Wednesday
02.04.14
13:53
Assalamualaikum wbt. Semoga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama-sama kita semua dalam menempuh kehidupan seharian. InsyaAllah.
Alhamdulillah, Allah bukakan hati penulis untuk mengupdate sesuatu dalam blog ini setelah lebih kurang lima bulan ia sunyi tanpa kata-kata, muhasabah diri, tazkirah, pengajaran atau iktibar daripada setiap peristiwa atau apa yang berlaku pada diri penulis dalam menjalani rutin harian sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Pagi tadi sebelum Subuh, sempat penulis bermuhasabah pada diri sendiri. Muhasabah perlu disertakan dengan mujahadah yang tinggi agar tidak terus leka, lalai dan alpa lalu cenderung untuk membiarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa pembaikan yang sepatutnya. Tetapi seringkali, itulah yang terjadi. Banyak bermuhasabah tapi penyelesaian dan kekuatan untuk mengatasinya begitu rendah sekali. T_T
Astaghfirullahaladzim...Ya Allah, ampunilah manusia pendosa yang lemah dan hina ini. T_T. Berikanlah hambaMu ini kekuatan dan semangat untuk kembali menulis untuk memperbaiki kelemahan diri, meningkatkan kekuatan diri serta berkongsi sedikit ilmuMu yang sangat luas agar diri ini dan pembaca-pembaca yang menjenguk dapat mengambil sedikit manfaat daripada apa yang ditulis.
Berikanlah ilham dan idea ke dalam fikiran ini agar dapat diterjemahkan ke dalam pena. Permudahkanlah penulis menulis Ya Allah...
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...
Tuesday, April 1, 2014
Thursday, November 14, 2013
Tafsiran manusia
Dia tersenyum..
“Aih, takde
apa-apa pun boleh tersenyum? Buang tebiat ke apa?”
Dia tersenyum
lagi memandang langit..
Memandangnya
menambahkan lagi pening.
“Gila...” Getus
dalam hati sambil menjeling memandang si dia yang tersenyum sejak dari tadi.
Kelihatan sebuah
buku disampingnya tertera gambar Irma Hasmie sebagai cover page depan berjudul S.M.I.L.E. Dalam sekelip mata sahaja hati
mula menyebut ringkas kisah hidup Irma Hasmie, seorang pelakon yang popular
dengan beberapa filem dan drama tempatan. Difahamkan dan menurut kenyataan
beberapa orang sahabat, beliau semakin terkenal selepas penghijrahannya menjadi
muslimah yang lebih baik dengan lengkap bertudung dan berbusana muslimah anggun
bersyariat. Pernah mengalami beberapa ujian dalam hidup dan akhirnya sekarang
beliau sedang berbahagia bersama anak dan suami tersayang.
"Baiti Jannati."
“Ok..patutla
senyum semacam.” :)
Tafsiran Manusia
Ya. Tafsiran
manusia selalu tidak betul. Jarang yang tepat. Kadang-kadang tersasar jauh dari
tempat yang sepatutnya ia berada. Kenapa?
Sebab manusia
itu sering bersangka-sangka.
Manusia lebih
bertumpu kepada sangkaan buruk berbanding sangkaan yang baik apabila dilanda
sesuatu musibah dan ujian.
Kita memegang pada hadith qudsi iaitu:
“Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap
diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu”
Manusia itu bergantung kepada apa yang difikirkan.
Saya share daripada fb IM Ashraff:
Tidak sama antara orang yg tak sempat
jumpa isteri, anak terpaksa menangis krn ditinggalkan, waktu tidur terhad
2-3jam, lebih byk tidur dlm kereta, keluar awal pagi, pulang jam 2-3pagi, jiran
hanya sempat dilambai tgn, kalau minum di restoran pun, minum sambil meeting,
menerima panggilan telefon aduan, soalan, luahan, masa lebih byk brsama masyarakat
berbanding family..tak termasuk kritikan yg sentiasa mendatang...inilah
kehidupan YB, Menteri, Alim Ulamak, Imam, Aktivis, Mujahidin, Public Figure,
pendakwah dsbg...
Berbanding org yg hanya duduk di depan
FB, Twitter lalu memberikan pandangan, melontarkan pujian, menasihat, beri
teguran, kritikan, malah ada jg cemuhan dan cacian. Ada yg memberi semangat dan
motivasi..ada jg yg selalu memberi smgt utk bersabar lalu dibawa contoh kisah
Nabi yg lebih teruk diuji..
Dua kelompok ini berbeza...namun kedua2
kelompok ini saling memerlukan..yg melaksanakan dan yg mencadangkan perlu utk
mewarnai dunia serta saling melengkapi..Cuma kedua2 ini perlu ada nilai ikhlas
dan bertindak atas asas kasih dan sayang krn Allah...insyaAllah, agama terus
mekar..
Inilah yg dipanggil
bezanya antara 'REALIS' dan 'IDEALIS'.. IM Asyraff
Apa yang kita fikirkan sekarang mempengaruhi apa yang akan kita lakukan selepas ini. Mulakan berfikir untuk buat sesuatu yang bermanfaat dan memberikan kebaikan kepada semua. Hanya dengan izin dan kekuatan dariNya, insyaAllah kita dapat manfaat dari perbuatan yang kita lakukan tersebut.
Tuesday, November 5, 2013
Iman & Taqwa: Apa bezanya?
Bulan Oktober sudah pun berlalu...sementara bulan November sedang beransur-ansur berjalan meninggalkan kita sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya. Beruntunglah bagi mereka yang sedar bahawa masa ibarat sebuah kehidupan yang mana setiap saat yang ada itu sangat berharga untuk berbuat amalan-amalan soleh yang bakal menjadi timbangan pada hari pembalasan kelak.
Buat mereka yang tidak sedar atau sengaja berbuat tidak sedar: ingatlah bahawa peluang masih ada untuk kita memperbaiki ibadat dan amalan-amalan baik yang telah disyariatkan. Perlunya kita sedar bahawa masa yang ada ini sangatlah limited, terhad dan pendek sebabnya bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat nyawa yang ada sekarang. Nauzubillahi min zalik ("Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”
Iman dan Taqwa. Apa bezanya?

Labels:
Catatan,
Mendalam/Meaningful,
Tarbiyyah,
Tazkirah
Hari yang indah senyuman pertama :)
Baru pukul 11 pagi. Kesejukan duduk dalam makmal mula terasa. *ignorekan sahaja rasa sejuk*. Mata menghadap ke arah skrin laptop. Sambil-sambil buat kerja writing tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran. Lalu, laman youtube diklik. Jari-jari ligat menaip dalam search box.
Kita laungkan Allahuakbar Allah Maha Besar.
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah...
Lagu telah terpasang tapi sayangnya headphone tiada bersama. Jadi, volume suara terpaksa dikurangkan agar tidak mengganggu suasana persekitaran. Mungkin tak nak ganggu mereka yang sedang fokus dan khusyuk dengan kerja masing-masing. Lirik 'Seiring Sehaluan' nyanyian nasyid daripada kumpulan UNIC itu direnung dalam-dalam hingga ke akhirnya. Nasyid ini sebenarnya adalah favourite kami berdua. (baca: saya dan suami tersayang. ^^)
Ok...kembali kepada tajuk asal.

Bicara Hati,
Catatan,
Cetusan,
Diari Suri,
Mendalam/Meaningful
Monday, November 4, 2013
Kadang2 kita bersemangat, Kadang2 kita mati semangat.
Ujian dunia: kadang kala kita bersemangat, kadang kala kita mati semangat.
Ada masa kita sangat rajin mengupdate isu-isu semasa, berukhwah dengan sahabat-sahabat di alam maya, bersenda gurau dengan keluarga dan sanak saudara, buat kerja yang ditugaskan dengan senang hatinya, membaca Al-Quran bersama terjemahannya, membuat amal-amal kebajikan tanpa peduli penat letih dan syoknya bekerja semata-mata untuk meraih redhaNya.
Jujur. Seronoknya dengan apa yang kita rasakan masa itu. Kita terasa dekat dengan Allah. Hubungan dengan Allah kita berjaya buktikan dengan tanda kita rasa senang hati dan bahagia membuat semua perkara itu. Hubungan dengan manusia juga begitu.
Tetapi,
Ada masa juga kita pasti akan rasa lemah semangat. Tidak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana masa itu boleh merampas kembali saat masa-masa bahagia dalam diri kita.
Semangat kita lemah ibarat dedaunan layu yang gugur dari dahan pohon.
Anugerah tidak Ternilai: Fastabiqul khairat
Bismillahirrahmanirrahim..
Sesuatu yang kita miliki sekarang bukan bererti ianya menjadi milik kita selamanya.
Sesuatu peristiwa yang pernah kita hadapi dan lalui pasti akan beransur-ansur berlalu pergi selari dengan perjalanan masa dan usia kita. Tidak kira betapa bahagia, sedih, gembira, terkilan, geram atau malunya peristiwa yang kita hadapi itu.
Dan selamanya kita perlu sentiasa ingat, sesuatu yang kita miliki itu hanyalah milik Allah yang pasti dan hakiki.
"Dari Allah kita datang, kepadaNya tempat kita kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156)
Kita boleh ambil pengajaran daripada firman Allah di atas.

- Fastabiqul khairat. "Berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan....." (Al-Baqarah 2: 148) (Al-Maidah 5: 48)
- Dunia hanyalah tempat persinggahan semata menuju alam Akhirat yang selama-lamanya kekal abadi.
- Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa dari sekarang. Bila waktu kematian itu menghampiri, kita sudah tiada masa lagi walau sesaat untuk bertaubat dan menyesali perbuatan masa lampau. Dan Allah telah memberi peringatan dalam Quran betapa rugi dan menyesalnya orang-orang kafir yang ingkar dan sombong dengan nikmat dan kemewahan yang diberikanNya sewaktu mereka di dunia. Mereka ditimpakan azab yang pedih akibat perbuatan mereka yang melampaui batas.
Friday, November 1, 2013
Untukmu Para Wanita/Isteri
"PESANAN
UNTUK WANITA"
1. Jaga solat pada awal waktu.
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat,
kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.

Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk,
cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah
'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

''10 NASIHAT TUK ISTERI ''
1- Selalu menerima suami apa adanya..
1- Selalu menerima suami apa adanya..
2- Selalu mentaati perintah suami selama itu baik..
3- Sejak dini tanamkan pengetahuan agama pada anak2mu..
4- Hendaklah selalu berbau harum di depan suami..
5- Perhatikan suami ketika dia makan dan tidur..
6- Jangan menolak ajakan suami ketika bersetubuh..
7- Jangan berkata kasar di hadapannya..
8- Jangan menyebarkan rahsia suami..
9- Pandai-pandailah menjaga harta suami..
10- Dan pandai-pandailah menjaga rahsia keluarga..
Ingatlah Nasihat Ini.. Insya ALLAH dirimu akan selalu di sayang suami... Dan kelak akan mndapatkan hadiah Syurga dari Illahi...
Aamiin ya Rabbal'alamin..
![]() |
| (Surah An Nuur: 26) |
Subscribe to:
Posts (Atom)