Wednesday, July 20, 2011

Saya Dah Matang?

Baru-baru ni saya ada menegur seorang hamba Allah ni. Saya tegur dia supaya jadi lebih matang sempena hari “first day” dia bernafas atas planet ni. Saya tak tahu lah apa yang dia fikir bila saya tegur dia begitu. Mungkin ianya satu kesempatan untuk saya berkata sesuatu. Terpulang kepada dia untuk mengingatnya sampai bila. Kotak memori kadang-kadang memang tak cukup space untuk mengingati kata-kata yang pernah kita dengar, lihat dan baca. Betul kan…Huhu.

Bila fikir balik…sebenarnya saya rasa yang saya juga tak matang. Ada ke orang yang mengaku dia matang? Lawakkan. Apa rasanya bila menegur seseorang padahal teguran itu terkena balik pada diri sendiri. Mungkin istilah matang itu berbeza dari segi deskripsi ataupun pemahaman seseorang. Apa yang saya cuba katakan ialah mungkin ada orang yang merasakan bahawa matang itu terletak pada usia. Ada juga yang merasakan matang ialah proses perubahan sikap. Tak kurang juga ada juga sahabat-sahabat saya yang merasakan matang itu ialah dari segi perbezaan dulu dan kini (mungkin keupayaan dia untuk update fashion, gaya, pakaian dan lain-lain).

Sememangnya matang adalah perkara subjektif. Orang boleh tafsirkan apa-apa sahaja. Boleh jadi matang yang dimaksudkan oleh kita berbeza dengan matang yang dia atau mereka maksudkan. Percayalah, kita tak sama. Bentuk cap jari pun berbeza. SubhanaALLAH

Matang mengikut pemahaman saya bagaimana?

Tuesday, July 19, 2011

Kerana Aku, Dia dan Mereka…


Alhamdulillah…Segala pujian terhadap Allah Tuhan yang Menciptakan Langit dan Bumi serta hidupan di dalamnya.
Baru-baru ini alumni persatuan kampus lama saya dulu telah mengadakan satu pertemuan. Pertemuan bulanan yang mewajibkan semua alumni bagi zon tengah menghadirkan diri bagi mendengar pengisian, merancang program-program berkaitan, berkongsi pengalaman masing-masing dalam kerjaya mahupun rumahtangga, mendengar amanat daripada pimpinan alumni serta lain-lain hal. Setakat ini baru dua pertemuan yang berjaya dibuat sejak saya menamatkan pengajian di kampus (saya telah pun sah bergelar alumni kampus). Dan alhamdulillah, bagi kedua-dua perjumpaan itu saya tidak miss walau sekali pun. ^^
Terkilan rasa hati sebenarnya bila tak dapat dengar pengisian yang selalu menjadi agenda awal pertemuan disebabkan saya datang lambat (sebelum datang terpaksa bersesak-sesak dalam ktm). Namun, saya tetap bersyukur kerana Allah masih mengagendakan diri ini untuk berjumpa ikhwah dan akhawat yang hadir pada waktu itu.
Diringkaskan cerita, sewaktu saya diminta untuk bercerita mengenai perkembangan diri dan sumbangan yang telah dibuat sepanjang tempoh masa yang Allah berikan ini, saya jadi tak keruan. “Apa aku nak cerita…takde apa-apa perkembangan sangat pun. Ishhh, seganlah nak cerita sebab cerita saya ni biasa saje..tak sehebat sahabat-sahabat yang lain”. Begitu sekali mentaliti saya ketika itu.     
Saya sendiri tak ingat setiap butir-butir kata yang keluar dari mulut saya ketika itu. Tak tersusun macam dalam text. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga mengeluarkan perkataan “SERONOK”. Apa yang “SERONOK”? Seronok dengan kehidupan yang saya lalui sekarang ni. Rasa bahagia….
KEHIDUPAN INI TIDAK MENJANJIKAN KEBAHAGIAN SEPANJANG MASA, KADANGKALA MANUSIA DIASAK DENGAN PELBAGAI DUGAAN DAN UJIAN. SEKIRANYA LEMAH, KITA AKAN TERUS HANYUT MENGIKUT KATA HATI DAN TIDAK BERUSAHA MENCARI PENYELESAIAN UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DAN KEADAAN…KEHIDUPAN ITU ADALAH SUATU NIKMAT BAGI ORANG YANG MENGHARGAI DAN MENYEDARINYA. ..::I LOVE ISLAM::..
Kerana Aku, Dia dan Mereka
“Aku” mewakili diri saya sendiri. Individu yang belum cukup sempurna lagi. Mempunyai banyak kelemahan. Masih belum mempunyai pekerjaan tetap lagi tetapi berasa sangat bahagia dan seronok dengan kerja “sementara” ini bersama-sama dengan “The Tiny Little Caliphs”. Belajar ilmu psikologi kanak-kanak yang memerlukan banyak kesabaran dan lain-lain perasaan berjaya membuka pintu hati ini untuk terus menerima kehadiran mereka dalam kehidupan saya seharian. Awal-awal saya tolak ke tepi perasaan-perasaan negatif yang hadir.   
“Dia” mewakili sahabat-sahabat seperjuangan. Kebanyakannya sudah mempunyai pekerjaan. Sebahagian lagi mungkin dalam proses untuk sambung belajar lagi. Ada yang telah bergelar engineer, research assistant, suri rumah dan sebagainya. Alhamdulillah, saya tumpang rasa gembira dengan kejayaan sahabat-sahabat menjalani kehidupan yang sementara ini.
“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” (Al-Baqarah: 212)
“Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).” (Ar Rad: 26)
Dan “Mereka” mewakili persekitaran yang saya alami sekarang ini. Manusia berubah mengikut persekitaran/suasana atau persekitaran/suasana berubah mengikut manusia??. Mana satu betul? Sebab itu wujudnya term minda positif. Minda positif ini sangat-sangat baik. Apa sahaja yang berlaku terhadapnya atau sekitarnya akan dianggap positif. Menjadikan suatu ujian yang dihadapi sebagai hiburan dalam kehidupan juga merupakan salah satu corak minda positif. Maksudnya kita perlu merasakan bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah ketentuan dan datangnya daripada DIA. Jika sentiasa berbaik sangka pada-Nya tentu kita dapat menjalani kehidupan ini dengan mudah dan tenang. InsyaAllah.
Kerana Aku, Dia dan Mereka inilah saya belajar banyak perkara. Perlu melihat kepada suatu: Rasa BERSYUKUR. Ya, saya perlu BERSYUKUR!
Ya Allah, peliharalah kami dari fitnah dunia…
“Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang.”                              (Al- Maidah: 55 - 56)

Monday, July 18, 2011

Muslimah


MUSLIMAH
.::Nazrey Johari::.

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

* Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

* Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


Nota Suri: SubhanAllah…dengar sahaja lagu ni saya terus jatuh cinta….pada bait kata-kata nasihat dan indahnya liriknya. Ya Allah. Sungguh…hiburan itu amat menyenangkan jika diletakkan pada tempat yang sebetul-betulnya. Lirik indah ini akan ku jadikan sandaran dan panduan buatku yang bergelar seorang muslimah.
Mengingatkan bahawa penyanyi nasyid ini adalah merupakan penasyid kegemaran sejak  sekolah rendah lagi tambah membuatkan saya berasa senang hati. Bermula dengan ayah membeli video tape kumpulan Raihan (sekarang jarang orang guna video tape lagi dah. Kebanyakan album guna CD sebab lagi nipis dan mudah dibawa berbanding video tape) kami adik beradik mula jatuh cinta dengan nasyid-nasyid berkonsepkan ketuhanan. Alhamdulillah, segala puji bagiMu Ya Allah.
Buat muslimah-muslimah yang berada di sana. Ingatlah, kecantikan seorang muslimah itu bukan terletak pada wajahnya, lenggoknya, tutur katanya yang mendayu-dayu atau ciri-ciri fizikalnya tetapi kecantikan muslimah yang sebenar-benarnya adalah terletak pada akhlak mulia yang ada padanya, mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta mengikuti sunnah-sunnah yang dibawa oleh junjungan besar nabi kita: Nabi Muhammad S.A.W.
Wahai Muslimah…berbahagialah….^^

Wednesday, July 13, 2011

Bumi ALlah

Di bumi ALlah, bertebaran para dai'e yang mengajak manusia agar kembali mengenal pencipta-Nya.

Di bumi yang bertuah ini, para pendakwah Islam yang ikhlas membenihi di dalam jiwa orang Islam mahupun yang bukan akan akhlaq-akhlaq yang baik. Ada di antara mereka tidak putus-putus mengajak mereka yang lupa dan alpa untuk kembali mengenal ALlah. Di ajar kembali bersyahadah, tahu tentang solat, apa itu puasa, apa itu ertinya sirah RasuluLLah.

Di waktu yang sedang berlalu ini, ada para pencinta di jalan ALlah yang menggalas di bahu-bahu mereka dengan tuntutan menuntut ilmu untuk memberi kefahaman kepada umat Islam. Ada di antara mereka yang terus membaca kitab-kitab susunan para ulamak, ada pula yang menulis tazkirah dan nasihat sebagai peringatan untuk diri mereka dan juga umat Islam umumnya. Ada pula yang menghafaz al Quran dan terus dihafaznya.

Di malam-malam yang menghening ini, masih ada lagi perindu yang merindui ALlah yang tidak betah untuk berdiri, rukuk dan sujud kepada-Nya. Lalu menadah tangan berdoa - agar umat Islam seluruhnya diselamatkan dari azab api neraka. Meminta-minta dengan penuh pengharapan sambil membiarkan air mata mengalir terus agar hidayah selalu diberikan tidak putus-putus. Semoga ALlah tetap memberikan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Di perkampungan itu, walau dengan kepayahan, masih ada pejuang-pejuang Islam yang tetap menyebarkan Islam dengan azam yang kuat, bahu membahu antara satu dengan yang lain. Tetap senyum dan ceria menyampaikan ajaran Islam. Diajar cara berdoa, membaca al fatihah,

Para pejuang tidak mengenal penat dan lelah. Kesatuan memberikan mereka kekuatan. Ilmu yang ALlah beri menjadikan mereka lebih faham pentingnya mencari kesatuan dan bukan mencari ruang-ruang perpecahan.

Para pejuang itu, menghiasi diri mereka dengan akhlaq yang baik. Tidak merendah-rendahkan antara satu dengan yang lain apatah lagi ulamak yang sudah dikenali kesolehan dan warak mereka. Semakin ilmu bertambah, terasa benar banyak lagi kejahilan. Lalu semakin takutlah ia kepada ALlah. Semakin jelas pula pakaian taqwa pada dirinya.

Di saat-saat yang semakin penting ini, teringat pula.. apa amal jariah yang sudah dibawa sebelum menyinggah di alam baqa'... ALlahu ALlah...

(sharing pengisian daripada jarumemas.blogspot.com)


Nota Suri: Di Bumi Allah inilah tempat kita berpijak, merencana dan mencatur hidup. Jangan sesekali lupa, kehidupan yang kita lalui sekarang ini hanyalah sementara sahaja. Segala yang dimiliki ini bukannya milik hakiki seorang bernama manusia. Kekayaan, pangkat, kerja, keluarga, sahabat-sahabat dan lain-lain adalah hak dunia dan bakal meninggalkan diri kita keseorangan di dalam tanah nanti. Ya, sudah nyata! Mereka hanyalah pinjaman semata-mata.

Da'ie, pendakwah, pencinta, perindu atau pejuang kepada Allah?  Kita yang mana satu? Tidak!! mereka adalah diri kita sendiri. Menjadi da'ie, pendakwah, pencinta, perindu dan pejuang kepada Allah adalah tanggungjawab kita, amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita. Ingatkah kita? Tugas kita untuk menjadi khalifah di atas BumiNya dengan penuh ketaatan dan berasaskan keimanan yang kuat dan ketaqwaan yang tinggi kerana:

~Dulu, kini dan selamanya kita adalah hamba kepadaNya~