Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Ahlan wa sahlan 2017

Selamat Tinggal 2016
Selamat Datang 2017

Moga-moga tahun baru ini mendatangkan seribu satu kebaikan dan rezeki buat keluarga kecil kami. InsyaAllah. Ummi pun kena bersedia mengharungi sebarang kemungkinan...kebaikan takkan datang tanpa ujian dan bentuk ujian itu pastinya berbeza-beza mengikut kemampuan kita.

Dan apa yang ummi yakin...kematian akan menjemput bila-bila masa tidak kira masa, tempat dan waktu. Bersediakah ummi? T_T

Memetik kata-kata dari ABAH atau cukup dikenali dalam blog/web Saifulislam.com:

Sesungguhnya taubat dan kesedaran kita hanya di satu peringkat kehidupan.
Kita masih berjuang mengejar Husn al-Khatimah.
Bersederhanalah dalam membina harapan.
Agar kecewa dan keluh kesah tidak menjadi bahasa harian.
Banyakkan berdoa, banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi.
Bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.

Ummi kira-kira sesuai rasanya kalau ummi jadikan kata-kata ini sebagai azam untuk tahun ini (2017). Maksudnya sebagai penguat kepada azam 2017 yang sudah pun ummi hantar kepada walid semalam masa on the way balik Johor dari N9. Ummi hantar melalui whatsapp. Tak sesuai untuk dipublish di sini. huhu. Semoga Allah permudahkan ummi untuk capai azam tersebut :). Aminn.

Mengenangkan apa yang ummi dah buat selama ini....tanggungjawab, amanah, dosa, dan perkara-perkara yang ummi pendamkan....pendam sebab ingat diri kuat menahan rasa sorang-sorang. Akhirnya air mata ummi tertumpah jua seusai solat Asar tadi. Tak tertahan. Sudah lama ummi tak menangis merintih, mengadu kepadaNya. Ummi silap. Ummi sombong. Ummi angkuh sangat. Ummi biarkan tanpa mengadu kepada sesiapa.

Sesungguhnya Allah sebaik-baik tempat mengadu

Moga apa yang ummi catatkan disini dapat membantu ummi untuk muhasabah kembali bila-bila hati ini perlukan motivasi dan seterusnya pengubat kepada kekosongan diri. Sebaik-baik perancang hanyalah Allah SWT. Move on & keep istiqamah :)

#catatansuri
#catatsupayataklupa

Tuesday, November 5, 2013

Hari yang indah senyuman pertama :)

Baru pukul 11 pagi. Kesejukan duduk dalam makmal mula terasa. *ignorekan sahaja rasa sejuk*. Mata menghadap ke arah skrin laptop. Sambil-sambil buat kerja writing tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran. Lalu, laman youtube diklik. Jari-jari ligat menaip dalam search box. 

Kita laungkan Allahuakbar Allah Maha Besar.
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah...

Lagu telah terpasang tapi sayangnya headphone tiada bersama. Jadi, volume suara terpaksa dikurangkan agar tidak mengganggu suasana persekitaran. Mungkin tak nak ganggu mereka yang sedang fokus dan khusyuk dengan kerja masing-masing. Lirik 'Seiring Sehaluan' nyanyian nasyid daripada kumpulan UNIC itu direnung dalam-dalam hingga ke akhirnya. Nasyid ini sebenarnya adalah favourite kami berdua. (baca: saya dan suami tersayang. ^^)

Ok...kembali kepada tajuk asal.

Monday, November 4, 2013

Anugerah tidak Ternilai: Fastabiqul khairat

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesuatu yang kita miliki sekarang bukan bererti ianya menjadi milik kita selamanya.

Sesuatu peristiwa yang pernah kita hadapi dan lalui pasti akan beransur-ansur berlalu pergi selari dengan perjalanan masa dan usia kita. Tidak kira betapa bahagia, sedih, gembira, terkilan, geram atau malunya peristiwa yang kita hadapi itu.

Dan selamanya kita perlu sentiasa ingat, sesuatu yang kita miliki itu hanyalah milik Allah yang pasti dan hakiki. 

"Dari Allah kita datang, kepadaNya tempat kita kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156)

Kita boleh ambil pengajaran daripada firman Allah di atas.
  1. Fastabiqul khairat. "Berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan....." (Al-Baqarah 2: 148) (Al-Maidah 5: 48) 
  2. Dunia hanyalah tempat persinggahan semata menuju alam Akhirat yang selama-lamanya kekal abadi.
  3. Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa dari sekarang. Bila waktu kematian itu menghampiri, kita sudah tiada masa lagi walau sesaat untuk bertaubat dan menyesali perbuatan masa lampau. Dan Allah telah memberi peringatan dalam Quran betapa rugi dan menyesalnya orang-orang kafir yang ingkar dan sombong dengan nikmat dan kemewahan yang diberikanNya sewaktu mereka di dunia. Mereka ditimpakan azab yang pedih akibat perbuatan mereka yang melampaui batas.

Tuesday, January 1, 2013

Esok Masih Ada


Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya 
Tetapi seringkali Allah menguji diri kita.
Ujian itu berbentuk kelemahan, *riak disebabkan kekuatan yang dimiliki, *hilangnya kesabaran, kepayahan, *lupusnya ketaatan, ketidakupayaan dsbnya. 

Kita pun rasa kecewa dan kita akan rasa harapan kita seolah-olah sudah hilang. T_T
Kita diuji lagi dengan rasa putus asa dan kekecewaan.

Wednesday, July 11, 2012

284



Andai perjuangan itu mudah pasti Islam sudah tertegak di atas bumi ini berkurun lama.

Andai menentang kezaliman dan menuntut keadilan itu senang dicapai pasti hari ini umat Islam sudah hidup bahagia menikmati anugerah dan limpahan rezeki yang sangat luas mengikut syariat Allah tanpa ada penindasan, penyelewengan dan 1001 kisah pemimpin yang tidak amanah.


Thursday, February 16, 2012

Hipokritkah Saya?

Saya seorang yang pro-Palestin dan anti-Zionis
Saya ingin membantu negara Palestin
Tapi saya tak pernah ambil tahu apakah yang dimaksudkan dengan Israel
Beza Israel Ortodoks dan Israel Zionis
Apa pula beza Yahudi dan Israel
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

Saya seorang penggemar ayam goreng dan burger
Bila kawan ajak pergi KFC atau McDonald saya pun ikut sekali
Saya pernah ambil tahu produk-produk yang diboikot
Banyak sangat sampai saya pun jadi keliru
Biarlah asalkan perut kenyang
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

Saya pernah berdiskusi dengan kawan-kawan
Berkenaan dana Israel untuk menghancurkan umat Islam
Apa kaitan duit yang dilaburkan dengan orang-orang di Palestin
Tapi saya tetap pergi ke Carrefour dan Starbuck
Padahal saya menentang kezaliman
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

Saya selalu baca di blog-blog
Cerita tentang kekejaman Israel dan apa yang mereka buat pada umat Islam
Sedih, hiba, sebak di dada terasa bila lihat kesengsaraan umat Islam di Palestin
Sampai kadang-kadang mengalirkan air mata
Tapi saya masih gunakan handset Nokia, minum Coca-Cola
Pakai produk Timberland, Loreal, Johnson n Johnson
Biarlah asalkan produk berkualiti
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

 YA! SAYA MEMANG HIPOKRIT!!!!

info tambahan : BOIKOT!!!

Thursday, December 29, 2011

Cinta itu SUBJEKTIF

Salam sayang buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian...

Jarang saya memperkatakan soal cinta. Cinta itu subjektif. Sesiapa sahaja boleh menilai cinta itu mengikut persepsi masing-masing. Dalam banyak-banyak definisi cinta yang ada, saya tertarik dengan definisi cinta yang telah diucapkan oleh watak Anna Althafunnisa dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Puisi Cinta oleh Anna Althafunnisa ; 

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan


Wednesday, August 17, 2011

Bicara Hati 7: Kehilangan Itu...

Menatap langit 17 Ramadhan 2011, 3.50 minit petang…terimbau kembali memori-memori lama…kehilangan insan-insan tersayang, kehilangan harta, kehilangan pemberian berharga, kehilangan kepercayaan, kehilangan satu persatu anugerah terindah yang pernah Allah pinjamkan di dunia ini suatu ketika dahulu…

Rasa kehilangan bagi setiap orang berbeza
Kerana hanya jiwa yang merasainya sahaja yang tahu
Ya, kehilangan itu memeritkan
Kehilangan itu membuatkan hati sedih
Kehilangan itu tidak seindah yang disangka
TETAPI kehilangan itu tetap bermakna 
Ia mengajar diri erti ketabahan, kesabaran, kecekalan...

Kehilangan itu takkan kembali lagi 
Sebaliknya ia akan menjadi suatu memori yang akan sentiasa terpalit di jiwa 
Sama ada kita redha atau tidak…
Percayalah wahai kamu
Allah itu Maha Mendengar apa yang setiap hambaNYA bicarakan dalam hati 
Kerana hanya DIA pemilik hati kita yang hakiki

Kehilangan itu betul-betul mengajar diri untuk berdikari di atas bumi Ilahi ini 
Memburu redhaNYA dalam setiap perbuatan yang dibuat, 
tindakan yang diambil, percakapan yang dibicarakan dan segala-galanya. 
Ya, redhaNYAlah yang selama ini diimpi oleh kita
Sebab semua yang ada di sini hanyalah pinjaman semata.

..:Suri:..
Petang 17 Ramadhan



Nota Suriey: Buat Mak Ayahku, Adik-beradikku yang sangat dicintai dan dikasihi. Kalian adalah anugerah Allah yang terindah buat diri ini. Buat sahabat-sahabat seperjuangan...beruntung bertemu dengan kalian yang banyak memberi seribu satu pengalaman berharga dan pengajaran yang berguna untuk diri menempuh alam yang sementara ini.

Ya Allah, tiada kata yang dapat diungkap selain pengharapan daripadaku kepadaMU untuk bekalkan dan salurkan hati dan jiwa ini kekuatan dan ketetapan iman. Mana mungkin aku hidup tanpa petunjuk & hidayah daripadaMU...Amiin
 


Tuesday, August 16, 2011

Bicara Hati 6: Sepasang Kaki Itu

Sepasang kaki itu berjalan-jalan…
Ketidakpastiannya dalam menentu arah tujuan sangat jelas
Banyak tempat disinggahi
Tetapi
Kemahuan kaki itu untuk melangkah diturutkan jua
Ia inginkan ketenangan
Lalu berjalan-jalan memerhati sekitar
Langit ditatap sepuasnya
Dengan harapan ketenangan itu datang
Seiring dengan desiran angin lembut yang membelai tubuhnya
Lalu, ketenangan yang ingin dicari tidak kunjung tiba
Sebak rasa di jiwa
Pilu merajai dirinya
Hampa mencengkam sanubari
Dia bermomolog besendirian
Sampai bila aku harus begini?
*
*
*
Banyak hari berlalu…
Lalu ia temui jawapan
~Ketenangan itu hanya datang daripadaNYA~

..:Suri:..

"Kehidupan adakalanya sangat memeningkan, payah & sukar. Semakin kita mencari jalan, semakin banyak pula rintangan & kesukaran. Kita mungkin bingung, boleh jadi kita mengeluh dengan kepayahan yang dialami. TETAPI yakinlah dirimu & diriku bahawa ALLAH sentiasa sahaja memberikan yang terbaik untuk kita. Bukankah ALLAH bersifat Ya RAHIM?" 

Monday, April 11, 2011

Bicara Hati 5 : Aku perlu Menangis


Mata berkaca-kaca
Bendalir putih jernih seakan-akan mahu keluar
Perlahan-lahan ia membebaskan diri...
Sudah lama tidak merasai kesuaman dan kehangatannya
Ia selalu menuruni ke bawah saat pemiliknya kesedihan dan dalam kesempitan
Kemudian, laju tanpa henti..
Bagai arus deras
Yang mengalir dari puncak bukit tertinggi
Bezanya, arus itu sentiasa berterus-terusan
Mengalir tanpa henti tiap detik, saat dan ketika

Aku perlu menangis sentiasa
Menangis bukan tanda lemah
Menangis bukan hal duniawi semata
Menangis bukan sengaja suka-suka
Bukan juga untuk menunjuk..

Aku tidak lemah
Yang melemahkanku selalu menguatkan aku
Agar menjadi hebat
Hebat dalam melahirkan rasa sayang dan kesyukuran
Pada Ya Kholiq Ya Maha Pencipta
Dan juga hebat dalam menzahirkan rasa kekaguman
Pada setiap hikmah penciptaan makhlukNYA
Aku percaya..aku tidak keseorangan
DIA..pendampingku, sahabat baikku, sentiasa ada dalam hatiku

Dalam membentuk diri menjadi individu muslim, keluarga muslim seterusnya masyarakat muslim
Aku gentar, rasa takut membayangi fikiran
Masih terdapat lubang-lubang dalam diri
Samaada kecil mahupun besar dek kerana dosa-dosa yang lalu
Juga masih terdapat saki-baki sisa berkarat yang jarang digilap
Hati,
Bahagian utama. Dialah raja dalam tubuh
Penggerak utama pemikiran otak dan pencetus tindakan susulan
Bisa melahirkan lintasan hati yang pelbagai
Bagaimana mungkin hati itu dapat tenteram dan tenang
Jika sekecil segenggam penumbuk itu tidak dibersihkan
Dengan siraman TAQWA, alunan ZIKRULLAH
Juga ayat-ayat bacaan AL-QURAN
Bagaimana mungkin juga hati itu dapat tenteram dan tenang
Jika sibuk menjadi alasan, kemalasan berganda-ganda
Topik duniawi menjadi bualan seharian
Ukhwahfillah ntah ke mana, sekadar retorik semata-mata

Menjadi luar biasa dari biasa
Bukan sesuatu yang mudah, perlukan kekuatan,
Semangat dan keazaman yang tinggi
Tabiat mampu mengubah segala, ubah tabiat, jiwa akan selamat
Yakinlah wahai diri, setiap manusia itu dicipta bukan sia-sia tujuannya
Ada matlamat, ada visi dan misi
Menjadi khalifah di atas bumi ini

Aku perlu menangis
Memikirkan setiap masa yang diluangkan, belanja yang disalurkan
Dan tenaga yang dibazirkan ntah ke mana..
Lesap begitu sahaja..berapa tahun umur aku sekarang?
Tanpa pembaharuan IMAN, tanpa penghayatan ISLAM, tanpa penilaian IHSAN
Bagaimana mungkin aku dapat teruskan kehidupan ini
Mengisi kekosongan jiwa, yang menjadi fitrah semua makhluk

Wahai sepasang mata,
Menangislah sentiasa…
Menangis membersihkan hati
Menangis menghilangkan resah yang menyelubungi dalam diri
Menangis menyesali perbuatan, tindakan, tutur kata, pemikiran
Dan dosa-dosa lampau
Juga menangislah andai dirimu tidak mempu menangis
Menghadirkan rasa sebak dan sedih
Kerana kamu tidak tahu penghujung kisah hidupmu

Ya Allah Ya Sami’
Diriku hanyalah hamba kepadaMU
Hanya KAU yang mampu menggerakkan hati ini
Agendakan dan aturkanlah hidupku Ya Allah Ya Baari’
Agar aku dapat merasai ketenangan, kebahagiaan
Rasa kasih-sayangMU kepada hambaMU ini
Sesungguhnya, hanya keredhaanMU yang ku cari
Hanya cintaMU yang ku impi


Suriey
5 am
11/4/11   

Sunday, March 20, 2011

Perindu Cinta Abadi

     Sambungan dari posting Bicara Hati 4. Saya belum lagi menghabiskan buku tentang beliau. Novel Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi karangan Zahiruddin Zabidi ini saya jadikan sebagai guideline untuk saya menghayati kisah hidup ahli sufi muslimat yang saya sangat-sangat kagumi ini.

     Sumber internet memang banyak memperkatakan perihal tentang kekasih Allah ini tetapi saya sengaja mempelbagaikan method: sambil menunggu boleh bukak buku baca, sebelum tidur boleh menghayati dan sambil mendengar juga kadang-kadang boleh terjah baca buku tanpa menghadap laptop 24 jam.

     Adakah orang sepertinya di dunia ini? Wujudkah lagi? Jika ada alangkah beruntungnya wanita itu, 24 jam fikirannya, perilakunya, perbuatannya, gerak langkahnya, cetusan hati dan luahan kata-katanya hanyalah semata-mata kerana Kekasihnya tanpa sedikitpun perasaan yang boleh menggugat kecintaannya kepadaNya. Beruntungnya dia kerana Allah mengasihinya dan juga mencintainya. Mampukah kita?

     Yang pasti wanita sekarang semakin berani, ciri-ciri zaman jahiliyyah yang terdapat dahulu kini seakan-akan berlaku lagi malah lebih parah. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu. Mereka memahami tapi sengaja mencari alasan. Arus kemodenan, zaman cyber, globalisasi, liberalisme, hak asasi wanita antara hujah yang dinyatakan puak-puak yang mahukan kebebasan. Kebebasan untuk apa saya tidak tahu. Kebebasan sampai melanggar syariatkah yang mereka mahukan? Padahal Islam menyanjung tinggi kaum hawa, Islam memartabatkan wanita, mengapa masih jahiliyyah? Nauzubillah...

     "Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women" (Peluang sama rata mendapatkan pendidikan, latihan, sains dan teknologi: Jalan meraih kerjaya yang baik kepada wanita). Ini adalah tema bagi Hari Wanita Sedunia (8 Mac) 2011. Ianya hanyalah sebahagian dari keseluruhan aktiviti hidup seorang wanita. Semakin ramai wanita yang mempunyai kerjaya tinggi malah melebihi kaum lelaki. Golongan korporat wanita juga kita boleh lihat semakin mendominasi pada masa kini. Untuk apakah mereka kejar itu semua?

     Seperti kata-kata Nik Nasri Malek, Islam tidak menunggu Hari Wanita untuk berbicara tentang wanita. Al-Quran dan hadis banyak membicarakan wanita sepanjang masa. Surah an-Nisa’, an-Nur, at-Talaq dan lain-lain menggambarkan keprihatinan Islam terhadap martabat wanita. link

     Tempat yang paling baik dan mulia sebenarnya bagi wanita adalah berada di sisi suami. Kita semua tidak boleh nafikan. Perempuan yang paling mempesona adalah isteri yang solehah. Rasulullah SAW bersabda:
"Apa yang dicari seorang mukmin setelah bertaqwa kepada Allah tidak lebih baik dari seorang wanita yang soleh, apabila diperintah suami ia mentaati, apabila dipandang sangat menyenangkan, apabila disumpah ia melaksanakan dengan jujur, dan apabila ditinggal pergi ia menjaga dirinya dan harta suaminya" (HR Ibnu Majah dari Abu Umamah ra).
     Yang menjadi masalah sekarang wanita tidak segan silu mendedahkan aurat, memperagakan sesuatu yang penting (mahkota, perawan dsbnya) dari diri mereka semata-mata ingin mengejar kaum adam iaitu lelaki yang sama-sama jahil seperti mereka walhal diri mereka sepatutnya dijaga dengan penuh amanah oleh lelaki. Pakai tudung hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Yang tak pakai tudung berlambak-lambak lagi. Kemanakah lelaki-lelaki yang baik, yang soleh, yang mulia, yang boleh diharapkan oleh kaum hawa?

     Lelaki yang berpredikat lelaki yang terbaik adalah suami yang memuliakan isterinya. Suami yang selalu mengukirkan senyuman di wajah isterinya. Suami yang menjadi qawwam (pemimpin, pelindung) isterinya. Suami yang begitu teguh mencarikan nafkah halal untuk keluarga. Suami yang tak lelah berlemah lembut mengingatkan kesalahan isterinya. Suami yang menjadi seorang nakhoda kapal keluarga, mengharungi samudera agar selamat menuju tepian hakiki "Syurga". Dia memegang teguh firman Allah,
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..." (QS At-Tahrim:6) 
      Ke manakah destinasi kita setelah hidup di dunia selepas ini kalau bukan menuju ke alam akhirat yang abadi? Syurga adalah matlamat semua. Bagaimana kita boleh menyebut bahawa Syurga itu adalah matlamat kita kalau kita sendiri yang lalai, leka dan alpa? Firman Allah,
"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 152-153) 

Suriey: 21.03.11: 0800