Thursday, July 18, 2013

Tazkirah Ramadhan: Kisah Wanita Ahli Neraka



Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, indah dan dipenuhi dengan hari-hari penghayatan bagi insan yang ikhlas mencari redha Allah. Dalam bulan Ramadhan, kita dapat melengkapkan hampir semua rukun-rukun dalam Islam. Rukun Islam:

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Mengerjakan haji bagi yang berkuasa/mampu.

Hari ini genap lapan hari umat Islam menunaikan salah satu rukun Islam yang wajib: PUASA.

Sunday, July 7, 2013

Ihfazillah Yahfazka (Jagalah Allah, Allah Menjagamu)


Pernah atau tidak anda merasai perasaan seperti ini...
- Sambil-sambil buat kerja tiba-tiba hati serba tak kena, baru kita teringat yang hari itu kita langsung tak sentuh Quran, mathurat pun tak sempat sebab terkejar-kejar nak siapkan progress report yang due date nya tak lama lagi.
- Sedang menonton cerita best di kaca tv tiba-tiba blackout, kita tak solat Isya' lagi pada masa tu padahal waktu isya' dah lama masuk.
-Laptop buat hal lagi, rosak teruk kali ni. Diri kita mengeluh sebab tak dapat nak online fb, usha tweeter, tengok citer kat TONTON. Sebenarnya Allah nak beri kita peringatan yang selama ini ini kita duk berjam-jam depan laptop, kita sibuk fikirkan hal dunia. Betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk Allah dan menambah amalan buat bekalan di hari akhirat.
- Dalam seminggu, kita buat solat sunat Dhuha dan kita merasakan pekerjaan yang kita buat pada minggu tersebut dipermudahkan. Hati kita rasa lapang dan tenang.

Kita melihat orang lain bahagia, kita pun akan turut merasai bahagianya jika kita penuhi hak-hak sesama manusia.

Ihfazillah, Yahfazka (Jagalah Allah, Allah Menjagamu)


Thursday, June 20, 2013

Jaga Hati, Syurga Menanti



Bulatan Gembira

5.30 petang

Seperti biasa, bulatan gembira dihadiri oleh beberapa orang terdiri daripada sang pencinta ilmu yang tidak jemu dengan pengisian dan perkongsian ilmu bersama. Semoga Allah merahmati dan meredhai mereka semua yang saling berkumpul, bertanya khabar dan berbalas senyuman manis semata-mata keranaNya.

Giliran penyampai tazkirah pada petang itu diberi kepada Insyirah. Sebelum memulakan baris-baris kata yang ingin diucapkan, Insyirah memandang satu-persatu sahabat-sahabat dan naqibah yang disayangi lillahitaala. Senyuman dibibir dilukiskan semanis yang mungkin. Mungkin Insyirah ingin meredakan tanda-tanda gemuruh dan gementar terutama di hadapan naqibah yang ilmu dan pengalamannya sangat luas baik dari segi akademik, isu semasa, sahsiah mahupun bidang agama.

“Sesungguhnya hati manusia perlu diisi dengan dua perkara iaitu iman dan kasih-sayang. Orang yang kurang iman hatinya akan mudah runsing pada perkara keduniaan dan orang yang hatinya kurang kasih-sayang akan tumbuh kebencian. Orang yang hatinya ada kebencian akan mudah membenci orang lain”

Tuesday, June 18, 2013

Tentang demam, air kelapa dan si dia


Demam Kaffarah Dosa

Bismillahirrahmanirrahim...

Cubaan sungguh bila dah terkena demam. Macam apa yang pendekar bujang lapok kata bila di suruh tok guru untuk bertapa di tepi perigi...~Coobaaannn~

Kepala pusing, sendi lenguh-lenguh, badan tak bermaya, tekak rasa tak sedap, mata berair dan jadi kuyu semacam adalah antara simptom-simptom orang demam dan saya mengalaminya sekarang.

Demam mengingatkan saya beberapa hadis. Antaranya:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dengan kesulitan..

Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yang disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) daripada kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah kerana engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yang ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yang disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosa nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur seperti gugurnya dedaun dari sepohon pokok..”

Monday, June 10, 2013

Antara Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

Sunday, May 26, 2013

"Terima Seadanya"



Suatu malam, si suami bertanya sesuatu kepada si isteri.

“Sayang, abang nak tanya sesuatu boleh? ”

“Ok..tanyalah” dalam fikiran si isteri tadi mulalah timbul soalan-soalan yang bakal ditanya. Mudah-mudahan jawapannya senang untuk dijawab.

“Sebutkan 5 perkara yang sayang tak suka daripada abang”

Monday, May 20, 2013

Jadilah Orang Luar Biasa



Hari ini saya telah berjumpa seorang sahabat yang saya sayangi kerana Allah. Perempuan, kalau tidak bercakap dan bertegur sapa dengan orang, itu luar biasa namanya...nak nak bila berjumpa dengan sahabat yang rapat dengannya. Seperti biasa, kami berbual-bual tentang topik harian: apa yang dilakukan semalam, apa yang dibuat sekarang dan apa target yang ingin dicapai selepas itu.

Kemudian, sahabat saya itu melahirkan ketidakpuasannya terhadap seseorang. Sesi soal jawab mula rancak. Tekun saya mendengar ceritanya. Sahabat saya juga dengan teliti  meluahkan semua yang terpendam. Sesekali saya menyampuk mengajukan pertanyaan. Saya memberi soalan untuk mendapatkan kepastian dan pemahaman terhadap apa yang diceritakan. Saya tahu, sahabat saya itu cuma ingin meluahkan apa yang dirasanya.