Saturday, May 18, 2013

Sayang...Bahagiakah Kita?



Akan tiba masanya jiwa akan terasa kosong
Walau ditarbiyyah bertahun-tahun lama
Tanda hati sedang diuji 
Untuk melihat tahap keimanan dalam diri

Wednesday, May 15, 2013

Hakikat Bahagia Itu

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
 
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

 Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran...

Tag : Lirik Hakikat Bahagia - UNIC 

Saturday, May 11, 2013

Kenapa Hati Menjadi Keras - Muhasabah Ustaz Don



Sidang penonton yang saya kasihi sekalian,

Dalam satu hadith Nabi SAW yang mulia, nabi ada sebut kepada kita, “Kurangkanlah kita daripada bercakap selain daripada berzikir kepada Allah SWT kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras” dan dihujung hadis itu nabi sambung nabi kata “Dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang hatinya keras”

Sidang penonton yang saya kasihi sekalian,

Dalam kehidupan kita, kita sebagai seorang ibu, ayah, bos, majikan, pekerja, rakan sekerja...kita tak lari daripada bercakap. Tapi persoalan yang kita nak muhasabah diri kita hari ini apabila kita cakap...cakap kita itu mengingati Allah ataupun tidak. Bukan kita kena berzikir 24 jam (kalau boleh buat begitu...bagus, Alhamdulillah).

Tapi, kita kena sedar, kita manusia biasa kita tak boleh buat begitu. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah kita bercakap seperti biasa tapi macammana percakapan biasa kita itu nak dijadikan zikir mengingati Allah SWT. Contoh yang mudah saya boleh bawa...kita berbual kita bersembang ada tak sering kali kita mengaitkan perbualan kita dengan Allah SWT. Kita mengatakan “Alhamdulillah kita berjaya buat. Syukur, Allah yang memudahkan urusan.” MasyaAllah. Itu adalah salah satu zikir.

Dan sidang penonton,

Kalau kita sebut dalam perbualan kita berkaitan dengan makanan contohnya “MasyaAllah, sedap makanan ni. Allah bagi kita dapat rasa makanan ni” Tapi persoalan saya hari ini, muhasabah kita hari ini, bila kita bercakap dengan kawan, kita cakap dengan majikan, kita cakap dengan rakan sekerja, kita cakap dengan ibubapa kita, kita selit tak perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita mengingati Allah SWT dan andaikata kalau kita bercakap benda yang sia-sia..saya pesan diri saya, saya pesan kita semua kalau kita bercakap dengan percakapan kita dan kita yakin kita ni banyak cakap, banyak gelak yang sia-sia...ingat! ini passport nak bagi clear kita berpotensi jadi orang yang hati keras.

Dia kalau hati keras nabi tak kata apa, takpe...persoalannya, masalahnya/problemnya nabi kata dekat akhirat nabi kata “Orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang hatinya keras”. Ini yang saya takut untuk diri saya dan kita semua. Saya lagi banyak bercakap tapi saya tak tahu samada percakapan saya ni bermanfaat ataupun tidak. Saya mengharapkan Allah jadikan percakapan saya ni percakapan sebagai suatu kebajikan.

Macammana dengan sidang penonton sekalian?

Cakap yang kita lontarkan, kita sampaikan mesti kena betul. Cuba elakkan daripada gosip, cuba elakkan daripada kita mengata, cuba elakkan daripada kita mengumpat. Semua ini akan menyebabkan hati kita menjadi keras. Dan orang hatinya keras orang itu paling jauh dengan Allah SWT sedangkan kita sentiasa mengharapkan Allah dekat dengan kita untuk kita doa supaya Allah dengar.

Ibu nak doa untuk anak...nak doa ibu makbul supaya anak berjaya.
Anak nak doa agar ibu yang sudah pergi tidak diseksa oleh Allah SWT.
Suami nak doa untuk kebahagiaan keluarga.
Majikan nak doa untuk kesejahteraan company/syarikatnya.

Jadi semua orang memerlukan doa untuk mengharapkan Allah dekat tapi macammana Allah nak dekat dengan kita dalam keadaan hati kita keras. Jadi kategori orang yang Allah nak dekat tiada.

Cuba kita renungkan sekejap...tanya diri kita “Macammana agak-agak kita nak buat untuk beri jadi percakapan kita satu zikir yang sentiasa mengingati Allah SWT. Mulut kita mengeluarkan kata-kata. Dia pasti menjadi saksi kta di akhirat. Telinga kita mendengar perkataan kita. Dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak. Dan semua itu akan menjadi saksi dalam keadaan mengatakan kepada Allah andaikata kita banyak bercakap orang ini hatinya keras dia jauh dari Engkau wahai Allah.

Adakah kita? Kita sama-sama muhasabah diri... 



Tuesday, March 12, 2013

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus


Biarlah hati yg memandu akal.
Bukan akal yang memandu segalanya.
Pabila kita membiar akal memandu, maka wujudlah pelbagai persepsi.

Hati itu merintih Owh
“Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus”
Sehingga berbelas kali ia merintih, tanpa jemu bosan
Kerana yakinnya dia akan jawapan.

Namun pabila akal yg menguasai,
Ingin didefinisikan, apa itu jalan, apa itu lurus?
Tanpa hati yang terlebih dahulu berserah pada Dia.

Hati itu tahu, 
Kerana ia fitrah hati,
dia tahu yang mana betul yang mana salah,
Kerana telah di'embedded'kan begitu.

Lihatlah iman itu.
Kerna Abu Bakr memegang prinsip itu,
Takkala mudah baginya menerima semua kebenaran,
Kerana kebenaran itu jelas malah mudah.
Siapa dirimu owh dirimu?
Kita dibesarkan oleh siapapun, persekitaran manapun,
Kita asalnya dari Adam yang satu,
Kita tetap hamba itu. 


~By: anonymous~

Friday, February 1, 2013

Chaiyok chaiyok !!



p/s: Akhlak Rasulullah akhlak terbaekk! Yuk kita kita ikuti, contohi & amalkan. Istiqamah dengan amalan itu yang paling penting. Chaiyok chaiyok...!! ^_^


Sunday, January 6, 2013

Some of the most powerfull times...






 [Muhasabah Bersama]

Bila kita diberi peluang untuk bersendirian seketika diwaktu malam atau siang. 
Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kita telah mencapai hakikat pandangan yang pertama, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kita akan dapat menyedari dimanakah kita yang sebenarnya. 

Tuesday, January 1, 2013

Esok Masih Ada


Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya 
Tetapi seringkali Allah menguji diri kita.
Ujian itu berbentuk kelemahan, *riak disebabkan kekuatan yang dimiliki, *hilangnya kesabaran, kepayahan, *lupusnya ketaatan, ketidakupayaan dsbnya. 

Kita pun rasa kecewa dan kita akan rasa harapan kita seolah-olah sudah hilang. T_T
Kita diuji lagi dengan rasa putus asa dan kekecewaan.