Showing posts with label ukhwah. Show all posts
Showing posts with label ukhwah. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Jadilah Orang Luar Biasa



Hari ini saya telah berjumpa seorang sahabat yang saya sayangi kerana Allah. Perempuan, kalau tidak bercakap dan bertegur sapa dengan orang, itu luar biasa namanya...nak nak bila berjumpa dengan sahabat yang rapat dengannya. Seperti biasa, kami berbual-bual tentang topik harian: apa yang dilakukan semalam, apa yang dibuat sekarang dan apa target yang ingin dicapai selepas itu.

Kemudian, sahabat saya itu melahirkan ketidakpuasannya terhadap seseorang. Sesi soal jawab mula rancak. Tekun saya mendengar ceritanya. Sahabat saya juga dengan teliti  meluahkan semua yang terpendam. Sesekali saya menyampuk mengajukan pertanyaan. Saya memberi soalan untuk mendapatkan kepastian dan pemahaman terhadap apa yang diceritakan. Saya tahu, sahabat saya itu cuma ingin meluahkan apa yang dirasanya.

Monday, October 15, 2012

Talk Dr Zakir Naik (catatan II)




Mendengar talk daripada Dr Zakir Naik malam tersebut, pelbagai persoalan dan harapan yang bermain-main dalam kotak minda. Semoga Allah mempermudahkan urusan di sepanjang perjalanan dakwah beliau. *Aaminn*. 

Kemudian pada keesokannya, pagi-pagi lagi saya sudah buat panggilan miss call ke 2 orang sahabat baik saya. Takut terlajak untuk bangun dan bersiap awal. Alhamdulillah, sekadar mengingatkan masing-masing dengan sebuah janji untuk ber’dating’ di pantai Teluk Cempedak. Sound macam *sweet* je kan. Heeee ~~v.

Friday, April 13, 2012

Ujian Itu TARBIYYAH Diri



Malam masih panjang. 

Saya berfikir. Lama saya merenung skrin laptop. Sambil itu jari-jemari saya ligat menari-nari atas papan kekunci. Mencari idea untuk menulis malam ni. Kosong. Saya ingin menulis!

Kemudian cerita itu datang lagi. Lama saya ingin bercerita berkenaan kisah itu di sini. Semestinya untuk muhasabah saya kembali. Sekali lagi fikiran saya diperah untuk mengimbau kembali kisah itu. Ianya berkaitan satu peristiwa yang selalu buat saya muhasabah diri sebagai hamba Allah yang selalu terlupa, lalai dan rasa ‘hebat’ padahal diri ini sememangnya banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki hari demi hari.

Thursday, December 22, 2011

BEST FRIEND until JANNAH

5 tahun. Selama itulah saya belajar di sekolah berasrama penuh, 1 tahun di kolej matrikulasi dan 4 tahun di universiti tempatan. Kira-kira 10 tahun jugaklah saya menghabiskan sisa-sisa hidup bersama mereka: kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat. Hampir separuh daripada usia saya sekarang.

 Bertemu, berpisah, menjalin ukhwah persahabatan, suka-duka menjalani kehidupan sebagai pelajar asrama, siswi kolej kediaman, kakak, senior, junior, pelbagai jolokan nama, panggilan, ejekan dan gurauan saya terima. Sememangnya itu adalah lumrah bagi yang bergelar insan.

Kotak memori merakamkan pelbagai gelagat keanak-anakan sepanjang tempoh saya bersama mereka. Pengalaman mengajar erti kemanisan dalam hidup. Kehidupan dalam kampus mengajar perjuangan sebenar. Dari situ kekuatan baru muncul, dan saya tidak keseorangan.

Kita adalah seorang hamba…hamba yang setiap hari, saban waktu, setiap detik dan ketika mengalami perubahan.

Saturday, April 16, 2011

Ukhwah itu Indah

Petang Sabtu

Alhamdulillah, Allah telah agendakan diri ini untuk bersama-sama mantan MT dan mantan ahli KP menjayakan B-PRO KP pada petang Sabtu ini walaupun sedih masih terasa sebab tak dapat pergi Rehlah bersama-sama sahabat-sahabat yang lain dan juga adik-adik (harapan untuk bermain-main dengan mereka sebelum habiskan pengajian nampaknya tidak kesampaian).

Sebaik sahaja program selesai, saya dan sahabat baik, Atih mula berangkat pulang ke hostel. Sepanjang perjalanan balik ke bilik, banyak cerita yang telah kami kongsikan bersama. Saya melepaskan kerinduan pada Atih kerana jarang berbual-bual bertanya khabar semenjak final presentation PD week bermula dan sepanjang semester ini kerana kami jarang ke kuliah bersama-sama. Hanya kelas Mandarin mempertemukan kami berdua.

Dalam cafeteria KK3 dikelilingi siswi-siswi yang lain, suasana semakin rancak. Masing-masing mula bertanya perkembangan masing-masing termasuk hal sahabat-sahabat yang lain. Senyuman sentiasa terukir di bibir apabila mendengar Atih bercerita. Mulalah, rahsia demi rahsia terbongkar. Sambil makan roti canai sambil berbual-bual.

Saya bukan pencerita atau pemula cerita yang baik. Jadi, saya hanya mendengar sambil mengajukan beberapa persoalan yang sebenarnya tidak memerlukan jawapan. Adakala soalan yang tidak memerlukan jawapan lebih banyak ditanya sebab jawapan itu hanya pemilik soalannya  yang ada jawapannya. Bertanya untuk mintak pendapat..

Anugerah Allah

Ukhuwwah adalah anugerah daripada Allah, yang dikurniakan kepada mereka yang ikhlas di kalangan hambaNya. Saya setuju. Kekuatan iman yang diwariskan oleh perasaan yang mendalam, jiwa yang benar dan mahabbah, kasih-sayang dan rasa hormat, saling mempercayai sesama mereka, yang Allah ikatkan dengan ‘aqidah tauhid, manhaj Islam yang kekal, mengikutinya dan beriltizam dengannya adalah kekuatan sebenar yang harus ada dalam diri setiap individu muslim.

Tiada ukhuwwah tanpa iman dan tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah sepertimana tidak ada persahabatan tanpa taqwa, dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan. Firman Allah:
“Sesungguhnya orang mu’min itu bersaudara.” (Surah Hujurat; ayat 10)
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib; sesetengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan ‘amal soleh)” (Surah Al-Zukhruf; ayat 67)                                       

Erti Sebenar

Sahabat-sahabatlah yang banyak mengajar erti kedewasaan, kematangan yang sebenar. Dari situ, perasaan demi perasaan mulai wujud, kadangkala dibelai dan kadangkala dimanjakan, disayangi, diberi perhatian mendalam dan ditekankan sendiri oleh diri untuk mengawal mana-mana penyakit hati yang menimbulkan rasa ketidakselesaan di jiwa.

Bergaul dengan pelbagai kelompok golongan sebenarnya lebih mempercepatkan proses itu berlaku. Jangan dinafikan fitrah semulajadi manusia untuk mengenali antara satu sama lain. Tiada istilah alim/tak alim, soleh/tak soleh, brutal/tak brutal dsbnya. Sebenarnya manusia sendirilah mengelaskan seseorang berdasarkan apa yang dilihat secara mata kasar. Kita boleh dikatakan sombong jika akhlak kita menunjukkan sebegitu. Sesiapa boleh berkata apa-apa. Mencari sahabat yang betul-betul sahabat ibarat mencari sebutir permata di dalam lautan yang luas terbentang. Kalau silap langkah, kita akan lemas di tengah-tengah pencarian.

Sahabat mengajar makna setia, berlapang dada, menghargai, menghormati, saling menjaga hati, menerima teguran, pengorbanan, cemburu yang menandakan sayang dan seribu satu perasaan yang Allah hadirkan. Kadang-kala akan ada suatu ketika Allah bolak-balikkan hati, tergelincir seketika daripada landasan ukhwah yang sebenar disebabkan emosi yang tidak terjaga.

Kemanisan iman

Sayang, jika kita tidak menyayangi sahabat. Sangat sayang jika kita mengabaikan sahabat. Sangat-sangat sayang lagi jika kita sedar kita sayang sahabat tetapi tidak mengambil tindakan untuknya. Ini untuk kes sahabat yang pentingkan diri sendiri. Dia hadir bila kita diperlukan dan meninggalkan kita bila kita tidak lagi diperlukan.
Kita tidak akan merasai kemanisan iman tanpa merasai ukhuwwah. Imam Bukhari dan Muslim pernah meriwayatkan: Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan iman:
1. Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding selainnya.
2. Mengasihi seseorang hanya kerana Allah dan
3. Benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka.

Tahap Ukhwah

Hassan Al-Banna juga telah menjelaskan tahap-tahap ukhwah:
 “Serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah ithar (berkhidmat dengan rela hati dan melebihkan sahabat dari diri sendiri)”
Jarang orang mampu melakukan ithar secara hakiki. Sering terjadi wujudnya perbalahan pendapat, perselisihan berkenaan hal-hal yang kecil, merajuk tak bertempat, terasa hati sampai ukhwah yang terbina bertahun-tahun lamanya tercemar menjadi keruh.

Bila keadaan ini berlaku sebenarnya syaitan telah berjaya mencucuk jarumnya ke dalam hati untuk cuba memecah belahkan dan menyekat diri semua daripada bersatu. Allah telah mengingatkan kita akan hal ini dalam firmanNya:
 “Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mu’min dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia” (surah Al-Isra’: ayat 53)
Satu lagi firman Allah SWT yang menjadikan diri ni cukup terkesan;
“Dan janganlah kamu bantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu…” (surah Al-Anfal; ayat 46)
Sumber Kekuatan adalah Sahabat

Percaya ataupun tidak..sahabat sebenarnya boleh menjadikan diri kita ini kadangkala lemah. Semangat jadi kendur, kekuatan semakin berkurang. Seorang manusia tidak boleh hidup sendirian tanpa seseorang; keluarga, adik-beradik, sahabat-sahabat dll. Betul?

Siapalah kita…hanya sebagai hamba Allah yang lemah dan dhaif. Merajuk disebabkan kawan tidak ajak pergi makan atau pergi jalan-jalan, sakit hati disebabkan mulut kawan yang tidak terjaga, benci kepada si dia sebab tidak menjaga rahsia, marah pada si dia sebab bajet macam bagus, kecil hati kerana si dia tidak ajak pergi program.

Wah, orang tu takde pape, tapi kita yang lebih-lebih..makan hati sangat last-last pahala duduk dalam majlis ilmu tak dapat malah dosa sebab burukkan sahabat sendiri kita yang dapat. Kalau ditambah lagi dengan dosa makan daging saudara sendiri cuba total kan berapa kita punya pahala yang tinggal?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata buruk padahnya. Hati, mulut: dua perkara ni kena jaga elok-elok. Bermasam muka disebabkan hal remeh temeh. Ramai telah terkena. Saya juga tidak berkecuali. Yelah, kita mengharapkan orang untuk memahami kita tapi kadang-kadang kita sendiri yang tak memahami  Semua orang pernah mengalaminya dan setiap orang berbeza cara penyelesaiannya.

Akhir sekali

Akhir sekali, betapa benarnya kata-kata Imam Al-Banna kepada Ikhwan;
Berkasih-sayanglah antara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka.”

Nota Suri: 
 Belajar untuk memahami adakalanya mengambil masa yang lama untuk difahami. Cukuplah sekadar apa yang kita buat itu ikhlas dan pengharapan hanya untuk mendapat keredhaan daripada Allah semata-mata. Penjelasan rukun ke Sembilan: Ukhwah ini ada dihuraikan dalam buku Risalah Ta’alim: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib terbitan Dewan Pustaka Fajar.

"Atih, K.cah, Ayong, Anjang, Acik, K.ngah, K.nu, K.nadh, Mek Mi, Mek Mira, Mek Lah, Eda, Adik- Sayang semua kerana Allah...^_^"