Showing posts with label Cetusan. Show all posts
Showing posts with label Cetusan. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Hari yang indah senyuman pertama :)

Baru pukul 11 pagi. Kesejukan duduk dalam makmal mula terasa. *ignorekan sahaja rasa sejuk*. Mata menghadap ke arah skrin laptop. Sambil-sambil buat kerja writing tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran. Lalu, laman youtube diklik. Jari-jari ligat menaip dalam search box. 

Kita laungkan Allahuakbar Allah Maha Besar.
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah...

Lagu telah terpasang tapi sayangnya headphone tiada bersama. Jadi, volume suara terpaksa dikurangkan agar tidak mengganggu suasana persekitaran. Mungkin tak nak ganggu mereka yang sedang fokus dan khusyuk dengan kerja masing-masing. Lirik 'Seiring Sehaluan' nyanyian nasyid daripada kumpulan UNIC itu direnung dalam-dalam hingga ke akhirnya. Nasyid ini sebenarnya adalah favourite kami berdua. (baca: saya dan suami tersayang. ^^)

Ok...kembali kepada tajuk asal.

Sunday, May 26, 2013

"Terima Seadanya"



Suatu malam, si suami bertanya sesuatu kepada si isteri.

“Sayang, abang nak tanya sesuatu boleh? ”

“Ok..tanyalah” dalam fikiran si isteri tadi mulalah timbul soalan-soalan yang bakal ditanya. Mudah-mudahan jawapannya senang untuk dijawab.

“Sebutkan 5 perkara yang sayang tak suka daripada abang”

Sunday, May 19, 2013

Sejenak tentang Jodoh & Perkahwinan

Jodoh bukanlah matlamat. Ia cuma alat untuk lebih dekat denganNya. Tika ini, jika jodoh belum kesampaian, jangan jadikannya penghalang untuk tetap mencapai matlamat kita menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Hanya cintaNya tidak mengecewakan.” (dipetik dari Blog Sebarkan Bahagia – Ustazah Fatimah Syarha)

Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia cuma alat untuk lebih mudah mendapat cintaNya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan atau tidak, ia tidak dapat menghalang seseorang untuk mendapatkan cinta Allah. Dialah sebenar-benarnya hakikat cinta!” (dipetik dari Segmen Remaja : Majalah Solusi Edisi 36 – Ustazah Fatimah Syarha)

Saturday, May 18, 2013

Tukar Cara Kita Melihat Sesuatu


~Experience is the best teacher~

Catatan ini dibuat pada 15 Mac 2012. Saya baru menyedari catatan ini ketika meng’godak’ (istilah baru saya belajar daripada En.Zauj) draft catatan dalam folder laptop. Dengan penambahan sedikit point, akhirnya draft yang sekian lama tersimpan dapat dipublish di sini. Alhamdulillah.

15 Mac 2012
Khamis
5.30 petang

Salah satu pengalaman berharga bagi saya. Berapa kali tersalah naik komuter. Kali ni saya buat kesalahan yang memberi makna tersirat. ^_^

Sunday, January 6, 2013

Some of the most powerfull times...






 [Muhasabah Bersama]

Bila kita diberi peluang untuk bersendirian seketika diwaktu malam atau siang. 
Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kita telah mencapai hakikat pandangan yang pertama, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kita akan dapat menyedari dimanakah kita yang sebenarnya. 

Tuesday, January 1, 2013

Esok Masih Ada


Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya 
Tetapi seringkali Allah menguji diri kita.
Ujian itu berbentuk kelemahan, *riak disebabkan kekuatan yang dimiliki, *hilangnya kesabaran, kepayahan, *lupusnya ketaatan, ketidakupayaan dsbnya. 

Kita pun rasa kecewa dan kita akan rasa harapan kita seolah-olah sudah hilang. T_T
Kita diuji lagi dengan rasa putus asa dan kekecewaan.

Wednesday, July 11, 2012

284



Andai perjuangan itu mudah pasti Islam sudah tertegak di atas bumi ini berkurun lama.

Andai menentang kezaliman dan menuntut keadilan itu senang dicapai pasti hari ini umat Islam sudah hidup bahagia menikmati anugerah dan limpahan rezeki yang sangat luas mengikut syariat Allah tanpa ada penindasan, penyelewengan dan 1001 kisah pemimpin yang tidak amanah.


Saturday, April 14, 2012

Mengapa MATAHARI?


Pulau Acheh. April 2012
 
Seorang pemuda  bertanya pada seorang wanita tentang cinta dan harapan. Pemuda berkata ingin menjadi seperti kupu-kupu atau kumbang yang akan menemani bunga dan wanita berkata ingin menjadi matahari. Pemuda tidak mengerti kenapa wanita ingin menjadi matahari, bukan bunga yang terindah di dunia.

Pemuda berkata ingin menjadi rembulan dan wanita berkata tetap ingin menjadi matahari. Pemuda semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu. Pemuda berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan wanita berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Pemuda tersenyum pahit dan kecewa. Pemuda sudah tiga kali menduga namun wanita tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama pemuda. Maka pemuda pun pergi dan tak pernah kembali lagi tanpa mengetahui alasan kenapa matahari juga yang menjadi pilihan wanita.

Saat pemuda jadi kumbang, wanita ingin menjadi matahari agar kumbang dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya untuk kumbang agar ia dapat hidup menikmati bunga yang tumbuh, berkembang dan terus mekar sebagai bunga yang cantik dek kerana sinarannya juga. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan pada akhirnya kupu-kupu yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa megharapkan imbuhan.

Saat pemuda jadi bulan, wanita tetap mahu menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan, siapakah yang ingat kepada matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya, agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat pemuda jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari, wanita tetap selalu jadi matahari agar burung bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara dalam hatinya hanya untuk burung. 

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang dapat masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini desebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Wanita tidak pernah menyesal menjadi matahari bagi pemuda.


(Nota Suri : Mengapa matahari mungkin punya seribu makna bagi diri penulis. Setiap makhluk yang diciptakanNya punya tujuan dan jalan hidup yang tersendiri. Maka, jalan manakah yang kita pilih? Cerita ini diubahsuai sedikit oleh penulis daripada tulisan yang asal. Kredit to penulis asal walau tak tahu siapa yang menulisnya. ^_^)

                                                        Syam_Suri
 

Thursday, February 16, 2012

Hipokritkah Saya?

Saya seorang yang pro-Palestin dan anti-Zionis
Saya ingin membantu negara Palestin
Tapi saya tak pernah ambil tahu apakah yang dimaksudkan dengan Israel
Beza Israel Ortodoks dan Israel Zionis
Apa pula beza Yahudi dan Israel
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

Saya seorang penggemar ayam goreng dan burger
Bila kawan ajak pergi KFC atau McDonald saya pun ikut sekali
Saya pernah ambil tahu produk-produk yang diboikot
Banyak sangat sampai saya pun jadi keliru
Biarlah asalkan perut kenyang
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

Saya pernah berdiskusi dengan kawan-kawan
Berkenaan dana Israel untuk menghancurkan umat Islam
Apa kaitan duit yang dilaburkan dengan orang-orang di Palestin
Tapi saya tetap pergi ke Carrefour dan Starbuck
Padahal saya menentang kezaliman
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

Saya selalu baca di blog-blog
Cerita tentang kekejaman Israel dan apa yang mereka buat pada umat Islam
Sedih, hiba, sebak di dada terasa bila lihat kesengsaraan umat Islam di Palestin
Sampai kadang-kadang mengalirkan air mata
Tapi saya masih gunakan handset Nokia, minum Coca-Cola
Pakai produk Timberland, Loreal, Johnson n Johnson
Biarlah asalkan produk berkualiti
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

 YA! SAYA MEMANG HIPOKRIT!!!!

info tambahan : BOIKOT!!!

Friday, August 12, 2011

Allah masih sayang


          Pernah tak kita merasakan yang pada hari itu hari sangat lapang…tiada kerja yang hendak dibuat atau hendak diselesaikan dengan cepat lalu kita buat pilihan untuk melayari internet sekejap…tak lama…alasan nak cari pengisian sikit.
          Laman web yang mula-mula bukak mesti facebook. Nak cari dan update sesuatu konon.  Satu persatu wall sahabat-sahabat yang kita tengok. Friends pulak ada ramai…daripada sekolah rendah sampailah ke kawan-kawan satu kampus. Duduk merata cerun dan pelusuk bumi Allah…ada yang masih belajar, sambung belajar, menunggu panggilan untuk kerja…tak kurang juga ada yang sudah mendirikan rumahtangga.
          Men"view" page orang, melihat gambar-gambar mereka memang melekakan. Masa terasa singkat. Sekejap sangat-sangat sampai tak sedar pun kita dah duduk berapa jam kat situ hanya semata-mata menengok apa yang dipostkan orang. Fitrah manusia juga: “kalau boleh hendak tahu semua benda.”

Monday, April 11, 2011

Bicara Hati 5 : Aku perlu Menangis


Mata berkaca-kaca
Bendalir putih jernih seakan-akan mahu keluar
Perlahan-lahan ia membebaskan diri...
Sudah lama tidak merasai kesuaman dan kehangatannya
Ia selalu menuruni ke bawah saat pemiliknya kesedihan dan dalam kesempitan
Kemudian, laju tanpa henti..
Bagai arus deras
Yang mengalir dari puncak bukit tertinggi
Bezanya, arus itu sentiasa berterus-terusan
Mengalir tanpa henti tiap detik, saat dan ketika

Aku perlu menangis sentiasa
Menangis bukan tanda lemah
Menangis bukan hal duniawi semata
Menangis bukan sengaja suka-suka
Bukan juga untuk menunjuk..

Aku tidak lemah
Yang melemahkanku selalu menguatkan aku
Agar menjadi hebat
Hebat dalam melahirkan rasa sayang dan kesyukuran
Pada Ya Kholiq Ya Maha Pencipta
Dan juga hebat dalam menzahirkan rasa kekaguman
Pada setiap hikmah penciptaan makhlukNYA
Aku percaya..aku tidak keseorangan
DIA..pendampingku, sahabat baikku, sentiasa ada dalam hatiku

Dalam membentuk diri menjadi individu muslim, keluarga muslim seterusnya masyarakat muslim
Aku gentar, rasa takut membayangi fikiran
Masih terdapat lubang-lubang dalam diri
Samaada kecil mahupun besar dek kerana dosa-dosa yang lalu
Juga masih terdapat saki-baki sisa berkarat yang jarang digilap
Hati,
Bahagian utama. Dialah raja dalam tubuh
Penggerak utama pemikiran otak dan pencetus tindakan susulan
Bisa melahirkan lintasan hati yang pelbagai
Bagaimana mungkin hati itu dapat tenteram dan tenang
Jika sekecil segenggam penumbuk itu tidak dibersihkan
Dengan siraman TAQWA, alunan ZIKRULLAH
Juga ayat-ayat bacaan AL-QURAN
Bagaimana mungkin juga hati itu dapat tenteram dan tenang
Jika sibuk menjadi alasan, kemalasan berganda-ganda
Topik duniawi menjadi bualan seharian
Ukhwahfillah ntah ke mana, sekadar retorik semata-mata

Menjadi luar biasa dari biasa
Bukan sesuatu yang mudah, perlukan kekuatan,
Semangat dan keazaman yang tinggi
Tabiat mampu mengubah segala, ubah tabiat, jiwa akan selamat
Yakinlah wahai diri, setiap manusia itu dicipta bukan sia-sia tujuannya
Ada matlamat, ada visi dan misi
Menjadi khalifah di atas bumi ini

Aku perlu menangis
Memikirkan setiap masa yang diluangkan, belanja yang disalurkan
Dan tenaga yang dibazirkan ntah ke mana..
Lesap begitu sahaja..berapa tahun umur aku sekarang?
Tanpa pembaharuan IMAN, tanpa penghayatan ISLAM, tanpa penilaian IHSAN
Bagaimana mungkin aku dapat teruskan kehidupan ini
Mengisi kekosongan jiwa, yang menjadi fitrah semua makhluk

Wahai sepasang mata,
Menangislah sentiasa…
Menangis membersihkan hati
Menangis menghilangkan resah yang menyelubungi dalam diri
Menangis menyesali perbuatan, tindakan, tutur kata, pemikiran
Dan dosa-dosa lampau
Juga menangislah andai dirimu tidak mempu menangis
Menghadirkan rasa sebak dan sedih
Kerana kamu tidak tahu penghujung kisah hidupmu

Ya Allah Ya Sami’
Diriku hanyalah hamba kepadaMU
Hanya KAU yang mampu menggerakkan hati ini
Agendakan dan aturkanlah hidupku Ya Allah Ya Baari’
Agar aku dapat merasai ketenangan, kebahagiaan
Rasa kasih-sayangMU kepada hambaMU ini
Sesungguhnya, hanya keredhaanMU yang ku cari
Hanya cintaMU yang ku impi


Suriey
5 am
11/4/11   

Wednesday, December 22, 2010

Sua Rasa

Mendidik hati untuk terus mencari erti hidup menuju redha Ilahi begitu sukar. Kebiasaan menjadi habit yang susah dibendung. Seperti burung kecil yang dikurung oleh si tuan yang baik hati. Mahu meninggalkan sangkar yang lama tapi begitu payah.  Mungkin sangkar yang lama penuh dengan nikmat-nikmat yang melimpah ruah. Berada di luar belum tentu mendapat makanan, perlindungan dari hujan dan juga pemangsa-pemangsa  yang menanti . Lalu, kebebasan jadi taruhan. Hakikatnya keluar dari sangkar yang lama bakal mencatat sejuta pengalaman baru, melepaskan rantai berat yang selama ini melilit di kaki.

Sekuat manapun keazaman untuk berubah, kalau tidak diringi dengan mujahadah akhirnya akan tersungkur kembali. Justeru, perlunya mencari kekuatan diri. Bangun buat kali pertama memang mudah, tapi untuk bangun untuk sekian kali setelah berkali-kali terjatuh, suatu yang mebebankan. 

Melihat anak-anak itu, renungan kembali pada diri. Bukan merenung ke belakang tapi merenung masa depan yang tak pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, itu sudah pasti. Mampukah aku mendidik mereka, bakal rantai-rantai perjuanganku dengan baik. Memikirkan itu, aku semakin resah. Berdebar-debar menunggu siapa bakal pendampingku, siapa yang bakal memimpin aku dan permata hati menuju Syurga yang Abadi. Walau terasa diri tak layak….
“Ya Allah, jika aku jatuh cinta,…
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu” Ameen Ya Rabb..