Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Kemampuan Kita Tiada Titik Noktah

Testing testing 1 2 3. 

Lama sangat-sangat tak update blog ni. Penuh sawang dah rasanya. Kesibukan dengan tugasan harian dan program mingguan. Maafkan daku wahai blog. -_-

Posting kali ni mahu selitkan sedikit perihal adik yang sempoi dan berjiwa pendidik (barangkali??) berkenaan dengan catatan beliau yang sempat ditaipkan sebelum saya memulakan tugas sebagai seorang 'teacher' di THI tahun lepas. 

Oleh kerana adik saya pada masa itu bakal mendaftarkan diri semester pertama di UTM, maka segala kerja-kerja di THI diambil alih oleh saya yang bermula mengajar dengan 'zero knowledge' berkenaan cara mengajar dan psikologi budak-budak. Kebetulan pada masa itu saya baru menghabiskan pengajian degree. Banyak yang saya dapat belajar daripada dia dan saya percaya apa yang dicatatkan itu still berguna lagi untuk kemudahan pada masa yang akan datang. 

Saya copy & paste terus catatan tersebut di sini. Semoga ianya dapat memberi manfaat & perspektif baru buat kita semua.

In shaa Allah.

Yan: What i have 2 do every day...???

Wednesday, July 11, 2012

Pengakhiran yang Tak Pasti


Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim
Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim
Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim Astaghfirullahaladzhim

Diriku mengeluh.

Mengeluh dengan pernyataan yang tiba-tiba berkocak dalam pemikiran.

“Ya Allah, kehidupan ini amat sukar. Amal ibadatku rasakan tak cukup untuk menampung setiap kelalaian yang aku buat setiap hari. Istiqamahku pada solat sunat semakin luruh. Aku tak mampu bangun malam untuk mengadu dan bermunajat padaMu. Puasa sunat yang kulakukan adalah semata-mata kerana keadaan yang memaksa tanpa ada penghayatan. Hubunganku dengan manusia semakin hari semakin pudar keakrabannya”


284



Andai perjuangan itu mudah pasti Islam sudah tertegak di atas bumi ini berkurun lama.

Andai menentang kezaliman dan menuntut keadilan itu senang dicapai pasti hari ini umat Islam sudah hidup bahagia menikmati anugerah dan limpahan rezeki yang sangat luas mengikut syariat Allah tanpa ada penindasan, penyelewengan dan 1001 kisah pemimpin yang tidak amanah.


Friday, April 13, 2012

Ujian Itu TARBIYYAH Diri



Malam masih panjang. 

Saya berfikir. Lama saya merenung skrin laptop. Sambil itu jari-jemari saya ligat menari-nari atas papan kekunci. Mencari idea untuk menulis malam ni. Kosong. Saya ingin menulis!

Kemudian cerita itu datang lagi. Lama saya ingin bercerita berkenaan kisah itu di sini. Semestinya untuk muhasabah saya kembali. Sekali lagi fikiran saya diperah untuk mengimbau kembali kisah itu. Ianya berkaitan satu peristiwa yang selalu buat saya muhasabah diri sebagai hamba Allah yang selalu terlupa, lalai dan rasa ‘hebat’ padahal diri ini sememangnya banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki hari demi hari.

Monday, February 13, 2012

Mural THI


Pagi itu Bisya menemani saya menyelesaikan kerja-kerja melukis & mengecat mural di tadika. (Bisya, 5 tahun, petah berkata-kata, sangat suka bertanya)

Bisya : Teacher Suri lukis apa tu?

Teacher Suri : Oo…ni ke?(sambil tunjukkan padanya lukisan penuh). Teacher lukis pokok. Cantik tak pokok yang teacher lukis ni?

Bisya : Cantik…cantik sangat. Teacher pandai lukis ke?

Teacher Suri : (Budak ni…perli nampak). Teacher tak pandai lukis pun tapi Alhamdulillah Allah bagi tangan kat teacher ni bakat untuk melukis.

Bisya : Ooo…habis tu awan, pelangi, bees ni sume teacher yang lukis ke?

Teacher Suri : Teacher lukis & teacher yang lain pun ada tolong jugak untuk cat lukisan. (sambil tu tangan berjalan menyudahkan kerja)

Bisya : Tapi kan teacher…

Teacher Suri : Tapi apa?

Bisya : Lukisan Allah laaagiii cantik kan teacher? Allah lukis pokok hidup, awan, matahari, burung-burung…semuanya cantik-cantik.

Teacher Suri : (Senyum bahagia)


Trademark THI : Allah is with me, Allah is watching me, Allah is witnessing me.

Mushrooms yang comel...^_^

Bilik sains (Welcome to the marine world)

Bilik math. (tak sangka dapat siapkan dalam masa 1 hari)

Ikrar yang dihafal.

Mata si monkey tu berkaca-kaca. Suka tengok..huhu

Belajar kerana Allah. That's sooo TRUE

Hasil yang sangat memuaskan. Alhamdulillah.


Sudut BM

Bahasa Arab & Jawi section

(SubhanaAllah. Anak sekecil ini sudah mampu untuk berfikir dan memerhati kejadian alam ciptaan Allah Yang Maha Hebat. Jika betul cara didikan dan asuhan anak-anak kecil, mereka mampu untuk menjadi anak yang soleh/solehah yang bisa membahagiakan ibu dan bapanya. ^_^ )



Syam_Suri

Thursday, December 22, 2011

BEST FRIEND until JANNAH

5 tahun. Selama itulah saya belajar di sekolah berasrama penuh, 1 tahun di kolej matrikulasi dan 4 tahun di universiti tempatan. Kira-kira 10 tahun jugaklah saya menghabiskan sisa-sisa hidup bersama mereka: kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat. Hampir separuh daripada usia saya sekarang.

 Bertemu, berpisah, menjalin ukhwah persahabatan, suka-duka menjalani kehidupan sebagai pelajar asrama, siswi kolej kediaman, kakak, senior, junior, pelbagai jolokan nama, panggilan, ejekan dan gurauan saya terima. Sememangnya itu adalah lumrah bagi yang bergelar insan.

Kotak memori merakamkan pelbagai gelagat keanak-anakan sepanjang tempoh saya bersama mereka. Pengalaman mengajar erti kemanisan dalam hidup. Kehidupan dalam kampus mengajar perjuangan sebenar. Dari situ kekuatan baru muncul, dan saya tidak keseorangan.

Kita adalah seorang hamba…hamba yang setiap hari, saban waktu, setiap detik dan ketika mengalami perubahan.

Tuesday, January 11, 2011

Haluan Insan


Pengalaman yang paling menarik masa cuti sem baru-baru ni. 3M: Menjaga, Mendidik dan Mengasuh baby dan budak-budak di TASKA Haluan Insan, Bangi. 

“Teacher Suri” panggilan sweet yang diterima daripada anak-anak kecil tu. Ahmad mmar, Adam Haras, Ali Imran, Aisyah, Auni, BIsha, Humaira, Abdul Rauf, Fahim Amzar, Adnin, Balqis, Akif, Nabil, Kakak, Nadia….^^

Pelbagai kerenah dan ragam. Kadang-kadang pening kepala dibuatnya. Tak menang tangan kalau nak layan satu persatu perangai masing-masing. Tapi, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang sebulan berkhidmat dengan Makcik Liza dan Makcik Sariah. 

Yang pastinya anak-anak kecil itu banyak cakap dan kadang-kadang persoalan yang mereka ajukan membuatkan kita terdiam seketika. Ammar, anak murid yang sentiasa menjadi perhatian. Comel dan manja. Senang didampingi. Satu hari dia bertanya:

“Teacher Suri, syaitan tu lembik ke?”

Mula-mula terkejut. Ambil masa seketika sebelum menjawab.

“Syaitan tu ada kat mana-mana. Tepi kita, belakang, depan belakang…syaitan tu jahat…Ammar tau kan. Keje dia menghasut manusia je..sebab tu jangan ikut hasutan syai…..”

“tan….”. Ammar menyambung ayat.

Kebiasaan yang dibuat oleh cikgu-cikgu untuk tengok respon murid-murid. Teacher Suri tersenyum…tak menjawab soalan budak tu rasanya. Berfikir seketika…macammane dia boleh ajukan soalan tu. Bila fikir-fikir balik, budak-budak ni suka tengok CD judul syaitan. Sketsa pendek mengenai syaitan serta doa-doa untuk melindungi diri daripda syaitan. Mungkin dia pelik syaitan tu boleh masuk ikut telinga, jadi lembik macam awan…huhu

Begitulah…fenomena biasa yang diterima. Banyak soalan-soalan yang pelik diterima setiap hari. Rutin harian:

7.00 pagi : Sambut anak-anak di pintu pagar.
9.30 pagi : Makan pagi
12.30 tengahari : Makan tengahari
1.00 : Bersiap untuk tidur
4.30 : Minum petang
5.30 : Parents mula jemput anak-anak.

Kalau baby..2 kali tidur: pagi dan tengahari. Susu kena bagi 3 kali: pagi, tengahari dan petang. Rumit juga untuk tidurkan baby. Paling suka mandikan baby-baby tu sebab baby-baby suka main air. Banyak bende baru yang dapat belajar. Alhamdulillah..

Simple je keje tapi perlukan kudrat yang besar untuk sentisa perhatikan dan melayan mereka. Kalau yang tak biasa dengan budak-budak agak susah untuk handle terutama baby.

Jom, tengok gambar-gambar gelagat anak-anak saya...^_^:

Ammar yang comel dan manja

Adam dengan robot. Kreatif budak ini..

Auni yang pendiam. Jarang dengar dia bercakap. Diam-diam ubi berisi. Banyak gunakan tindakan dari bercakap.

Bisya. Budak ini kuat bercakap. Celoteh tak berhenti-henti.

Y for Teacher Yan but....kenapa Y tu senget??

Aisyah solehah. Akk kepada Ammar. Bijak orangnya.

Damia, Humaira, Ammar, Adam, Ali Imran, Aisyah. Sayang semua...^^

Clean in place. Budak-budak ni pandai kemas balik lepas main, kalau tak Teacher Yan marah.

S for Teacher Suri...^^









Tuesday, November 23, 2010

Ukhti Sayang...Menangislah...


Salam. Sham, mana satu patut akak pegang,

"Senyumlah walaupun dalam kesusahan, kerana ia dapat menyenangkan org ramai, w/pun ht kte pdih.."

"Skiranya xmampu tersenyum, jangan paksa diri kita tersenyum..tidak mengapa sekali sekala menzahirkan kelukaan pd diri"

"Senyumlah ketika bersama manusia, dan menangislah dihadapan ALLAH ketika merayu2..nescaya akan kau temui suatu kekuatan dlm diri"

akak pn x pasti mcm mne..
 tp, kalau bebanan 2 berat pd kite, xde masalah nk citerkan pd shbt2 kite..
 dan percayalah, air mata itu penawar, bukan ketawa..
 ok dear..

     Syukran ya ukhti sbb da bagi kata-kata yang boleh mengubtkn hati yang lara dulu (ehem2). Saya masih simpan lg kte2 yang ukhti bg lame dulu. Ringkas tp penuh pengertian. Kata-kata yang pendek tapi boleh buatkn otak memikir beribu2 persoalan dan jawapan yang pelbagai. Saya bkn nak fokuskan pada diri saya tapi sekadar nak sharing tentang “mengapa mesti menangis?” Mungkin ramai yang pelik bila dengar soalan ini. Manusia kalau tak menangis ertinya? Tak normal lah tu. Tp ade ke orang yang tak menangis dalam dunia ni? Mungkin 1 dalam sejuta barangkali…but...impossible...[fakta dalam sains: Kita bila dah keluar dari rahim ibu automatik akan menangis sebgai petanda kita bernyawa...betul kan?]

    Teringat  waktu zaman dulu-dulu. Zmn remaja, budak2 sekolah dulu, saya sering kuatkan, tabahkan hati spy tak nangis bila ade masalah..sebab nak jdkn diri ni seorang yang tabah, tak mudah kecil hati (kononnye) tapi tanggapan itu salah. Semakin dipendam rasa hati, semakin kuat hati meronta-ronta mintak perhatian. Mungkin juga mase tu pergantungan diri pada Allah tidak kuat, kawan-kawan pun takde yang ambil berat..nafsi-nafsi (sendiri-sendiri, engkau-engkau, aku-aku). Dugaan mase dulu tak lah sehebat mana pun. Sekadar yang ringan-ringan je (hal sekolah, kawan2, dormmate, stady, exam…)

    Pelik bila melihat sahabat menangis bila menonton drama dalam tv, bertambah pelik bila ade juga sahabat yang menangis bila mendengar lagu. Sampaikan saya sendiri pelik kenapa kawan2 yang lain menangis smpi bengkak2 mata. (dahsyat, jgn tak percaya, ada je yg spesies cmtu). Hakikatnya memang begini…orang yang kurang menangis maknenye hati dia keras….sombong nak mengadu nasib pada Tuhan.

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


مَا مِنْ شَيْئٍ إِلاَّ وَ لَهُ كَيْلٌ أَوْ وَزْنٌ إِلاَّ
الدُّمُوْعَ، فَإِنَّ الْقَطْرَةَ مِنْهَا تُطْفِئُ بِحَارًا مِنْ
نَارٍ


Imam Ja’far ash-Shâdiq as berkata, “Segala sesuatu (di dunia ini) pasti memiliki timbangan dan takaran kecuali air mata, karana satu titis darinya dapat memadamkan lautan api”.(Bihârul Anwâr, jilid 93, hal.
331, Hadis No.14)

Setiap orang yang hidup di dunia ini pasti pernah menangis. Bahkan,petanda bahwa seorang bayi yang baru lahir itu hidup adalah tangisannya setelah ia keluar dari perut ibunya.Oleh karena itu, orang-orang yang menangani kelahiran seorang bayi ketika tidak mendengarkan tangisannya,mereka akan merasa khawatir akan hidupnya.

Orang-orang yang menangis itu pun memiliki faktor yang beraneka ragam.Kadang-kadang faktor pendorongnya untuk menangis adalah kehilanganharta, putranya meninggal dunia,penyesalan atas dosa-dosa yang pernahdilakukannya, dan sekeranjang factor lain yang mungkin dimiliki olehseseorang.

Jika kita merujuk kepada hadis-hadis ma’shûmîn as, kita akan dapati bahwa menangis memiliki efek-efek positif yang dapat bermanfaat bagi diri manusia. Di antaranya, menangis dapat melunakkan hati. Dalam hadis di atas,Imam Shâdiq as menegaskan bahwa setitis air mata dapat memadamkan lautan api. Tentunya, tidak semua tangisan dapat memiliki efek seperti itu. Tangisan yang dapat memadamkan
lautan api itu adalah tangisan yang muncul dari rasa penyesalan terhadap dosa yang pernah dilakukan oleh seseorang. Tangisan seperti inilah yang dapat memadamkan lautan api neraka yang dikobarkan oleh dosa-dosa seorang hamba. Atau tangisan yang didasari oleh rasa takut kepada Allah.

Dalam banyak hadis disebutkan bahwa menangis kerana takut kepada Allahdapat mencahayakan hati dan mencegah seseorang untuk melakukan dosa kembali. (Ghurarul Hikam, HikmahNo.2051). Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa seseorang yang menangis meskipun air matanya hanya satu titis sebesar kepala lalat dan ia menangis kerana takut kepada Allah, Ia akan mengamankannya dari kedahsyatan hari Kiamat. (Bihârul Anwâr, jilid 93,hal.334, Hadis No.25)

Semoga Allah selalu menjadikan mata kita menitiskan air mata kerana takut kepadanya. Amin!


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


 Just Nak Share..

kau datang pada ku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyum seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

oh..oh…oh..oh…

kau hanya diam seribu bahasa
hanya matamu yang cuba berbicara
bahawa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

korus:
cuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
derailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah…kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia ada di dunia

menangislah di bahuku
kau berikan kukepercayaan
bahawa laramu adalah haru biru ku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah..menangislah

Artist : Firdaus
Title : Menangislah Dibahuku