Showing posts with label Cebisan Kata. Show all posts
Showing posts with label Cebisan Kata. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Ahlan wa sahlan 2017

Selamat Tinggal 2016
Selamat Datang 2017

Moga-moga tahun baru ini mendatangkan seribu satu kebaikan dan rezeki buat keluarga kecil kami. InsyaAllah. Ummi pun kena bersedia mengharungi sebarang kemungkinan...kebaikan takkan datang tanpa ujian dan bentuk ujian itu pastinya berbeza-beza mengikut kemampuan kita.

Dan apa yang ummi yakin...kematian akan menjemput bila-bila masa tidak kira masa, tempat dan waktu. Bersediakah ummi? T_T

Memetik kata-kata dari ABAH atau cukup dikenali dalam blog/web Saifulislam.com:

Sesungguhnya taubat dan kesedaran kita hanya di satu peringkat kehidupan.
Kita masih berjuang mengejar Husn al-Khatimah.
Bersederhanalah dalam membina harapan.
Agar kecewa dan keluh kesah tidak menjadi bahasa harian.
Banyakkan berdoa, banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi.
Bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.

Ummi kira-kira sesuai rasanya kalau ummi jadikan kata-kata ini sebagai azam untuk tahun ini (2017). Maksudnya sebagai penguat kepada azam 2017 yang sudah pun ummi hantar kepada walid semalam masa on the way balik Johor dari N9. Ummi hantar melalui whatsapp. Tak sesuai untuk dipublish di sini. huhu. Semoga Allah permudahkan ummi untuk capai azam tersebut :). Aminn.

Mengenangkan apa yang ummi dah buat selama ini....tanggungjawab, amanah, dosa, dan perkara-perkara yang ummi pendamkan....pendam sebab ingat diri kuat menahan rasa sorang-sorang. Akhirnya air mata ummi tertumpah jua seusai solat Asar tadi. Tak tertahan. Sudah lama ummi tak menangis merintih, mengadu kepadaNya. Ummi silap. Ummi sombong. Ummi angkuh sangat. Ummi biarkan tanpa mengadu kepada sesiapa.

Sesungguhnya Allah sebaik-baik tempat mengadu

Moga apa yang ummi catatkan disini dapat membantu ummi untuk muhasabah kembali bila-bila hati ini perlukan motivasi dan seterusnya pengubat kepada kekosongan diri. Sebaik-baik perancang hanyalah Allah SWT. Move on & keep istiqamah :)

#catatansuri
#catatsupayataklupa

Thursday, November 14, 2013

Tafsiran manusia



Dia tersenyum..

“Aih, takde apa-apa pun boleh tersenyum? Buang tebiat ke apa?”

Dia tersenyum lagi memandang langit..

Memandangnya menambahkan lagi pening.

“Gila...” Getus dalam hati sambil menjeling memandang si dia yang tersenyum sejak dari tadi.

Kelihatan sebuah buku disampingnya tertera gambar Irma Hasmie sebagai cover page depan berjudul S.M.I.L.E. Dalam sekelip mata sahaja hati mula menyebut ringkas kisah hidup Irma Hasmie, seorang pelakon yang popular dengan beberapa filem dan drama tempatan. Difahamkan dan menurut kenyataan beberapa orang sahabat, beliau semakin terkenal selepas penghijrahannya menjadi muslimah yang lebih baik dengan lengkap bertudung dan berbusana muslimah anggun bersyariat. Pernah mengalami beberapa ujian dalam hidup dan akhirnya sekarang beliau sedang berbahagia bersama anak dan suami tersayang.  

"Baiti Jannati."

“Ok..patutla senyum semacam.” :)

Tafsiran Manusia

Ya. Tafsiran manusia selalu tidak betul. Jarang yang tepat. Kadang-kadang tersasar jauh dari tempat yang sepatutnya ia berada. Kenapa?

Sebab manusia itu sering bersangka-sangka.

Manusia lebih bertumpu kepada sangkaan buruk berbanding sangkaan yang baik apabila dilanda sesuatu musibah dan ujian.

Kita memegang pada hadith qudsi iaitu:

“Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu”

Manusia itu bergantung kepada apa yang difikirkan.

Saya share daripada fb IM Ashraff:

Tidak sama antara orang yg tak sempat jumpa isteri, anak terpaksa menangis krn ditinggalkan, waktu tidur terhad 2-3jam, lebih byk tidur dlm kereta, keluar awal pagi, pulang jam 2-3pagi, jiran hanya sempat dilambai tgn, kalau minum di restoran pun, minum sambil meeting, menerima panggilan telefon aduan, soalan, luahan, masa lebih byk brsama masyarakat berbanding family..tak termasuk kritikan yg sentiasa mendatang...inilah kehidupan YB, Menteri, Alim Ulamak, Imam, Aktivis, Mujahidin, Public Figure, pendakwah dsbg...

Berbanding org yg hanya duduk di depan FB, Twitter lalu memberikan pandangan, melontarkan pujian, menasihat, beri teguran, kritikan, malah ada jg cemuhan dan cacian. Ada yg memberi semangat dan motivasi..ada jg yg selalu memberi smgt utk bersabar lalu dibawa contoh kisah Nabi yg lebih teruk diuji..

Dua kelompok ini berbeza...namun kedua2 kelompok ini saling memerlukan..yg melaksanakan dan yg mencadangkan perlu utk mewarnai dunia serta saling melengkapi..Cuma kedua2 ini perlu ada nilai ikhlas dan bertindak atas asas kasih dan sayang krn Allah...insyaAllah, agama terus mekar..

Inilah yg dipanggil bezanya antara 'REALIS' dan 'IDEALIS'.. IM Asyraff


Apa yang kita fikirkan sekarang mempengaruhi apa yang akan kita lakukan selepas ini. Mulakan berfikir untuk buat sesuatu yang bermanfaat dan memberikan kebaikan kepada semua. Hanya dengan izin dan kekuatan dariNya, insyaAllah kita dapat manfaat dari perbuatan yang kita lakukan tersebut.
 

Tuesday, October 1, 2013

Jodoh itu milik kita





Pernah suatu ketika….saya bertanya apa kelemahannya. Sebab saya tak dapat detect apa kelemahannya. Pelbagai monolog bertandang dalam kotak minda:

“Dia ada banyak kelebihan sedangkan aku?”
“Lemahnya aku ni..”
“Antara aku dan dia, banyak perbezaan yang tak dapat disangkal”
“Mungkin bukan jodoh”
“Semoga dirinya bertemu dengan pasangan yang terbaik dengan izinNya”

Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Pandangan hati yg bersih itu lebih tajam dari pandangan mata lahir. Tak ada sesuatu yang Allah tentukan secara main-main dan sia-sia...carilah hikmahnya dengan mata hati...kerana keajaiban hati menembus tabir perintang antara Allah dan hambaNya.

"Aku gelisah hidup tanpa cintaNya..aku juga meyakini sahabat-sahabatku turut gelisah tanpa cintaNya..."

".....aku mengasihi insan lain seperti diriku.. kerana itu meskipun cintaku padaMu tidak sehebat mana, aku tetap mahu mengajak insan lain mencintaiMu Ya Allah.. kerana aku berharap dengan curahan kasihku pada insan biasa, Allah akan memberi balasan dengan mencintai aku.. hanya cintaNya yang aku dambakan...Ya Allah.. aku tak berdaya tanpaMu.. hanya Engkau satu-satunya pergantunganku.. peliharalah aku dan sahabat-sahabatku agar setiap detik dalam redhaMu.."


Sunday, May 19, 2013

Sejenak tentang Jodoh & Perkahwinan

Jodoh bukanlah matlamat. Ia cuma alat untuk lebih dekat denganNya. Tika ini, jika jodoh belum kesampaian, jangan jadikannya penghalang untuk tetap mencapai matlamat kita menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Hanya cintaNya tidak mengecewakan.” (dipetik dari Blog Sebarkan Bahagia – Ustazah Fatimah Syarha)

Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia cuma alat untuk lebih mudah mendapat cintaNya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan atau tidak, ia tidak dapat menghalang seseorang untuk mendapatkan cinta Allah. Dialah sebenar-benarnya hakikat cinta!” (dipetik dari Segmen Remaja : Majalah Solusi Edisi 36 – Ustazah Fatimah Syarha)

Wednesday, July 11, 2012

284



Andai perjuangan itu mudah pasti Islam sudah tertegak di atas bumi ini berkurun lama.

Andai menentang kezaliman dan menuntut keadilan itu senang dicapai pasti hari ini umat Islam sudah hidup bahagia menikmati anugerah dan limpahan rezeki yang sangat luas mengikut syariat Allah tanpa ada penindasan, penyelewengan dan 1001 kisah pemimpin yang tidak amanah.


Tuesday, January 24, 2012

Seputih Kalbu

"Kita yang dilahirkan dengan seputih kalbu, semakin dewasa semakin ia tercorak…kini mungkin ada yang berwarna hitam, kelabu dan sebagainya…tetapi adalah mustahil untuk kita semua kekal seperti dulu…terhijab daripada sebarang dosa…didikan ibu bapa menjadi asas dan tetapi kita juga menggariskannya."

Syam_Suri