Showing posts with label Catatan. Show all posts
Showing posts with label Catatan. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Tafsiran manusia



Dia tersenyum..

“Aih, takde apa-apa pun boleh tersenyum? Buang tebiat ke apa?”

Dia tersenyum lagi memandang langit..

Memandangnya menambahkan lagi pening.

“Gila...” Getus dalam hati sambil menjeling memandang si dia yang tersenyum sejak dari tadi.

Kelihatan sebuah buku disampingnya tertera gambar Irma Hasmie sebagai cover page depan berjudul S.M.I.L.E. Dalam sekelip mata sahaja hati mula menyebut ringkas kisah hidup Irma Hasmie, seorang pelakon yang popular dengan beberapa filem dan drama tempatan. Difahamkan dan menurut kenyataan beberapa orang sahabat, beliau semakin terkenal selepas penghijrahannya menjadi muslimah yang lebih baik dengan lengkap bertudung dan berbusana muslimah anggun bersyariat. Pernah mengalami beberapa ujian dalam hidup dan akhirnya sekarang beliau sedang berbahagia bersama anak dan suami tersayang.  

"Baiti Jannati."

“Ok..patutla senyum semacam.” :)

Tafsiran Manusia

Ya. Tafsiran manusia selalu tidak betul. Jarang yang tepat. Kadang-kadang tersasar jauh dari tempat yang sepatutnya ia berada. Kenapa?

Sebab manusia itu sering bersangka-sangka.

Manusia lebih bertumpu kepada sangkaan buruk berbanding sangkaan yang baik apabila dilanda sesuatu musibah dan ujian.

Kita memegang pada hadith qudsi iaitu:

“Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu”

Manusia itu bergantung kepada apa yang difikirkan.

Saya share daripada fb IM Ashraff:

Tidak sama antara orang yg tak sempat jumpa isteri, anak terpaksa menangis krn ditinggalkan, waktu tidur terhad 2-3jam, lebih byk tidur dlm kereta, keluar awal pagi, pulang jam 2-3pagi, jiran hanya sempat dilambai tgn, kalau minum di restoran pun, minum sambil meeting, menerima panggilan telefon aduan, soalan, luahan, masa lebih byk brsama masyarakat berbanding family..tak termasuk kritikan yg sentiasa mendatang...inilah kehidupan YB, Menteri, Alim Ulamak, Imam, Aktivis, Mujahidin, Public Figure, pendakwah dsbg...

Berbanding org yg hanya duduk di depan FB, Twitter lalu memberikan pandangan, melontarkan pujian, menasihat, beri teguran, kritikan, malah ada jg cemuhan dan cacian. Ada yg memberi semangat dan motivasi..ada jg yg selalu memberi smgt utk bersabar lalu dibawa contoh kisah Nabi yg lebih teruk diuji..

Dua kelompok ini berbeza...namun kedua2 kelompok ini saling memerlukan..yg melaksanakan dan yg mencadangkan perlu utk mewarnai dunia serta saling melengkapi..Cuma kedua2 ini perlu ada nilai ikhlas dan bertindak atas asas kasih dan sayang krn Allah...insyaAllah, agama terus mekar..

Inilah yg dipanggil bezanya antara 'REALIS' dan 'IDEALIS'.. IM Asyraff


Apa yang kita fikirkan sekarang mempengaruhi apa yang akan kita lakukan selepas ini. Mulakan berfikir untuk buat sesuatu yang bermanfaat dan memberikan kebaikan kepada semua. Hanya dengan izin dan kekuatan dariNya, insyaAllah kita dapat manfaat dari perbuatan yang kita lakukan tersebut.
 

Tuesday, November 5, 2013

Iman & Taqwa: Apa bezanya?

Bulan Oktober sudah pun berlalu...sementara bulan November sedang beransur-ansur berjalan meninggalkan kita sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya. Beruntunglah bagi mereka yang sedar bahawa masa ibarat sebuah kehidupan yang mana setiap saat yang ada itu sangat berharga untuk berbuat amalan-amalan soleh yang bakal menjadi timbangan pada hari pembalasan kelak.

Buat mereka yang tidak sedar atau sengaja berbuat tidak sedar: ingatlah bahawa peluang masih ada untuk kita memperbaiki ibadat dan amalan-amalan baik yang telah disyariatkan. Perlunya kita sedar bahawa masa yang ada ini sangatlah limited, terhad dan pendek sebabnya bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat nyawa yang ada sekarang. Nauzubillahi min zalik ("Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Iman dan Taqwa. Apa bezanya?

Hari yang indah senyuman pertama :)

Baru pukul 11 pagi. Kesejukan duduk dalam makmal mula terasa. *ignorekan sahaja rasa sejuk*. Mata menghadap ke arah skrin laptop. Sambil-sambil buat kerja writing tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran. Lalu, laman youtube diklik. Jari-jari ligat menaip dalam search box. 

Kita laungkan Allahuakbar Allah Maha Besar.
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah...

Lagu telah terpasang tapi sayangnya headphone tiada bersama. Jadi, volume suara terpaksa dikurangkan agar tidak mengganggu suasana persekitaran. Mungkin tak nak ganggu mereka yang sedang fokus dan khusyuk dengan kerja masing-masing. Lirik 'Seiring Sehaluan' nyanyian nasyid daripada kumpulan UNIC itu direnung dalam-dalam hingga ke akhirnya. Nasyid ini sebenarnya adalah favourite kami berdua. (baca: saya dan suami tersayang. ^^)

Ok...kembali kepada tajuk asal.

Monday, November 4, 2013

Kadang2 kita bersemangat, Kadang2 kita mati semangat.



Ujian dunia: kadang kala kita bersemangat, kadang kala kita mati semangat. 

Ada masa kita sangat rajin mengupdate isu-isu semasa, berukhwah dengan sahabat-sahabat di alam maya, bersenda gurau dengan keluarga dan sanak saudara, buat kerja yang ditugaskan dengan senang hatinya, membaca Al-Quran bersama terjemahannya, membuat amal-amal kebajikan tanpa peduli penat letih dan syoknya bekerja semata-mata untuk meraih redhaNya.

Jujur. Seronoknya dengan apa yang kita rasakan masa itu. Kita terasa dekat dengan Allah. Hubungan dengan Allah kita berjaya buktikan dengan tanda kita rasa senang hati dan bahagia membuat semua perkara itu. Hubungan dengan manusia juga begitu.

Tetapi, 

Ada masa juga kita pasti akan rasa lemah semangat. Tidak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana masa itu boleh merampas kembali saat masa-masa bahagia dalam diri kita. 

Semangat kita lemah ibarat dedaunan layu yang gugur dari dahan pohon. 

Anugerah tidak Ternilai: Fastabiqul khairat

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesuatu yang kita miliki sekarang bukan bererti ianya menjadi milik kita selamanya.

Sesuatu peristiwa yang pernah kita hadapi dan lalui pasti akan beransur-ansur berlalu pergi selari dengan perjalanan masa dan usia kita. Tidak kira betapa bahagia, sedih, gembira, terkilan, geram atau malunya peristiwa yang kita hadapi itu.

Dan selamanya kita perlu sentiasa ingat, sesuatu yang kita miliki itu hanyalah milik Allah yang pasti dan hakiki. 

"Dari Allah kita datang, kepadaNya tempat kita kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156)

Kita boleh ambil pengajaran daripada firman Allah di atas.
  1. Fastabiqul khairat. "Berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan....." (Al-Baqarah 2: 148) (Al-Maidah 5: 48) 
  2. Dunia hanyalah tempat persinggahan semata menuju alam Akhirat yang selama-lamanya kekal abadi.
  3. Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa dari sekarang. Bila waktu kematian itu menghampiri, kita sudah tiada masa lagi walau sesaat untuk bertaubat dan menyesali perbuatan masa lampau. Dan Allah telah memberi peringatan dalam Quran betapa rugi dan menyesalnya orang-orang kafir yang ingkar dan sombong dengan nikmat dan kemewahan yang diberikanNya sewaktu mereka di dunia. Mereka ditimpakan azab yang pedih akibat perbuatan mereka yang melampaui batas.

Tuesday, October 1, 2013

Jangan pernah berputus harapan dengan Allah



Saudariku,
Adik-adikku,
Sahabat-sahabat disayangi kerana Allah,

Jangan pernah berputus harapan dengan Allah…

Pada zaman Nabiullah Musa As, datanglah kepada Beliau seorang wanita untuk bertaubat kepada Allah atas semua kesalahan yang telah dia lakukan selama ini.

Wanita tersebut berkata: "Wahai Nabiullah, saya jauh-jauh datang kesini hanya untuk bertaubat kepada Allah, mohonkan Taubatku diterima oleh-Nya”. Nabi Musa AS, berkata: "Gerangan dosa apakah yang telah engkau perbuat, hingga engkau ingin bertaubat kepada Allah SWT?”. Wanita tersebut berkata kembali:” Aku telah berzina dengan seseorang dan telah melahirkan seorang bayi, karena rasa malu dan takut diketahui oleh orang lain, maka aku bunuh bayi terserbut”. 

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa sangatlah marah, lalu Beliau berkata:” Pergilah engkau, jangan kau bakar aku dengan api neraka yang diakibatkan oleh perbuatanmu itu!!”. Wanita tersebut menangis lalu berkata:” Wahai Nabi Allah, tidakkah aku dapat bertaubat kepada Allah, dan aku berjanji tidak akan mengulangi semuanya itu”. Nabi Musa AS, masih dalam keadaan marah mengusir wanita tersebut sambil berkata:” Dosamu terlalu besar dan tidak bisa dimaafkan”. Lalu pulanglah wanita tersebut sambil menangis. 

Tidak lama dari kejadian tersebut, datanglah Malaikat jibril kepada Nabi Musa AS. Jibril berkata:” Wahai Musa, Allah telah menegurmu, mengapa engkau tolak taubatnya wanita tersebut, padahal wanita tersebut telah benar-benar mengakui kesalahan dan menyesal atas semua kesalahannya itu, dia ingin kembali ke jalan yang benar, harusnya Engkau membimbingnya bukannya mengusirnya!!!”. 

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa berkata: "Dosa wanita tersebut terlalu besar wahai Jibril, dan Aku tidak yakin Allah akan mengampuni dosa tersebut”. Jibril berkata: "Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar taubat dari Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat, Bahkan dosa yang lebih besar dari itupun Allah pasti akan mengampuninya”. 

Berkata Nabi Musa AS: "Dosa apakah yang lebih besar daripada dosa wanita yang telah berzina dan membunuh anak dari hasil perzinahan tersebut, Ya Jibril???”. Jibril menjawab: "Seseorang yang meninggalkan Sholat dengan sengaja”. Mendengar itu semua Nabi Musa menangis dan dia menyesal atas kekeliruan yang telah Beliau lakukan kepada wanita yang benar-benar ingin bertaubat.

Sekali lagi saudariku, janganlah berputus harapan pada Allah, sesungguhnya Allah sangat menyayangi makhluknya..

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)
“Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian.” (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami’ Shagir – 5235)


Semoga Allah memberikan hidayahNya, membuka hati dan fikiran kita, menerima taubat kita dan menggolongkan kita kepada orang-orang yang di ampuni dosanya dan di terima segala amal kebajikan kita… 

Amiinn Ya Rabbal Alaminn...


Jodoh itu milik kita





Pernah suatu ketika….saya bertanya apa kelemahannya. Sebab saya tak dapat detect apa kelemahannya. Pelbagai monolog bertandang dalam kotak minda:

“Dia ada banyak kelebihan sedangkan aku?”
“Lemahnya aku ni..”
“Antara aku dan dia, banyak perbezaan yang tak dapat disangkal”
“Mungkin bukan jodoh”
“Semoga dirinya bertemu dengan pasangan yang terbaik dengan izinNya”

Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Pandangan hati yg bersih itu lebih tajam dari pandangan mata lahir. Tak ada sesuatu yang Allah tentukan secara main-main dan sia-sia...carilah hikmahnya dengan mata hati...kerana keajaiban hati menembus tabir perintang antara Allah dan hambaNya.

"Aku gelisah hidup tanpa cintaNya..aku juga meyakini sahabat-sahabatku turut gelisah tanpa cintaNya..."

".....aku mengasihi insan lain seperti diriku.. kerana itu meskipun cintaku padaMu tidak sehebat mana, aku tetap mahu mengajak insan lain mencintaiMu Ya Allah.. kerana aku berharap dengan curahan kasihku pada insan biasa, Allah akan memberi balasan dengan mencintai aku.. hanya cintaNya yang aku dambakan...Ya Allah.. aku tak berdaya tanpaMu.. hanya Engkau satu-satunya pergantunganku.. peliharalah aku dan sahabat-sahabatku agar setiap detik dalam redhaMu.."


Thursday, July 18, 2013

Tazkirah Ramadhan: Kisah Wanita Ahli Neraka



Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, indah dan dipenuhi dengan hari-hari penghayatan bagi insan yang ikhlas mencari redha Allah. Dalam bulan Ramadhan, kita dapat melengkapkan hampir semua rukun-rukun dalam Islam. Rukun Islam:

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Mengerjakan haji bagi yang berkuasa/mampu.

Hari ini genap lapan hari umat Islam menunaikan salah satu rukun Islam yang wajib: PUASA.

Sunday, July 7, 2013

Ihfazillah Yahfazka (Jagalah Allah, Allah Menjagamu)


Pernah atau tidak anda merasai perasaan seperti ini...
- Sambil-sambil buat kerja tiba-tiba hati serba tak kena, baru kita teringat yang hari itu kita langsung tak sentuh Quran, mathurat pun tak sempat sebab terkejar-kejar nak siapkan progress report yang due date nya tak lama lagi.
- Sedang menonton cerita best di kaca tv tiba-tiba blackout, kita tak solat Isya' lagi pada masa tu padahal waktu isya' dah lama masuk.
-Laptop buat hal lagi, rosak teruk kali ni. Diri kita mengeluh sebab tak dapat nak online fb, usha tweeter, tengok citer kat TONTON. Sebenarnya Allah nak beri kita peringatan yang selama ini ini kita duk berjam-jam depan laptop, kita sibuk fikirkan hal dunia. Betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk Allah dan menambah amalan buat bekalan di hari akhirat.
- Dalam seminggu, kita buat solat sunat Dhuha dan kita merasakan pekerjaan yang kita buat pada minggu tersebut dipermudahkan. Hati kita rasa lapang dan tenang.

Kita melihat orang lain bahagia, kita pun akan turut merasai bahagianya jika kita penuhi hak-hak sesama manusia.

Ihfazillah, Yahfazka (Jagalah Allah, Allah Menjagamu)


Tuesday, June 18, 2013

Tentang demam, air kelapa dan si dia


Demam Kaffarah Dosa

Bismillahirrahmanirrahim...

Cubaan sungguh bila dah terkena demam. Macam apa yang pendekar bujang lapok kata bila di suruh tok guru untuk bertapa di tepi perigi...~Coobaaannn~

Kepala pusing, sendi lenguh-lenguh, badan tak bermaya, tekak rasa tak sedap, mata berair dan jadi kuyu semacam adalah antara simptom-simptom orang demam dan saya mengalaminya sekarang.

Demam mengingatkan saya beberapa hadis. Antaranya:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dengan kesulitan..

Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yang disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) daripada kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah kerana engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yang ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yang disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosa nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur seperti gugurnya dedaun dari sepohon pokok..”

Sunday, May 26, 2013

"Terima Seadanya"



Suatu malam, si suami bertanya sesuatu kepada si isteri.

“Sayang, abang nak tanya sesuatu boleh? ”

“Ok..tanyalah” dalam fikiran si isteri tadi mulalah timbul soalan-soalan yang bakal ditanya. Mudah-mudahan jawapannya senang untuk dijawab.

“Sebutkan 5 perkara yang sayang tak suka daripada abang”

Saturday, May 18, 2013

Tukar Cara Kita Melihat Sesuatu


~Experience is the best teacher~

Catatan ini dibuat pada 15 Mac 2012. Saya baru menyedari catatan ini ketika meng’godak’ (istilah baru saya belajar daripada En.Zauj) draft catatan dalam folder laptop. Dengan penambahan sedikit point, akhirnya draft yang sekian lama tersimpan dapat dipublish di sini. Alhamdulillah.

15 Mac 2012
Khamis
5.30 petang

Salah satu pengalaman berharga bagi saya. Berapa kali tersalah naik komuter. Kali ni saya buat kesalahan yang memberi makna tersirat. ^_^

Tuesday, January 1, 2013

Esok Masih Ada


Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya 
Tetapi seringkali Allah menguji diri kita.
Ujian itu berbentuk kelemahan, *riak disebabkan kekuatan yang dimiliki, *hilangnya kesabaran, kepayahan, *lupusnya ketaatan, ketidakupayaan dsbnya. 

Kita pun rasa kecewa dan kita akan rasa harapan kita seolah-olah sudah hilang. T_T
Kita diuji lagi dengan rasa putus asa dan kekecewaan.

Wednesday, December 19, 2012

Kemampuan Kita Tiada Titik Noktah

Testing testing 1 2 3. 

Lama sangat-sangat tak update blog ni. Penuh sawang dah rasanya. Kesibukan dengan tugasan harian dan program mingguan. Maafkan daku wahai blog. -_-

Posting kali ni mahu selitkan sedikit perihal adik yang sempoi dan berjiwa pendidik (barangkali??) berkenaan dengan catatan beliau yang sempat ditaipkan sebelum saya memulakan tugas sebagai seorang 'teacher' di THI tahun lepas. 

Oleh kerana adik saya pada masa itu bakal mendaftarkan diri semester pertama di UTM, maka segala kerja-kerja di THI diambil alih oleh saya yang bermula mengajar dengan 'zero knowledge' berkenaan cara mengajar dan psikologi budak-budak. Kebetulan pada masa itu saya baru menghabiskan pengajian degree. Banyak yang saya dapat belajar daripada dia dan saya percaya apa yang dicatatkan itu still berguna lagi untuk kemudahan pada masa yang akan datang. 

Saya copy & paste terus catatan tersebut di sini. Semoga ianya dapat memberi manfaat & perspektif baru buat kita semua.

In shaa Allah.

Yan: What i have 2 do every day...???

Wednesday, October 31, 2012

Surat Sayang

Kepada, 
SayangKU...
 
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan
berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun
hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur
kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi
dalam hidupmu hari ini atau kemarin .......

Monday, October 15, 2012

Talk Dr Zakir Naik (catatan II)




Mendengar talk daripada Dr Zakir Naik malam tersebut, pelbagai persoalan dan harapan yang bermain-main dalam kotak minda. Semoga Allah mempermudahkan urusan di sepanjang perjalanan dakwah beliau. *Aaminn*. 

Kemudian pada keesokannya, pagi-pagi lagi saya sudah buat panggilan miss call ke 2 orang sahabat baik saya. Takut terlajak untuk bangun dan bersiap awal. Alhamdulillah, sekadar mengingatkan masing-masing dengan sebuah janji untuk ber’dating’ di pantai Teluk Cempedak. Sound macam *sweet* je kan. Heeee ~~v.

Tuesday, October 9, 2012

Alahai UMPku : Pembatalan kuliah UAI



Seminggu yang lepas heboh orang memperkatakan tentang UAI nak datang ke UMP. Mula-mula cadangan nak dibuat di depan dataran canselori. Alhamdulillah, saya dapat information tersebut daripada sahabat-sahabat yang sama-sama excited nak dengar kuliah UAI. Sahabat saya sanggup tukar hari mengajar tuisyen yang sepatutnya dibuat pada malam UAI bagi kuliah ke hari yang lain. *excitednya* dia.

Talk Dr Zakir Naik (catatan I)



Setelah meng'google' dan akhirnya copy info daripada Encik Wiki : Dr Zakir Naik is an Indian public speaker on the subject of Islam and comparative religion. He is the founder and president of the Islamic Research Foundation (IRF) and has held many debates and lectures around the world. Before becoming a public speaker, he trained as a doctor.  

Saya mengenali nama Dr Zakir Naik bermula tahun 2008/09 ketika penduduk dunia sedang hebat memperkatakan tentang terrorism. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bersama-sama sahabat-sahabat mendengar talk beliau secara live di Kuantan.  

Beberapa jam sebelum bergerak ke tempat prog: Dewan Jubli Perak.

[Dalam bilik lecturer FKKSA] Sebaik sahaja habis discussion berkenaan projek, supervisor berdialog dengan saya pagi tu;

Sunday, September 16, 2012

Jagalah Kata-kata & Setiap Gurauan!




Bila berhadapan dengan perkara yang kita rasa sangat tidak selesa berhadapan dengannya. Apa perlu buat?

Take it easy...Cool. Allah Maha Mengetahui. Bila kita rasa geram, sedih, marah...ingatlah semua perasaan itu tidak akan pergi ke mana sebaliknya akan berbalik kepada diri kita sendiri. Something wrong somewhere. Mula-mula mungkin kita tak dapat nak kawal perasaan itu sebab ianya hadir tanpa kita sedar. Itu adalah fitrah manusia. Kita ada perasaan yang kita sendiri tidak dapat sembunyikan daripada seseorang. Betul.

Sunday, September 9, 2012

Puasa 6: Yuk, kita habiskan!


Tinggal beberapa hari lagi Syawal akan melabuhkan dirinya meninggalkan kita semua. Perginya ia akan kembali lagi tetapi kita tak dapat jangka apakah kita akan bertemu dengannya semula? Wallahualam. Kita tidak tahu. Itu urusan Allah. Kita hanya perlu teruskan agenda di dunia dengan melaksanakan syariat yang telah ditetapkanNya dan menjauhi segala laranganNya. Al-Quran dan as-Sunnah jadikan asas utama dalam memandu bahtera kehidupan alam dunia.

Alhamdulillah. Segala pujian hanya bagi Allah. Dalam kenikmatan ganjaran puasa Ramadhan Allah beri lagi nikmat kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk menggandakan bekalan menuju akhirat iaitu puasa 6 hari pada bulan Syawal.

Setiap yang kita dapat/terima/dengar adalah ilmu. Bila kita beramal, kita perlu beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita. Sesungguhnya amal yang tiada ilmu adalah kosong.