadi sakit hati. Sakit hati bukan sebab plastik aiskrim tu tapi sakit hati sebab adik tak mengendahkan kata-kata saya supaya buang plastik aiskrim tu lalu saya mengarahkannya dengan suara yang kuat but still she ignored it. So, how can I not angry? Hmmm, kebetulan saya baru kemas bilik petang tadi. Nak harapkan si adik, ntah bila. Alaaa, sekejap je pun buang plastik tu dalam bakul sampah. Kenapa bukan saya yang buangkan? Hmm, ego tak bertempat. Childish betul...

Bukan sekali je dorang ni buat perangai tak nak ikut cakap. Sampaikan saya digelar "singa betina", gediks, banyak cakap, membebel. My feelings? Haha, no hard feelings k. Maintain cool sambil mengarah itu ini. Kalau dorang still buat lagi..alamatnya perang dunia ketiga bakal meletus.

Mengawal kemarahan bukan mudah. Nak-nak kalau bende tu berkait rapat dengan ego kita. For sure kita akan pertahankan apa-apa pendapat/kata-kata/arahan etc daripada mereka. Macam yang saya cakap di atas, hanya kerana adik tak dengar arahan saya, saya jadi marah. Cara saya kawal supaya tak terjadi perang dunia ketiga: lepas dah cakap kuat-kuat dan berbalas-balas cakap, saya akan diamkan diri. Buat-buat dunno dan perhatikan. Akhirnya si adik pun mengalah lalu ambil plastik aiskrim tu buang kat dalam tong sampah. Kesimpulannya, si adik pun ada egonya yang tersendiri. Dia tak mahu egonya turun gara-gara kakak. Well, actually I know she will do it. Just that my "angin kus-kus" sampai. Banyak kali dah sebenarnya kejadian seperti ini berlaku. Kadang-kadang dapat kawal dan kadang-kadang jugak tak dapat nak control. Betullah seperti apa yang orang cakap: sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.

Gagal kawal sifat marah bawa kehancuran


Amal ibadat boleh jadi ‘penawar’ untuk hati daripada dikuasai perasaan benci, dendam. PERASAAN dendam, benci dan amarah boleh menimbulkan pergolakan serta kekacauan dalam masyarakat kerana sikap mazmumah ini jika dibiarkan berakar umbi dalam jiwa akan menanamkan bibit perselisihan.

Islam agama yang berpaksikan kesejahteraan mendidik umatnya supaya menjauhi sifat tercela ini yang boleh menggugat hubungan ukhuwah. Benci diibaratkan api yang diam-diam menyala dalam sanubari apabila tidak mampu dikawal, maka lahirlah tindakan dan perlakuan beremosi.

Seorang sahabat pernah datang menemui Rasulullah SAW memohon supaya Baginda dapat memberi pesan serta wasiat ringkas. Jawab Baginda: "Janganlah kamu marah." Diulang sekali lagi pertanyaan itu dan Rasulullah SAW tetap menyebut: "Jangan marah."

Dalam menghadapi situasi kehidupan hari ini yang serba-serbinya mencabar, sifat marah jika sudah berada pada tahap melampau dan tidak mampu dikawal oleh pertimbangan akal serta agama, akan hanya membinasakan diri sendiri.

Sudah ramai yang dapat kita saksikan hari ini bagaimana sifat marah serta benci yang tumbuh dalam hati bertukar menjadi dendam kesumat yang diakhiri dengan tindakan kejam hingga memusnahkan kehidupan diri, keluarga dan masyarakat. Justeru, tidak hairanlah mutakhir ini jenayah kejam seperti buli, mencederakan orang hatta membunuh semakin meningkat. Semuanya berpunca daripada gejolak hati yang marak mendidih tanpa dapat dikawal lagi.

Allah sentiasa mengingatkan hamba-Nya sentiasa menjaga hati supaya tidak termakan hasutan syaitan. Firman Allah yang bermaksud:
 "Sesungguhnya perbuatan berbisik (untuk kejahatan) itu datangnya daripada hasutan syaitan." (Surah al-Mujadalah, ayat 58)
Umat Islam terbaik adalah mereka yang menjaga perlakuan, lidah dan kalbunya daripada sifat tercela. Hati yang jernih dan bersih akan menampilkan akhlak indah serta terpuji. Masyarakat yang berhati luhur, bersopan santun serta mudah memaafkan akan melahirkan modal insan contoh.

Banyak cara yang boleh kita lakukan bagi menghindari sikap marah, dendam dan benci daripada terus bermaharajalela dalam hati dan nurani. Antara diajar Rasulullah SAW ialah melunakkan lidah dengan selawat, banyakkan berpuasa sunat, mengamalkan bacaan al-Quran supaya hati tenang dan tidak keluh kesah.

Selain itu, bagi meredakan kemarahan dan kebencian daripada terus bernyala, kita sepatutnya melihat daripada sudut positif seperti mengenang kembali kebaikan yang ada pada dirinya supaya berkurangan rasa marah dan benci dalam hati.

Kemampuan kita mengawal rasa dendam, marah dan benci yang bergelodak dalam jiwa menjadikan kita sebaik-baik manusia kerana Nabi Muhammad SAW selalu mengingatkan supaya bersedia untuk berjihad menentang hawa nafsu. Ketika jenayah dan gejala sosial berleluasa dalam masyarakat di mana ramai menjadi mangsa perlakuan kejam serta ganas, masyarakat perlu menilai apa yang berlaku supaya dapat dijadikan iktibar.

Rasulullah SAW pernah berhadapan dengan kemarahan tatkala menyaksikan bagaimana bapa saudaranya, Saidina Hamzah Abu Talib dibunuh dengan kejam dan di luar batas kemanusiaan dalam perang Uhud.
Kemarahan dan perasaan dendam Baginda akhirnya dilembutkan Allah apabila turunnya ayat Al-Quran yang meminta Nabi tabah serta bersabar dengan ujian besar yang diterimanya. Allah berfirman yang bermaksud:
"Kalaulah engkau bersikap kasar dan keras hati terhadap mereka tentulah mereka akan lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah kesalahan mereka." (Surah Ali-Imran, ayat 159)
Marilah kita mendidik diri supaya sentiasa berlembut hati, pemurah serta mudah memaafkan orang lain kerana itulah sifat Rasulullah SAW yang berjaya menarik ramai golongan Musyrikin yang keras, sombong dan degil hingga akhirnya mampu dijinakkan dengan kebenaran Islam.

Kisah "Paku di Dinding"

 

Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal".

Nota Suri: Jangan marah! Istighfar banyak-banyak..Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati awak. ^^


Saturday, February 19, 2011

Hari ini Dalam Sejarah

"Awak adalah diri awak.." Berkali-kali itulah perkataan yang selalu berlegar-legar di kepala. Mungkin mengalami sedikit tekanan dalam diri. Ibadat yang dilakukan seakan-akan tidak mampu meredakan resah di hati. Amalan-amalan sunat walaupun jarang-jarang buat tetapi masih mampu memaksakan diri (push diri) untuk istiqamah melaksanakannya walau apa jua keadaan. Melihat senyuman sahabat-sahabat dan ukhwah yang mereka tonjolkan menguatkan lagi jiwa untuk terus memburu cinta Allah, mencari redha Allah dalam kesamaran destinasi hidup selepas ini.

Alahan yang diterima baru-baru ini sedikit sebanyak menyedarkan diri yang selalu alpa dan leka dengan nikmat yang diberi. Tidak tahu kenapa, bermula daripada dua hari yang lepas, bintik-bintik merah timbul di sekeliling leher, kaki dan dada. Sangat-sangat risau. Waktu paling kritikal adalah semalam selepas mendapati sebelah mata mengalami kebengkakan yang melampau. Nak melihat dengan jelas pun agak sukar. Dan muka kelihatan sembab sedikit. Melucukan jugak kadang-kadang bila melihat adik-adik yang datang ke bilik mengalami seakan-akan histeria bila melihat muka akak mereka yang sorang ni. huhu. Cadangan untuk pergi ke klinik ditolak kerana memikirkan ianya bukanlah penyakit yang serius dan tidak perlu dibimbangkan sangat. Rasa gembira juga kerana seperti diri ini dihargai dan disayangi. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui setiap pengaduan hamba-hambanya, mata yang bengkak, muka yang sembab dan kegatalan yang melampau pada kulit badan semakin berkurangan hari ini.

Dengan rahmat dan kasih sayang yang Allah berikan pada diri ini..akhirnya dapat jugak menghadirkan diri ke program anjuran fakulti iaitu sharing moment pagi tadi bersama-sama alumni-alumni Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli yang kesemuanya mempunyai daya tarikan yang kuat bila masing-masing memperkenalkan diri beserta jawatan yang mereka sandang. Kebanyakannya Process Engineer, Consultant, Maintenance Engineer, Safety & Health Engineer dan beberapa jawatan yang lain....Wauww!!Sangat hebatkan...Sememangnya banyak input-input, maklumat-maklumat dan pengetahuan baru yang diperoleh sepanjang berada di dalam astaka selama tiga jam dalam kesejukan dan rasa mengantuk.

Apa yang selalu orang buat bila tiba hari Sabtu? Tidur...Haa, itulah mood atau perasaan yang melanda student-student yang berada dalam dewan ketika itu. Syabas buat abang-abang dan kakak-kakak yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami tanpa mengharap imbuhan (seperti yang diberitahu mereka ni sukarela datang ke UMP). Daripada 200 orang pelajar yang dijangkakan menghadirkan diri pada pagi ini (semuanya sudah mengisi nama untuk datang ke program) akhirnya hanya lebih kurang 30 orang pelajar sahaja yang hadir termasuk saya. Kami juga diberikan penghargaan oleh alumni-alumni berupa tepukan padu tangan yang kuat kerana willingly to gain and get knowledge from them. Kami tidak rugi kerana hampir semua informasi yang kami terima dapat diaplikasikan bila kami sudah graduate nanti. Sesi LDK juga amat-amat best, seronok dan banyak membantu.

Hari ini adalah sejarah yang saya lakarkan dalam kamus hidup saya. Jadi, Hari ini Dalam Sejarah..^^

Apa yang telah dikongsikan oleh mereka??Tunggu posting saya selepas ini....