1.Arigatou gozaimasu ( ありがとうございます )
~ Terima kasih / Thank You
Ungkapan ni asenya semua orang tahu yg maksudnya terima kasih atau kebiasaannya mereka akan cakap Arigatou ありがとう
2.Doumo ( どうも )
~ Terima Kasih
Ungkapan terima kasih yang ringkas selalunya atas perkara yang kecil
3.Doi tashi-mashite ( どういたしまして )
~ Sama-sama / You are wecome
Ungkapan membalas ucapan terima kasih bagi orang jepun..Sama-sama
4.Ohayou gozaimasu ( おはようございます )
~ Selamat pagi / Good Morning
Yang ni pula adalah ungkapan yg diucapkan pd waktu pagi..kebiasaannya
mereka akan cakap Ohayou..Kalu org melayu di Malaysia, kita akan cakap
Selamat Pagi..
5.Konnichiwa ( こんにちは )
~ Selamat tengah hari / Hai / Good afternoon
Konnichiwa
adlh ungkapan umum utk mengatakan Hello dlm bhs Jepun..boleh digunakan
pada bila-bila masa..biasanya diucap xkira waktu kdg2x waktu petang,
kdg2x waktu malam..sebabnya ia juga bermaksud Hai..dan masih lg
digunakan utk mengucapkan Selamat Tengah hari..
6.Konbanwa ( こんばんわ )
~ Selamat Petang / Good evening
Ungkapan ni akan digunakan utk waktu petang saja..besenya dorg akan sebut Konbanwa apabila menegur seseorg..
7.Oyasumi nasai ( おやすみなさい )
~ Selamat Malam / Good night
Ungkapan ni pula utk waktu malam..yasumi b'maksud rehat cthnya mcm
coffee break atau bercuti..so, kalau Oyasumi nasai pula adlh ucapn kpd
orang lain apabila hendak tidur..yela xkn nak guna selamat petang pula..
8.ittekimasu (いってきます)
~ Saya pergi dulu / I'm going / I'm leaving / Bye / See you
Ungkapan ni diucpkan apabila keluar dr rumah..dan biasanya akn ckp "saya pergi dulu"..
9.itterasshai (いってらっしゃい)
~ Jaga diri / Jumpa lagi / Selamat jalan / Have a nice day / Bye / See you / Take care
Ungkapan ni pula utk orang dalam rumah cakap itterasshai kpd orang yg
keluar dr rumah..maksudnya jaga diri, selamat jalan..atau p'kataan org
melayu slalu guna "jalan elok-elok"..Biasanya, kita yg beragama islam
akan memberi salam kpd tuan rumah..betul x...
10.ki wo tsukete(ne) きをつけて(ね)
~ Hati-hati / Selamat tinggal / Be careful / Stay safe
Ungkapan
ni biasanya sering digunakan dengan itterasshai ia bermaksud hati-hati
ataupun selamat tinggal..biasanya apabila hendak berpisah dengan
seseorang atau satu kelompok..
11.sayounara ( さようなら )
~ Selamat tinggal / Goodbye / See you
Ungkapan
ni pun biasanya kerap diucapkan,kalu korg ada tgk cite Gokusen or cite
Jepun len mst bese dgr jg ucapan ni..ucapan ni diucapkan terutama
apabila berpisah dengan seseorang atau orang ramai..cthnya, mcm jiran
kita nak berpindah ke tempat lain..kita akan ckp Selamat tinggal tp org
jepun ckp Sayounara,.
12.Tadaima(ただいま)
~ Saya dah pulang / i'm home
Ungkapan penghormatan utk pulang ke rumah..yg ni memg dah jadi amalan org Jepun..Tadaima maksudnya saya dah pulang..
13.Okaeri (おかえり)
~ Selamat kembali / Selamat pulang / Safe return
Ucapan
okaeri pula adalah respon drpd Tadaima..biasanya ucapan orang yg berada
dlm rumah akan cakap bile dengar orang baru balik rumah sebut tadaima..dan ucapan ni utk mengesahkan keluarga / kwn2 selamat..
Sumber: klik sini
Wednesday, August 21, 2013
Sunday, August 18, 2013
Cakna isu Mesir !
Tatkala bumi Malaysia ceria menyambut Syawal
Bumi Mesir syahdu menyambut peluru-peluru hidup
Di sini umat Islam mengira rumah jemputan untuk beraya
Di sana angka korban menjadi-jadi sehingga dikatakan 2000
lebih telah pergi menemuiNya
Allahu Rabbi..T_T
Diriku merenung jauh...
Bumi Mesir itu bumi Allah!
Sanggup mereka menumpahkan darah saudara se-Islam mereka
sendiri
Tergamaknya mereka membunuh orang awam, orang tua yang
tak berdaya, wanita dan kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia
Apakah yang mereka (Al-Sisi) mahukan?
Merebut kuasa pemerintahan yang telah disepakati oleh sistem
demokrasi yang telus itu?
Sungguh mereka kejam !
Mereka ini berhati binatang !
Bertopengkan Firaun zaman kini !
Tunggu...janji Allah itu pasti. Azab Allah itu sangat pedih !!!
Betapa besar perbandingan antara bumi Malaysia yang
dipijak ini dengan bumi Anbiya’ itu
Kerdil rasa diri ini dengan semangat jihad mereka di sana
Sedangkan aku terkapai-kapai dalam ‘Malaysia Aman’ ini.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah: ayat 8-18 ;
“Dan di antara manusia ada yang berkata, “Kami beriman kepada Allah dan hari akhir,” padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.”
“Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari”
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”
“Dan apabila dikatakan kepada mereka ‘Janganlah berbuat kerusakan di bumi! Mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan perbaikan’ ”
“Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerusakan, tetapi mereka tidak menyedari”
“Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman!’ Mereka menjawab ‘Apakah kami akan beriman seperti orang-orang yang kurang akal itu beriman?’Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak tahu”
“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman,mereka berkata, ‘Kami telah beriman,’Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata ‘Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.’”
“Allah akan memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan”
“Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk.”
“Perumpamaan mereka seperti orang-orang yang menyalakan api, setelah menerangi sekelilingnya, Allah melenyapkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat”
“Mereka tuli, bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali”
Thursday, July 18, 2013
Tazkirah Ramadhan: Kisah Wanita Ahli Neraka
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, indah dan dipenuhi
dengan hari-hari penghayatan bagi insan yang ikhlas mencari redha Allah. Dalam
bulan Ramadhan, kita dapat melengkapkan hampir semua rukun-rukun dalam Islam. Rukun
Islam:
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3. Berpuasa di
bulan Ramadhan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Mengerjakan haji bagi yang berkuasa/mampu.
Hari ini genap lapan hari umat Islam menunaikan salah
satu rukun Islam yang wajib: PUASA.
Sunday, July 7, 2013
Ihfazillah Yahfazka (Jagalah Allah, Allah Menjagamu)
Pernah atau tidak anda merasai perasaan seperti ini...
- Sambil-sambil buat kerja tiba-tiba hati serba tak kena, baru kita teringat yang hari itu kita langsung tak sentuh Quran, mathurat pun tak sempat sebab terkejar-kejar nak siapkan progress report yang due date nya tak lama lagi.
- Sedang menonton cerita best di kaca tv tiba-tiba blackout, kita tak solat Isya' lagi pada masa tu padahal waktu isya' dah lama masuk.
-Laptop buat hal lagi, rosak teruk kali ni. Diri kita mengeluh sebab tak dapat nak online fb, usha tweeter, tengok citer kat TONTON. Sebenarnya Allah nak beri kita peringatan yang selama ini ini kita duk berjam-jam depan laptop, kita sibuk fikirkan hal dunia. Betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk Allah dan menambah amalan buat bekalan di hari akhirat.
- Dalam seminggu, kita buat solat sunat Dhuha dan kita merasakan pekerjaan yang kita buat pada minggu tersebut dipermudahkan. Hati kita rasa lapang dan tenang.
Kita melihat orang lain bahagia, kita pun akan turut merasai bahagianya jika kita penuhi hak-hak sesama manusia.
- Dalam seminggu, kita buat solat sunat Dhuha dan kita merasakan pekerjaan yang kita buat pada minggu tersebut dipermudahkan. Hati kita rasa lapang dan tenang.
Kita melihat orang lain bahagia, kita pun akan turut merasai bahagianya jika kita penuhi hak-hak sesama manusia.
Ihfazillah,
Yahfazka (Jagalah Allah, Allah Menjagamu)
Thursday, June 20, 2013
Jaga Hati, Syurga Menanti
Bulatan Gembira
5.30 petang
Seperti biasa, bulatan gembira dihadiri oleh beberapa orang terdiri daripada sang
pencinta ilmu yang tidak jemu dengan pengisian dan perkongsian ilmu bersama.
Semoga Allah merahmati dan meredhai mereka semua yang saling berkumpul,
bertanya khabar dan berbalas senyuman manis semata-mata keranaNya.
Giliran penyampai tazkirah pada petang itu diberi kepada
Insyirah. Sebelum memulakan baris-baris kata yang ingin diucapkan, Insyirah
memandang satu-persatu sahabat-sahabat dan naqibah yang disayangi lillahitaala.
Senyuman dibibir dilukiskan semanis yang mungkin. Mungkin Insyirah ingin
meredakan tanda-tanda gemuruh dan gementar terutama di hadapan naqibah yang
ilmu dan pengalamannya sangat luas baik dari segi akademik, isu semasa, sahsiah
mahupun bidang agama.
“Sesungguhnya hati manusia perlu diisi dengan dua perkara
iaitu iman dan kasih-sayang. Orang yang kurang iman hatinya akan mudah runsing
pada perkara keduniaan dan orang yang hatinya kurang kasih-sayang akan tumbuh
kebencian. Orang yang hatinya ada kebencian akan mudah membenci orang lain”
Tuesday, June 18, 2013
Tentang demam, air kelapa dan si dia
Demam Kaffarah Dosa
Bismillahirrahmanirrahim...
Cubaan sungguh bila
dah terkena demam. Macam apa yang pendekar bujang lapok kata bila di suruh tok guru untuk
bertapa di tepi perigi...~Coobaaannn~
Kepala pusing, sendi lenguh-lenguh, badan tak bermaya, tekak rasa tak sedap, mata berair dan jadi
kuyu semacam adalah antara simptom-simptom orang demam dan saya mengalaminya sekarang.
Demam mengingatkan
saya beberapa hadis. Antaranya:
Diriwayatkan dari Abu
Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan
mengujinya dengan kesulitan..
Diriwayatkan juga dari
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg
menimpa seorang Muslim – hatta luka yang disebabkan tertusuk duri – Allah akan
menghapuskan dosa2 nya..
Ibn Mas’ud radhiallahu
‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan,
“Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) daripada kamu..” Aku bertanya
lagi, “Adakah kerana engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar..
Tiada seorang Muslim yang ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yang disebabkan
tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosa nya disebabkan
kesakitan itu, dan dosanya gugur seperti gugurnya dedaun dari sepohon pokok..”
Labels:
Catatan,
Perkongsian
Monday, June 10, 2013
Antara Suka, Sayang dan Cinta
Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
